Perbandingan Dia Sentiasa Dengan Sosok Hebat

Perbandingan Dia Sentiasa Dengan Sosok Hebat

Dulu dia dibandingkan penyokongnya dengan Nelson Mandela atas dasar perjuangan menegakkan keadilan. Tetapi orang kata Mandela tak bersalah tapi rejim apartheid yang zalimi Mandela. Mandela tak meliwat dan tak ada jantan yang nakkan Mandela walaupun Mandelapun sebenarnya jambu. Tapi jambu aranglah, bukan jambu air.

Tak macam dia, didapati bersalah sampai dua kali masuk jel. Hanya berani bagi keterangan dari kadang tertuduh tanpa boleh disoal jawab. Kemudian nasib baik diberi pengampunan. Orang tak akan diberi pengampunan kalau tak bersalah kan?

Dia kemudian dibandingkan lagi diri dia dengan Napoleon Bonaparte, jeneral perang Perancis yang lejen itu. Katanya, Napoleon diletakkan dalam sel yang dipercayai ada bahan kimia beracun, arsenik. Dan Napoleon dikatakan mati kerana itu. Lalu penyokong si dia mendakwa beliau telah diarsenikkan ketika dalam penjara. Dulu ramai yang percaya kisah racun itu benar.

Tetapi sekarang sedagha-sedagha, ramai yang percaya arsenik sekarang sebenarnya sudah kurang kuat racunnya kerana pernah duduk sekali dengan beliau dahulu. Beliau tetap kuat berjoget, tetapi arsenik pula yang lemah sekarang ini kesan duduk bersama beliau dalam sel dahulu.

Semua itu masih tidak mencapai matlamat, lalu diumpamakan pula dengan Imam Mahadi yang akan membawa panji-panji kemenangan kepada umat Islam. Akan tetapi Imam Mahadi tidak pernah pula dimaklumi daripada dalil-dalil sahih akan berjoget atau bersalaman dengan perempuan ajnabi ikut dan dia.

Imam Mahadi pula fasih berbahasa Arab. Beliau pula bukan tak pandai Arab, tapi konpem gagaplah nak cakap Arab fushah. Nampaknya tak jalan juga bandingan itu.

Dek kerana difikirkan orang beliau sangat hebat dalam berekonomi dakwah penyokongnya, maka digandingkan pula namanya dengan Nabi Yusof a.s sebagai Menteri di Mesir yang bertindak bijak dalam menangani masalah kemarau di sana. Tetapi dalam bajet yang Nabi Yusof kemukakan, tidak disebut berkenaan kelulusan judi oleh Menteri Kewangan.

Dan Nabi Yusof juga tidak merugikan wang negara dalam skandal forex sampai puluhan bilion ringgit. Gagal lagi gandingan itu. Yang dibongkar orang, nama Yusof Rawther pula tiba-tiba yang keluar. Ishhh…

Akhir sekali cubaan mengumpamakan nama beliau dengan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Konon telus sebagaimana allahyarham. Padahal dia lupa yang zaman itu, duit Kerajaan Negeri Kelantan dilambatkan bayaran oleh Menteri Kewangan yang khalayak sedia maklum siapa menjawat jawatan Menteri ketika tahun 1992-1998 dahulu.

Kerana kejahatan Menteri itulah maka allahyarham TGNA terpaksa berjimat cermat. Masalah air di Kelantan telah diminta Pusat untuk diselesaikan oleh allahyarham TGNA sejak awal 90-an lagi, tetapi tidak di layan oleh menteri.

Judi dan riba dihapuskan di Kelantan dan dimana sahaja kuasa Kerajaan Negeri boleh dilaksanakan atas semua perkara dosa dan noda oleh allahyarham TGNA. Tapi dia, sebagai Menteri waktu itu, apa dia buat dengan hal dosa pahala?

Wahai pentaksub beliau, cubalah umpamakan beliau dengan sosok yang lebih sesuai dengan perangai beliau tu. Seperti Mugabe ke, Joseph Estrada ke. Tapi janganlah samakan dengan Areial, Ehud atau Benjamin. Tu kasar sangat.

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis