Penjawat Awam Bakal Mendepani Mimpi Ngeri, KSN Terpaksa Akur Isu Kontrak Dan Tidak Berpencen

Penjawat Awam Bakal Mendepani Mimpi Ngeri, KSN Terpaksa Akur Isu Kontrak Dan Tidak Berpencen

Mimpi ngeri penjawat awam terus menghantui, kali ini tidak berpencen.

Belum sempat isu pengambilan penjawat awam baharu hanya diberikan secara kontak, kerajaan Perpaduan ala Madani terus umum TIADA LAGI BERPENCEN DALAM SEKTOR AWAM.

Pemikiran hebat di luar kotak barisan Kabinet PMX, tahniah diucapkan tetapi takziah buat barisan penjawat awam yang selama ini menjadi tulang belakang pentadbiran negara.

Kalau sudah berkontrak dan tidak berpencen, lebih baik bekerja dalam sektor swasta yang jauh lebih baik.

Apa sebenarnya direction atau hala tuju kerajaan Perpaduan yang semakin menipis tindak tanduk dalam keputusan yang besar ini?

Ketua Setiausaha Negara tidak bersalah dalam hal ini kerana beliau terpaksa akur sebagai seorang penjawat awam tertinggi negara.

“SAYA YANG MENURUT PERINTAH” walaupun mengetahui tindakan drastik kerajaan telah mengundang ketidakpuasan dalam penjawat awam sekarang.

Negara Malaysia sebenarnya terhutang budi dengan pengorbanan penjawat awam yang hebat ini.

Contoh, Kementerian Pendidikan mempunyai kira-kira 503,000 kakitangan terutama guru yang sentiasa berkorban demi anak bangsa tetapi bayangkan akan berlaku shortage bagi tempoh 10 tahun mendatang kerana tawaran kontrak dan tidak berpencen.

Kementerian Kesihatan yang mempunyai kira-kira 250,000 kakitangan awamnya, akan pasti menyusut bilangannya kerana bakal pembantu perubatan, bakal jururawat, bakal ahli farmasi dan x-ray serta bakal doktor lebih bersedia berkhidmat di klinik dan hospital swasta serta di luar negara.

Periuk nasi penjawat awam telah terusik akibat keputusan Kabinet yang fikirkan keuntungan ke atas permasalahan ekonomi yang kerajaan Perpaduan GAGAL mengatasi dalam tempoh setahun lalu.

Mengambil tanggungjawab yang semakin mencengkam ini, Perikatan Nasional bersedia dan bersama kira-kira 2.3 juta penjawat awam termasuk anggota PTD, tentera dan polis menjadikan isu ini sebagai AGENDA NASIONAL yang perlu dipertahankan secara bersama.

Razali Idris

Isu Semasa