Todak – Dron ‘Kamikaze’ Buatan Malaysia Bakal Dikomersialkan

Todak – Dron ‘Kamikaze’ Buatan Malaysia Bakal Dikomersialkan

‘Todak’, dron amunisi musnah sendiri atau ‘kamikaze’ buatan pertama Malaysia bakal dikomersialkan tidak lama lagi.

Dron ciptaan syarikat tempatan Mindmatics, mengambil masa setahun untuk dibangunkan dan kini masih dalam proses kajian dan pembangunan lebih lanjut dalama tempoh enam bulan lagi.

Pengurus Projek Azman Ahmad, berkata dron terbabit berfungsi menyerang dengan tepat untuk memusnahkan sasaran yang dikehendaki.

“Sebelum ini, kami telah membangunkan dron pemantauan tetapi kali ini, kami maju selangkah lagi dengan dron ‘kamikaze’ untuk objektif dan tujuan khusus.

“Terdapat beberapa agensi menunjukkan minat terhadap produk ini, dan kami melihat ada potensi pasaran dalam kalangan agensi penguat kuasa tempatan serta wilayah,” katanya kepada Bernama di reruai Mindmatics pada pameran itu yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC).

Kemajuan