Tanpa Gerakan, Perikatan Nasional (PN) tetap boleh menjadi parti berbilang kaum.
Lantik sahaja bukan Melayu yang tidak ultra kiasu menjadi senator dalam Kabinet. Tidak ada isu langsung.
Ada penganalisis mencadangkan PAS serahkan kerusi majoriti Melayu kepada Gerakan, bagi memastikan Gerakan berada dalam Kabinet, barulah nampak kerajaan yang diterajui PN nanti berwarna-warni.
Amboi, mudahnya memberikan pandangan biul sebegini.
Kenapa perlu serahkan kerusi boleh menang kepada Gerakan?
Apa peranan Gerakan untuk memenangkan calonnya di kawasan majoriti Cina?
Apa peranan Gerakan memastikan Cina mengundi PN?
Bukankah selama ini Gerakan adalah parti dominasi Cina?
Kenapa Gerakan kini tidak mendapat sokongan Cina?
Bodohlah PAS jika serahkan kerusi majoriti Melayu kepada Gerakan, hanya kerana mahu tunjukkan bahawa PN berbilang kaum.
Apa sumbangan Gerakan selama ini selepas ‘ditendang’ keluar, daripada Barisan Nasional (BN).
Semenjak Gerakan tidak lagi memerintah Pulau Pinang, Gerakan langsung tidak mendapat sokongan orang Cina.
Gerakan ternyata gagal untuk meyakinkan Cina mengundi calon Melayu PAS.
Undi Gerakan yang meningkat itu, adalah undi orang Melayu.
Nak harapkan orang Cina mengundi Gerakan, putih mata.
Jadi, di manakah sokongan meningkat dan kuatnya Gerakan?
Apa pilihan yang ada pada Gerakan selain menjadi penumpang PN.
Itu pun mahu cakap besar kata sokongan mereka meningkat, dan mahukan kerusi kawasan majoriti Melayu.
Saya ingatkan pemimpin PN, jangan beri kerusi selamat kepada Gerakan.
Biarlah Gerakan dan siapapun, penganalis politik nak kata apa pun.
Walau apa pun terjadi Gerakan tetap akan duduk dalam PN atau bertindak keluar.
Gerakan mahu ke mana?
Jika Gerakan nak bergerak solo.
Silakan, pasti parti ini akan mereput.
Jika Gerakan bertindak menyertai PH, nasibnya akan jadi sama seperti MCA.
Nasib dua parti ini sama sahaja, majoriti Cina tidak memilih mereka walaupun ada namanya parti Cina.
Cina lebih memilih DAP ultra kiasu.
Jika PN benar-benar mahu kelihatan berwarna-warni, bukan Gerakan rakan kongsinya, kerana Gerakan sudah terkenal dengan perkauman Cinanya, ultra kiasu.
PN perlu cari PCM, Parti Cinta Malaysia.
PN perlu dekati orang-orang seperti Apek Cina, Prof Teo Kok Siong, Helen Ang, dan lain-lain.
Cina-cina ini, benar-benar memahami sejarah negara ini, semangat patriotism yang kental.
Sanggup hidup mati untuk negara, bukan seperti Gerakan, MCA dan DAP, ultra kiasu belaka, sentiasa mencari ruang dan peluang.
Malangnya setelah ruang dan peluang diberikan, mereka menjadi ultra kiasu. Tidak bersyukur.
Jika Gerakan inilah yang mahu dijadikan rakan PN, kalau kalah pun di kawasan majoriti Cina, Gerakan tidak akan rugi.
Pasti PN akan lantik pemimpin jadi senator bagi membolehkan mereka masuk ke Kabinet. Jangan sembang karilah.
Tidak ada isu langsung. Penganalisis yang memberikan pandangan bahawa PN perlu memberikan Gerakan bertanding kerusi selamat, kawasan boleh menang, majoriti Melayu ternyata naif dan bodoh.
Saya pelik dan tidak faham dengan Gerakan, apa sebenarnya sumbangan parti ini terhadap negara, selepas parti ini tidak lagi dapat memerintah Pulau Pinang.
Kecualilah Gerakan boleh membuktikan yang partinya tidak ultra kiasu.
Misalnya, mengeluarkan sedikit kenyataan demonstrasi pelajar Cina di Universiti Melayu baru-baru yang tidak berpuas hati dengan tindakan pengurusan Universiti Malaya, pengasingan waktu operasi gimnasium bagi pelajar lelaki dan perempuan.
Tindakan pentadbir Universiti Malaya ini amat baik dan sepatutnya dipuji dan disokong.
Tetapi tidak, anak-anak ultra kiasu kecam dan berdemo.
Anak-anak ultra kiasu tidak setuju dengan tindakan yang dilihat sebagai ekstrem.
Mereka mahukan lelaki dan perempuan bercampur dan seterusnya tidak mustahil dapat melakukan hubungan seks, sama seperti yang mereka lakukan di luar.
Duduk sekali sebilik seperti suami isteri.
Sedangkan semua orang tahu, pengasingan lelaki perempuan adalah tindakan yang baik.
Agama yang mereka anuti pun menyokong tindakan ini.
Tanyalah mak bapa mereka.
Persoalannya, kenapa pelajar ini begitu kuat menentang perkara ini?
Mereka mahu kita menjadi liberal?
Saya harap pentadbir UM tidak akan tunduk.
Pemikiran mereka ini sama seperti pemikiran ultra kiasu di luar sana.
Pelajar-pelajar ini yang tinggal di luar kampus, sudah duduk sebilik seperti suami isteri.
Jika parti Gerakan, parti yang boleh dipercayai dan boleh diharapkan, sekurang-kurang, keluarkan kenyataan akan kebiadaban pelajar ini.
Sudahlah berdemo dengan cara kurang ajar, panggil akhbar ultra kiasu Cina, bawa plakad menggunakan bahasa Cina, kenyataan dalam bahasa Cina.
Ada seorang India celup yang boleh berbahasa Cina, bukan main lantangnya menggunakan bahasa Cina mengkritik kepimpinan Universiti Malaya.
Langsung tidak hormat dengan bahasa kebangsaan.
Apa kamu ingat kamu tinggal di negara China atau di India?
Ini Tanah Melayulah sejarah asal usul.
Sedar sikit diri kamu siapa, keturunan kamu dan asal usul kamu?
Inilah akibatnya apabila sejarah yang mereka belajar di sekolah tidak memperkatakan sejarah yang sebenar.
Ini belum saya kemukakan bukti lain Gerakan menentang agenda nasional dan sensitiviti berkaitan Islam.
Misalnya, menyifatkan penjawat awam sebagai beban kepada ekonomi negara, judi, arak dan lain-lain.
Dalam kata lain, pendirian Gerakan ini sama seperti MCA dan DAP.
Liberal, sekular dan menolak agenda berkaitan dengan Islam yang tidak ada kena mengena dengan bukan Islam.
Dalam kes pelajar ultra kiasu UM ini, kita nak lihat sangat parti Gerakan ini, mengeluarkan kenyataan dan bertindak menjadi pemudah cara, menasihatkan anak-anak ultra kiasu supaya menghormati agenda negara untuk menyelamat manusia daripada menjadi haiwan.
Ini tidak, Gerakan, nampak seolah-olah bersetuju dengan pelajar ultra kiasu UM.
PN ini sedang berkawan dengan ‘wakil MCA dan DAP’.
Wajah yang berbeza, perjuangan tetap sama.
Dalam kata lain, duduk kat perikatan atau Pakatan manapun, tetap sama dan menguntungkan satu bangsa sahaja.
Contoh sebegini jelas menunjukkan siapa Gerakan sebenarnya.
Apakah wajar diberikan kerusi selamat.
Kalau nak beri juga, boleh beri, tetapi kepada orang Melayu atau Cina Muslim dalam Gerakan yang kuat Islamnya, bukan yang liberal atau Cina totok seperti presidennya, cakap Melayupun berterabur.
Jika Gerakan merasakan dirinya kuat, ada sokongan, pastikan bermula sekarang, buat kerja, dapatkan sokongan orang Cina.
Bukannya, sedap menumpang dalam PN untuk dapatkan undi mudah orang Melayu.
Jika tidak, Gerakan jangan bercakap banyak.
Penganalisis politik di luar sana, jangan mengeluarkan kenyataan bodoh.
Kita semua tahu, apa agenda kamu sebenarkan mendesak PN supaya memberikan kerusi selamat kepada Gerakan, atas alasan yang amat lemah, supaya nampak berbilang kaum.
Negara ini asal usul, apabila didatangi oleh pendatang, sudah begitu perkaumannya.
Perkauman ini tidak akan mudah untuk ditinggalkan kerana mereka lebih sayangkan bangsa, daripada agama, bangsa dan negara.
Inilah perjuangan ultra kiasu Gerakan, MCA dan DAP.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah