Bukan Semua Tular Itu Betul

Bukan Semua Tular Itu Betul

Saya menghubungi YB Bukit Payong, Dato’ Ustaz Mohd Nor Hamzah semalam, sekadar mahu bertanyakan isu ini yang kebetulan terjadi di Kampung Surau Haji Daud dalam DUN Bukit Payong.

Beliau menjawab alhamdulillah bantuan dari MAIDAM dan beliau secara peribadi sudah diberikan walaupun dia sekeluarga sebenarnya pengundi di Dun lain yang menyewa di situ.

Saya juga berkeyakinan penuh, sahabat baik saya Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan sebagai CEO MAIDAM yang juga pensyarah UNISZA dalam kepakaran perbankan Islam, seorang yang beramanah dan bersikap adil dalam menghulurkan bantuan.

Kedua-dua orang ini yang saya kenali sebagai seorang yang mempunyai peribadi yang baik, pastinya telah melihat dari semua sudut sebelum mengeluarkan bantuan dan masih sanggup membantu jika terdapat lagi ruang.

Apatah lagi zaman di mana kuasa tular yang boleh membawa kepada kesan buruk dengan mudah jika disalah fahami isu-isu sebegini.

Saya juga menerima maklum balas daripada rakan-rakan yang bertugas di Pejabat Exco berkenaan kekerapan kehadiran keluarga pengadu ini, bagi meminta bantuan.

Bukan semua tular itu perlu dilayan sebagai betul.

Biar kita dengar daripada banyak pihak yang terbabit.

Tulisan ini adalah sebagai penjernih suasana dan bertujuan agar semuanya berjalan baik dan tidak ada pihak yang terfitnah dalam isu ini.

Mohd Nasir Abdullah

Terengganu