Saya sebenarnya malas nak mengulas pasal KJ, sebab saya kenal dia dan ikuti dia serba sedikit sejak menceburi bidang politik.
Bermula dari dia menyertai UMNO, menjadi menantu Pak Lah, sebelum itu meminati anak PMX, sehinggalah beliau menjadi orang penting di Tingkat 4, zaman Pak Lah.
Kemudian menjawat jawatan Menteri ketika BN (PN) memerintah, sehinggalah ‘dipecat’ dari UMNO.
Kini, beliau tidak berparti, tidak ada apa-apa jawatan dalam kerajaan dan seterusnya menjadi media sosial (podcast) bagi memastikan beliau kekal relevan.
Terbaharu, dalam satu forum, beliau mengaitkan pandangan PAS terhadap konsert ketika berada di dalam dan di luar Kerajaan.
Pandangan PAS dalam kerajaan agak ‘lunak’ terhadap konsert, berbanding berada di luar.
Beliau ‘terkejut’, dengan pandangan PAS ini.
Saya tidak pasti sama ada terkejut biasa sahaja atau terkejut beruk.
Pada saya, tidak perlu terkejut.
Itu perkara biasa dalam dunia politik, bukan sesuatu yang mengejutkan.
Saya yang terkejut dengan pandangan KJ.
Sepatutnya, KJ tidak mengeluarkan pandangan tersebut, sebab telah lama menceburkan diri dalam politik.
Jika KJ memahami makna politik, jika beliau mengaji politiklah, pandangan itu, adalah biasa dalam dunia politik.
Berada dalam kerajaan berbeza dengan berada di luar kerajaan.
Dalam kerajaan, kena buat kerja, orang melihat kita buat dan menilai kita, termasuk pembangkang.
Sebab itu, ketika PAS menjadi pembangkang, PAS amat lantang memberi pandangan dan mengkritik.
Itu perkara biasa.
Namun, berbeza sedikit apabila PAS berada dalam kerajaan.
Banyak perkara yang perlu dilihat dan diambil tindakan segera, selain konsert. Inilah awlawiyyat.
Bukan mahu menghalalkan konsert.
Konsert pula ada kategorinya pula?
Bukan boleh haram semborono.
Pun begitu, Menteri PAS ada mengingatkan bahawa konsert melalaikan (liar, laqo) perlu dikurang.
Logiknya, takkanlah PAS ketika mula berada dalam kerajaan, terus akan berkata, semua konsert diharamkan.
Sudah tentu, PAS akan dilihat sebagai parti yang ekstrem dam label parti t@lib@n, terus melekat.
Jadi, PAS mengambil pendekatan berhikmah, bukan mahu menghalalkan konsert liar tersebut.
Pandangan PAS terhadap konsert ketika berada dalam luar kerajaan, berbeza dengan kerajaan hari ini, sehingga mengalu-alukan Coldplay, welcome to Kuala Lumpur.
Bila konsert Coldplay bertukar menjadi liar, kelam kabut, mereka mahu bertindak.
Apapun KJ, bacalah kitab awlawiyyat tersebut, tidak payah pening kepala terkejut.
Jika PAS terus mengambil pendekatan keras, terus mengharamkan, sudah tentu parti komponen lain, terutama Sabah dan Sarawak, akan bertindak.
Maka, semakin pendeklah kedudukan kamu ketika menjadi Menteri (BN-PN).
Perkara semudah ini, takkan kamu tidak faham, selaku ‘orang lama’ dalam politik?
Tidak perlulah ‘menyerang’ PAS ketika ini.
Banyak benda lain yang perlu diperkatakan.
Saya pun selalu mengkritik PAS, tetapi sebelum mengkritik, saya kena belajar untuk memahami.
Tidak perlu terkejut.
Saya cadangkan KJ ini baca kitab sikit, seperti kitab Fiqul Awlawiyyat, bermaksud memahami keutamaan.
Jangan asyik baca buku barat sahaja.
Kitab-kitab berkaitan Islam, mesti ditelaah sama, sebab kita orang Islam.
Lagipun nak cegah mungkar ini, kata Nabi, ada tiga cara, dengan tangan, mulut dan hati.
Jika kita faham erti awla, kalau berani, cegah dengan tangan, kurang berani dengan mulut, kurang lagi berani, benci dalam hati sahajalah.
Takkanlah KJ tidak faham semua itu.
Saya boleh ulas perkara ini jika KJ undang saya dalam podcast kamu.
Lagipun masa KJ pernah jadi Menteri Belia dan Sukan, kita dulu pernah bertikam lidah.
Kamu suruh aku diam, sebab tak faham tentang sukan. Ada aku kisah!
Aku ada hak bersuara dalam sistem demokrasi, termasuk bidang sukan.
Kamu pun jadi Menteri Belia dan Sukan ketika itu, bukan latar belakang sukan.
Kenapa kamu boleh bercakap pasal sukan, aku tidak?
Sekarang masa untuk aku bercakap balik, mengulas pendapat kamu.
Setahu saya, PAS tidaklah menentang konsert secara total.
Jika konsert mengikut garis panduan JAKIM, rasanya tidak ada masalah.
Isunya jika konsert tersebut dalam kategori liar, termasuk konsert Coldplay sebelum diucapkan selamat datang (welcome) oleh PMX.
Saya tidak fikir ada pemimpin PAS sanggup berkata sedemikian.
Ini kamu KJ kena faham.
PAS tetap PAS dari dahulu hingga sekarang, tidak banyak berubah, yang berubah hanya pendekatan.
Selagi PAS tidak menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, PAS tetap akan kekal relevan.
Itupun ada kaedah-kaedahnya. Bacalah ya KJ
Mohd Ridhuan Tee Abdullah