يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا
يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا
“Wahai orang orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan berkatalah dengan kata kata yang betul. (70)”
Nescaya Allah membetulkan amalan kamu dan mengampunkan dosa dosa kamu. Dan sesiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya dia mendapat kemenangan yang besar.”
(Surah al-Ahzab: 70-71)
Kita menyambut hari raya setelah berjaya dalam ibadat puasa Ramadan yang menjadi rukun Islam, bersama sifat taqwa dalam diri masing-masing. masing.
Mentaati Allah dan Rasul-Nya serta berjaya mengalahkan hawa nafsu yang jahat. Seterusnya, menyambung perjuangan menegakkan Islam dengan sempurna dalam diri kita, keluarga, masyarakat dan negara, mengikut perintah Allah melalui firman-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
فَإِنْ زَلَلْتُمْ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْكُمُ الْبَيِّنَاتُ فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ وَالْمَلَائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ
“Wahai orang orang yang beriman! Masuklah ke dalam agama Islam semuanya, jangan kamu meng ikut langkah langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata kepada kamu. (208)
“Maka jika kamu tergelincir setelah datang kepada kamu keterangan-keterangan yang nyata, maka ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (209)
“Adakah kamu menunggu apabila tibanya (azab) Allah di bawah naungan awan diiringi bersama para malaikat lalu dijatuhkan hukuman balasan dalam keadaan semua urusan kamu dibicarakan?” (210)
(Surah al Baqarah: 208 210)
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah
Marilah kita menyambut hari raya pada tahun ini dengan memperingati peristiwa kemenangan Peperangan Ahzab yang disebutkan bersama takbir, yang berlaku pada bulan Syawwal tahun keempat Hijrah riwayat al Bukhari atau tahun kelima Hijrah (riwayat Ibn Hisyam) pada zaman Rasulullah SAW. Pada masa yang sama, bagi mengubati luka hati umat Islam pada akhir zaman ini, yang kalah dijajah kerana meninggalkan ajaran Islam.
Akibat pengkhianatan pemimpin-pemimpin yang menyeleweng daripada Islam dengan menubuhkan negara mengikut arahan penjajah (musuh Islam) sehingga umat berpecah belah menjatuhkan kerajaan Islam Uthmaniyyah pada tahun 1924 (kini sudah genap seratus tahun).
Akibatnya Palestin ditakluk oleh kaum Yahudi yang dimurkai dan dilaknat oleh Allah pada tahun 1948 dan terkini mereka sedang menceroboh Masjid al Aqsa yang mulia.
Walaupun pada tahun 1948 ketika itu, ada beberapa kumpulan Islam bersama para ulama’ yang berjihad mempertahankannya, tetapi mereka dikhianati oleh negara negara yang meninggalkan Islam dengan bersekongkol bersama musuh menyebabkan Bait al Maqdis ditawan pada tahun 1967.
Kini kumpulan Islam kembali semula bangkit berjihad menentang kaum Yahudi yang dilaknat Allah itu dan berjaya menawan daerah Gaza.
Hal ini menyebabkan kaum Yahudi menubuhkan pasukan Ahzab yang baharu bagi menentang kumpulan Islam.
Muslimin dan Muslimat yang di rahmati Allah!
Di sinilah hikmahnya Allah menurunkan Surah al Ahzab menceritakan peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW lebih 1400 tahun yang lalu.
Di mana kaum Yahudi pada zaman itu telah berjaya mengumpulkan bala tentera bersama kaum Musyrikin Arab yang sesat dengan memberi semangat bahawa ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah sesat, padahal mereka telah mengetahui berita kedatangan Baginda dalam kitab Taurat. Allah mendedahkan kejahatan mereka dengan firman-Nya:
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِنَ الْكِتَابِ يُؤْمِنُونَ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوتِ وَيَقُولُونَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا هَٰؤُلَاءِ أَهْدَىٰ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا سَبِيلًا
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ ۖ وَمَنْ يَلْعَنِ اللَّهُ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ نَصِيرًا
“Adakah kamu tidak memerhatikan berkenaan mereka yang diberikan sebahagian kitab Allah (Taurat dan Injil), namun percaya kepada pemimpin yang sesat dan melampau serta berani berkata kepada para pemimpin Musyrikin Arab) bahawa kamu lebih betul daripada Muhammad dan orang yang beriman bersamanya. (51)
“Mereka dilaknat oleh Allah dan sesiapa yang dilaknat Allah nescaya tiada penolong baginya.” (52)
(Surah al Nisa’: 51-52)
Walaupun mereka berjaya mengumpulkan bala tentera yang besar jumlah bilangan dan banyak senjatanya, mereka telah dikalahkan dengan pertolongan Allah.
Namun peristiwa tersebut menjadi ujian kepada orang orang yang beriman, sebahagian yang dinyatakan oleh firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءَتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُنُودًا لَمْ تَرَوْهَا ۚ وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا
إِذْ جَاءُوكُمْ مِنْ فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَإِذْ زَاغَتِ الْأَبْصَارُ وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَا
هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالًا شَدِيدًا
وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا
“Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah ni’mat Allah kepada kamu, ketika datangnya bala tentera yang ramai menyerang kamu, lalu kami (Allah) mengutuskan pertolongan melalui bala tentera yang tidak dapat dilihat (dengan mata), dan Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan. (9)
“Ketika musuh datang mengepung kamu dari atas dan dari bawah sehingga ada dalam kalangan kamu yang ketakutan sehingga terbeliak mata dan jantung hamper terkeluar kerongkong, lalu menyangka yang bukan bukan terhadap Allah. (10)
“Di sana orang ora ng yang beriman diuji dan digoncang perasaan mereka dengan hebatnya. (11)
“Dan ketika berkatalah orang orang munafiq dan mereka yang lemah imannya Allah dan rasul menjanjikan kemenangan (Islam) untuk menggoda dan menipu kamu (12)
(Surah al Ahzab: 9 12)
Adapun orang orang yang benar benar beriman dinyatakan oleh Allah semangatnya yang berkobar kobar:
وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا
“Dan manakala orang orang yang beriman melihat kedatangan bala tentera Ahzab mereka berkata , Inilah janji Allah dan rasul Nya (yang menyatakan kita akan diuji) dan bertambah kuat lagi iman dan Islam mereka. (22)
“Dalam kalangan orang orang yang beriman itu ramai yang benar janjinya (bersedia mati syahid) dan ramai yang menunggu gilirannya serta mereka tidak mengubah janjinya (melakukan khianat ).” (23)
(Surah al Ahzab: 22-23)
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah!
Kitab al Quran yang diturunkan pada bulan Ramadan ialah petunjuk Allah yang kekal kepada orang orang yang beriman.
Hari ini kita sedang menyaksikan bala tentera Ahzab sedang berkumpul bersama membantu kaum Yahudi menyerang Gaza dan Palestin yang datang dari seluruh pelosok dunia dan daripada pelbagai agama bersama orang orang munafiq Bala tentera Ahzab menyerang dengan ganas, bukan sahaja merampas harta saudara kita rakyat Palestin.
Mereka juga membunuh dengan cara yang paling ganas sehingga tidak mempedulikan kanak kanak, warga tua dan kaum wanita bahkan lebih ganas daripada binatang buas yang tidak ada akal dan undang undang serta perikemanusiaan.
Hal ini sekali gus menunjukkan mereka benar benar kaum yang dilaknat Allah dan beroleh kemurkaan Nya, sehingga mereka dikutuk oleh seluruh pelosok dunia yang berperikemanusiaan termasuk dari pada kalangan bukan Islam.
Maka jihad bersama rakyat Palestin sudah menjadi fardu ain kepada setiap orang yang beriman dengan apa apa kemampuan masing masing sekurang kurangnya berd o a dan mempunyai simpati dalam dirinya.
Maka di sinilah hikmahnya kita mengulangi bersama pada setiap takbir:
“Dan Allah membinasakan Ahzab dengan sendiri-Nya (yang Maha Esa).”
Kita melihat bahawa umat Islam sedang diuji oleh Allah. Ada sebahagiannya yang bangkit membantu saudara mereka di Palestin dengan harta dan senjata, malah ada yang lemah imannya dan yang munafi q bersekongkol dengan musuh Islam.
وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ
“…Dan jika kamu berpaling daripada (berjihad dengan harta dan diri kamu) nescaya Allah menukarkan kamu dengan kaum yang lain (tidak bakhil dan penakut) seperti kamu.”
(Surah Muhammad: 38)
KHUTBAH AIDILFITRI 1445H (JAWI)
https://mediaislam.net/berita/PDF/KHUTBAH AIDILFITRI 1445H -JAWI.pdf
KHUTBAH AIDILFITRI 1445H (RUMI)
https://mediaislam.net/berita/PDF/KHUTBAH AIDILFITRI 1445H -RUMI.pdf