KM Pulau Pinang cadang penubuhan Lembaga Lembangan Ulu Muda, yang ditadbir kerajaan Pusat untuk mengurus sumber air dari tadahan Ulumuda dan sepanjang Sungai Muda.
Lembaga ini tentunya akan disertai oleh Pulau Pinang – dengan tujuan yang mudah difahami – mau ambik air free.
Sebenarnya lembangan Sungai Muda dan Ulu Muda itu adalah di bawah seliaan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) – yang mana Syarikat Air Darul Aman (SADA) juga membayar kepada LSANK kerana mengambil air dari Sungai Muda.
Tiba-tiba Pulau Pinang melalui PBA mau ambil air free dari Sungai Muda.
Sudah lah ambil air percuma dari Sungai Muda, berlagak pula kata tarif air Pulau Pinang paling murah di Malaysia.
Sudah berpuluhan tahun sedut air secara percuma dari Sungai Muda, kini pentadbiran Kedah mahu Pulau Pinang bayar – sebagai saguhati kepada LSANK yang menjaga kawasan tadahan dan lembangan sungai.
Tapi kerajaan negeri Pulau Pinang berlagak sombong, enggan membayarnya.
Kerajaan negeri Kedah mahu bawa kes ini ke mahkamah, biar mahkamah putuskan keperluan Pulau Pinang membayarnya.
Goyah dengan tuntutan Kedah, Pulau Pinang cuba mendapatkan air terawat dari Perak.
Namun Perak masih berdolak-dalik untuk menjualnya kepada Pulau Pinang, kerana khuatir bekalan air terawat untuk kegunaan Perak juga belum tentu mencukupi.
Goyah dengan tuntutan Kedah dan dolak-dalik Perak, Pulau Pinang cuba mendapatkan bantuan Pusat untuk mengawal sumber air dari Kedah untuk kegunaan Pulau Pinang.
Maka KM pun mencadangkan penubuhan Lembaga tersebut.
Respon keras MB Kedah – Langkah mayat saya dulu.
Ia adalah amaran keras yang patut kepada puak yang tidak reti malu.
Negeri kaya, kawasan industri dan perumahan yang begitu pesat memerlukan bekalan air yang cukup kepada rakyat dan kilang-kilang.
Namun apa guna kaya tapi tak reti bayar duit air yang disedut daripada sumber jiran sebelah.
Apakah ini dinamakan kerajaan negeri bijak berniaga?
Isu ini sangat mudah untuk diselesaikan.
Kerajaan negeri hanya perlu membayar sahaja kos pengambilan sumber air mentah melalui rundingan dengan kerajaan negeri Kedah sahaja.
Tak perlu sampai merepek nak tubuh lembaga itu dan ini hanya kerana sombong tak mahu bayar.
Kalau sanggup nak beli air terawat dari Perak yang jauh lebih mahal, maknanya… ada duit laa kan?
Cuma tak mau bayar kepada Kedah saja…
Oleh: Dr Tanaka Mustafa