Hargai Moyang, Bina Jambatan, Bukan Tembok

Hargai Moyang, Bina Jambatan, Bukan Tembok

Wakil rakyat ultra kiasu Subang Jaya kata hargai moyang, bina jambatan, bukan tembok.

Tulisan dibuat sempena bulan ziarah kubur (Cheng Beng), bagi masyarakat Cina negara ini.

Beliau menitipkan gambar berada di kubur moyangnya, yang berhijrah ke Tanah Melayu dan meninggal di sini awal 1900.

Baguslah bila sedar diri. Jadi, saya mohon, beritahulah pemimpin-pemimpin ultra kiasu dan orang Cina lain, yang masih tidak sedar.

Sedarlah bahawa asal usul kita adalah pendatang, lari dari masalah di negara asal, datang berhijrah ke bumi bertuah ini, menyelamatkan diri, diterima dengan baiknya di sini, sehingga jadi wakil rakyat.

Kamu sepatutnya mencoretkan juga betapa baiknya orang Melayu menerima kamu di sini tanpa syarat.

Justeru, hargailah dan jagalah hati dan sensitiviti orang Melayu.

Masalahnya, kenapa dan mengapa pemimpin-pemimpin kamu dari dulu hingga kini, kamu tidak nasihatkan supaya menjaga semua ini.

Sering kali mengungkit-ungkit akan perkara-perkara sensitif yang tidak sepatutnya kamu bangkitkan.

Contoh, isu kampung baharu Cina, bak kut teh babi, stokin tercetak kalimah Allah di KK Mart dan lain-lain.

Kenapa kamu begitu kurang ajar campur tangan.

Biarkan kami selesaikan dengan pihak yang bertanggungjawab.

Kamu tidak tahu lebih baik diam.

Tetapi pemimpin-pemimpin kamu tidak demikian sifatnya.

Mereka seolah-olah lupa asal usul moyang mereka.

Mereka tidak membina jambatan seperti yang kamu harapkan. Tetapi membina tembok.

Akhirnya, saya berharap apa yang kamu coretkan itu, kamu editkan semula hantarkan kepada pemimpin-pemimpin ultra kiasu lain supaya mereka bersyukur dan sedar diri berada di bumi bertuah ini seperti apa yang kamu coretkan

Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Kolumnis