Ia bermula di zaman revolusi Perancis di waktu rakyat tidak berhak sama sekali.
Pemerintah di Barat dan juga di Timur semuanya berbentuk Raja yang Berkuasa Mutlak.
Dan keraplah Raja melaku kezaliman terhadap rakyat.
Nyawa rakyat berada di tangan Raja.
2.Kerana sikap keterlaluan Raja maka tercetuslah revolusi di Perancis.
Tuntutan rakyat ialah hak yang sama dan kebebasan.
Slogan mereka ialah โ๐ฬ๐จ๐ข๐ญ๐ช๐ต๐ฆฬ, ๐๐ณ๐ข๐ต๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ช๐ต๐ฆฬ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ช๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ต๐ฆฬโ.
“รgalitรฉ, Fraternitรฉ, dan Libertรฉ” ialah perkataan Perancis untuk “Equality (Kesaksamaan), Fraternity (Persaudaraan), and Liberty (Kebebasan)” dalam bahasa Inggeris.
Tuntutan rakyat sangat adil dan bertimbang rasa.
Tetapi ahli pemikir berpendapat memiliki hak persamaan tidak cukup kerana terdapat banyak lagi kelainan hak dan kurangnya kebebasan di kalangan masyarakat.
Dengan itu bermulalah gerakan untuk mengenal pasti perbezaan layanan dalam masyarakat manusia supaya dapat dikurangkan.
Perbezaan yang ketara terdapat antara lelaki dan perempuan.
Dalam mana-mana masyarakat terdapat perbezaan hak dan layanan antara lelaki dan perempuan.
Dan ini dianggap tidak adil.
Hak yang sama hendaklah diberi tanpa mengambil kira jantina.
Maka perjuangan diadakan supaya dalam semua bidang perbezaan hak dan layanan dihapuskan.
Masyarakat menerima keadilan menghapuskan perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam bidang sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.
Terdapat pejuang-pejuang persamaan berpendapat masih banyak perbezaan terdapat di antara lelaki dan perempuan.
Maka tuntutan dibuat supaya apa yang boleh dilakukan oleh lelaki, perempuan juga boleh lakukannya.
Masih juga perasaan tidak puas hati timbul di Barat.
Ia sudah sampai ke tahap kenapa ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan.
Ini menghalang persamaan antara mereka.
Untuk mencapai persamaan (๐ฆ๐ฒ๐ถ๐ข๐ญ๐ช๐ต๐บ) masyarakat Barat sekarang sudah menolak kelainan antara lelaki dan perempuan.
Tidak ada keperluan membezakan jantina.
Dengan itu, mencatat jantina di kad pengenalan tidak perlu.
Murid ke sekolah tidak perlu nyatakan jantina mereka.
Sudah tentu tidak ada pengasingan bilik darjah lelaki dan perempuan.
Sekarang di UK dan beberapa lagi negara Barat tandas asing untuk murid lelaki dan perempuan tidak perlu disediakan.
Dan murid diajar supaya menerima persamaan total yang menolak jantina.
Ini jugalah yang diajar dan dipromosi di kalangan penuntut.
Manusia semua sama.
Tidak ada lelaki dan perempuan.
Kita sudah lihat perkembangan LGBT di seluruh dunia.
Negara Asia juga sudah terima perkahwinan dan keluarga sejenis.
Konsep kahwin dan keluarga tidak lagi diakui dan dimuliakan.
Barat sekarang sudah hilang akal.
Atas nama kebebasan dan kesamaan, nilai-nilai hidup dahulu sudah dihapuskan.
Perkembangan ini bukan lagi dianggap budaya baru.
Ia sudah jadi budaya biasa, iaitu ia sudah jadi normal, bukan ๐ฏ๐ฆ๐ธ ๐ฏ๐ฐ๐ณ๐ฎ๐ข๐ญ.
Ramai yang membaca rencana ini akan anggap ini khayalan penulis (kerana tua).
Bagi saya tidak mengapa jikalau saya dianggap nyanyuk.
Apa yang saya dakwa dalam rencana ini bukan akan berlaku.
Ia sudah berlaku.
Jaga-jaga apabila hantar anak ke sekolah di Eropah.
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐