Wajarkah Fasih BM Dijadikan Asas Kewarganegaraan?

Wajarkah Fasih BM Dijadikan Asas Kewarganegaraan?

Tersangat wajar, takkan dah tinggal di negara bertuah ini bergenerasi, asal usulnya dan sejarah, pendatang (imigren), masih lagi tidak dapat menguasai BM dengan baik.

Kamu tinggal di mana? Di India? Atau di China?

Kita tinggal di Malaysia, bahasa utama atau bahasa negara atau bahasa kebangsaan kita adalah adalah bahasa Melayu, termaktub dalam perlembagaan. Takkan masih tidak boleh lagi.

Jika tindakan tegas tidak diambil, sampai kiamat pun rakyat Malaysia tidak ada dapat berbahasa Melayu dengan baik, lebih-lebih dengan wujudnya sekolah vernakular berasaskan bangsa.

Tidak timbul soal hujah bodoh, untuk mengadakan ujian BM di wad bersalin. Ini hujah bodoh.

Sama ada di wad bersalin, hospital, imigresen atau di mana kita berurusan, sebagai rakyat Malaysia, semua wajib tahu, faham dan fasih berbahasa Melayu.

Insiden di pejabat Imigresen, pejabat polis dan beberapa pejabat lain, jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia, khusus bukan Melayu, melihat BM ini tidak penting, bahasa ibunda dia jauh lebih penting.

Maka tidak ada keperluan untuk belajar BM. Sebab itu, jadi begitu.

Tahniah, pegawai imigresen kerana tidak baharui passport mereka, dalam satu insiden baru-baru ini.

Malangnya, bila jadi viral, orang atas campurtangan, kira selesai.

Orang atas ini pun satu hal. Bila jadi isu, mula goyang dan takut. Takut hilang pangkat dan jawatan. Wal hal, tindakan pegawai dia ada justifikasinya.

Kenapa kita tidak ikut Indonesia atau Thailand dalam membina negara bangsa.

Bagi jadikan bahasa syarat warganegara, benda ini bukan baharu.

Bagi yang faham erti bina negara, bagi mereka bahasa negara, adalah hidup mati sesuatu bangsa dan negara?

Sebab itu dipaksakan, tidak ada kompromi.

Sebab itu, kita lihat, bukan Siam (Thai), bukan Indon (Tionghua Indon), penguasaan bahasa Indonesia mereka amat baik, malah lebih Indonesia dari Indonesia.

Kenapa boleh jadi begitu?

Sebab, mereka hanya diberikan satu pilihan, tidak boleh berbahasa kebangsaan negara, sila angkat kaki dan balik negara asal.

Kita terlalu berlembut. Bila dibantah atau ditular sahaja, semua jadi takut dan luluh.

Nak jadi apa dengan negara ini?

Pembinaan bangsa semakin kuat, pembinaan negara semakin kebelakang?

Kita nak hasil apa? Rakyat Malaysia yang patriotic? Jauh sekali.

Nak bukti apa lagi? Bukti dah ada di depan mata?

Lihat cara wakil rakyat berucap sama ada di DUN atau parlimen.

Mereka sendiri tidak faham apa yang diucapkan, hanya membaca.

Baca itupun dia tidak faham.

Apa yang boleh diharapkan?

Ini standard wakil rakyat.

Bayangkan mereka yang hidup dalam kelompok mereka, langsung tidak bergaul, seperti ibu kepada kes yang berlaku di pejabat imigresen Pulau Pinang ini.

Langsung tidak tahu berbahasa Melayu. Alasannya, generasi lama. Generasi baharu pun sama. Sebab proses sosialisasinya sama, mereka tidak bergaul dan bercampur. Hidup dalam kepompong komunis.

Sudah sampai masanya kerajaan mewajib syarat, penguasaan dan kemahiran berbahasa sebagai syarat mendapat kewarganegaraan.

Isu bahasa dan isu warganegara ini, isu keselamatan, jangan lihat enteng.

Kita perlu lahirkan rakyat Malaysia yang setia, sanggup hidup mati bersama, bukan pembelot.

Semalam saya ketemu dengan seorang pensyarah di Universiti Brunei.

Saya tanya dia, bagaimana Brunei mendaulatkan, Melayu Islam Beraja.

Dia kata itu kehendak Sultan. Pemimpin tertinggi negara.

Pemimpin tertinggi negara, ada fikir atau berkehendak sebegitu?

Maaf cakap, kita tidak fikir ke arah itu.

Memang sedap bercakap, kita kena jaga negara ini, perpaduan mesti kukuh, negara ini perlu aman, kita mesti hidup bersatu hati.

Asasnya apa? Mesti ada sesuatu yang boleh dipegang?

Apa yang lebih penting selain bahasa, sudahlah kita banyak berbeza.

Bangsa dan agama berbeza? Sekolah berbeza?

Penempatan tempat tinggal berbeza.

Sosialisasi berbeza. Medium berbeza.

Semua berasaskan kaum. Paling teruk, media. Setiap kaum ada channel masing-masing.

Bila mereka mahu fasih berbahasa Melayu?

Sebab itu, bila ada syor dan pendapat, wajibkan kefasihan bahasa, semua melihat itu tidak penting.

Yang penting tunaikan apa kehendak mereka.

Jika tidak ditunaikan, maka ditularkan. Hasilnya, semua jadi takut.

Sekadar ingatan sahaja kepada pemimpin negara, dari yang bergelar sampai tidak bergelar, dari pembuat keputusan sampai kepada yang berjawatan, kamu jangna fikir isu bahasa ini, isu kecil.

Ia teramat besar, kerana ini isu negara dan keselamatan.

Apabila lahir ramai rakyat yang tidak cintakan agenda negara seperti bahasa, semangat patriotic mereka semakin luntur.

Mereka lebih cintakan bangsa dari negara.

Mereka lebih mempertahankan bangsa dari negara. Banyak bukti sedia ada.

Perkahwinan dengan bukan warganegara semakin berleluasa, Vietnam, China dan sebagainya.

Ini tidak termasuk mereka yang terlepas dan penipuan visa dan kad pengenalan.

Walaupun dinafikan, isunya tetap ada.

Justeru, langkah-langkah perlu diambil, bukannya dengan menyalahkan sesama sendiri.

Paling sedih, pegawai sendiri disalahkan, dengan kata-kata, kerja kita baharui passport, bukan tanya soal bahasa.

Sama juga isu, ketika polis di negeri yang sama, Pulau Pinang, apabila pegawai polis tidak mahu ambil report disebabkan oleh pakaian pereport seperti pelacur.

Bila isu menjadi tular, maka yang disalahkan adalah pegawainya sendiri, polis.

Hujah yang sama, kerja polis ambil repot bukan lihat kepada pakaiannya.

Ini hujah bodoh dan cara untuk lepaskan diri, maka pegawai bawahan disalahkan.

Begitu juga yang berlaku apabila pegawai keselamatan hospital enggan menerima pesakit yang berpakaian seksi dan menjolok mata, sedangkan sudah terpampang, etika berpakaian.

Bila tular, yang salah adalah pengawal keselamatan, yang betul adalah pesakit.

Sampai bila hendak jadi seperti ini.

Percayalah, isu ini nampak kecil, tetapi jika dianalisis secara mendalam, ia melibatkan isu keselamatan negara.

Kita peru lahirkan rakyat atau warga yang setia, sanggup mati demi agama, bangsa dan negara, bukan pembelot, yang tidak ada taat setia.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Kolumnis