Sifat Toksik Orang Yang Hasad Dalam PH

Sifat Toksik Orang Yang Hasad Dalam PH

Mamat PH ini adalah salah satu watak joker baru nak up, kengkonon nak cuba jadi seperti Bangmat atau TokPut semasa era kegemilangan mereka dalam parlimen ketika era reformasi.

Jika sekali cakap pun orang boleh menilai level intekelual beliau, inikan pula sudah berpuluh kali melalak terjerit-jerit tak kira dalam parlimen atau luar parlimen.

Dalam keratan video ini, kita faham bahawa dia nak kipas PMX dengan membawa naratif seorang PM yang berjiwa besar, hebat, bagus, power, lembut hati, penyabar, dan sebagainya.

Kononnya walaupun berkali-kali PMX dimaki oleh Sanusi, PMX tetap beri peruntukan kepada Kedah sebanyak RM5 bilion dalam pertemuan antara pusat dan negeri baru-baru ini.

Kita recap balik apa yang Sanusi selalu sebut dalam ceramahnya – antara perkara yang dianggap ‘maki’ itu adalah; mengatakan PMX ada masalah moral yang teruk, tak pandai tatakelola, “buka mulut bohong” dan “kepala bapak hang”.

Itu ringkasan koleksi kritikan terhadap PMX yang seluruh Mamat-Mamat dan Minah-Minah PH anggap ia sebagai ‘makian’ terhadap PMX.

Setelah berbulan-bulan berlalunya PRU15, PRN Kedah dan beberapa PRK, akhirnya Sanusi membuat permohonan maaf secara terbuka ketika ucapannya dalam satu majlis rasmi Hari Raya Madani di Kedah baru-baru ini.

Sebelum hadir ke majlis raya tersebut, Sanusi selaku MB Kedah bersama para exco kerajaan negeri telah pun mengadakan pertemuan dengan PXM dan menteri kabinet kerajaan persekutuan dalam satu mesyuarat julung kalinya antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

Dari segi timelinenya, Sanusi mohon maaf secara terbuka itu setelah PMX meluluskan peruntukan-peruntukan besar ketika mesyuarat antara negeri dan pusat.

Sebenarnya, Sanusi tiada masalah peribadi apa pun terhadap PMX – melainkan semua kata-kata yang dianggap kasar itu dihambur dalam ceramah politik – adalah berpunca daripada sekatan-sekatan peruntukan oleh pusat kepada negeri, serta gangguan-gangguan Madani terhadap kelancaran pentadbiran Kedah serta tatakelola yang tidak munasabah – yang pada anggapan Sanusi – ia adalah tidak profesional dan bersifat balas dendam oleh PMX terhadap Kedah yang dipimpinnya.

Selama ini sudah berulang kali surat-surat rasmi daripada SUK negeri Kedah diutus kepada PMX melalui PMO, namun tiada respon jelas dan serius untuk bertemu dan duduk semeja antara negeri dam pusat.

Jika pertemuan berlaku lebih awal dan peruntukan-peruntukan yang menjadi hak Kedah diperolehi, mungkin Sanusi sebagai MB Kedah akan memohon maaf lebih awal.

Sifat Sanusi sangat simple – hang bagi, aku ucap terima kasih, hang tak bagi hak aku, aku lawan sampai aku menang.

Dari sudut tatakelola, Sanusi mampu menunjukkan sikap berdisiplin yang tinggi dalam membezakan tugasnya sebagai MB Kedah, sebagai Pengarah Pilihanraya PN, sebagai AJK PAS Pusat, sebagai Laksamana Pertama kehormat TLDM, dan sebagai orang kampung Jeneri.

Disiplin beginilah yang gagal difahami oleh 99% menteri-menteri Madani, pemimpin-pemimpin PH serta para walanons seluruh dunia.

Bagi mereka, apabila Sanusi menjadi MB, maka title MB itu adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kenapa demikian?

Kerana itulah kefahaman mereka apabila mereka sendiri jadi menteri, maka mereka akan cewii sebagai menteri di mana saja, bila-bila masa pun – mereka akan melangkah dengan hidung mancung “akulah menteri”.

Berbalik kepada lalakan Mamat PH dalam video ceramah tersebut yang mengatakan “Kalau aku jadi perdana menteri, mamposss aku tak bagi peruntukan (RM5 bilion) kepada Sanusi!

Aaahhh aku peduli apa!! Mamposss aku tak bagiiii!”

Inilah contoh betapa toksik dan dungunya tatakelola Mamat PH tersebut yang tidak reti membezakan hak rakyat Kedah dan hak Sanusi.

Mujurlah PMX tidak selamanya termakan dengan fahaman dungu Mamat toksik tersebut.

PMX tahu, jika berterusan beliau menahan peruntukan kepada Kedah disebabkan terkilan dengan Sanusi, rakyat Kedah akan terus susah.

Beliau tahu limit untuk berkonfrontasi dengan orang yang susah nak goyang.

Akhirnya langkah PMX tepat setelah beliau mengabaikan nasihat-nasihat toksik dan hasad makhluk-makhluk selelilingnya – berjaya melembutkan hati MB Sanusi untuk memohon maaf sebagai MB Kedah terhadap PMX.

Sebagai Pengarah Pilihanraya PN, belum lagi.

Peruntukan RM5 bilion itu adalah masih sangat kecil untuk membangunkan Kedah supaya setara dengan Selangor dan Pulau Pinang.

Bayangkan sejak merdeka sehingga hari ini, berapa ratus bilion sudah kerajaan pusat salurkan kepada projek pembangunan kedua-dua negeri maju tersebut jika dibandingkan dengan jumlah peruntukan kepada Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu?

Bagai langit dan bumi.

Hak-hak negeri dan rakyat Kedah dipandang remeh oleh menteri-menteri Pusat sejak zaman berzaman, walaupun ramai juga menteri pusat yang datang dari Kedah.

Malahan MB-MB Kedah terdahulu juga tidak lantang pun bersuara untuk dapatkan hak untuk Kedah sebagaimana mewahnya Selangor dan Pulau Pinang dapat.

Bahkan perancangan-perancangan untuk membangunkan projek-projek mega di Kedah – ditertawakan begitu sahaja, tanpa ada kemahuan yang serius untuk membantu menjayakan rancangan yang baik untuk rakyat Kedah.

Sekali lagi, kita ucapkan terima kasih kasih kepada PMX atas peruntukan RM5 bilion tersebut.

Terima kasih kerana memulangkan kembali hak Kedah dan rakyat Kedah.

Semoga PMX terus dijauhkan daripada hasutan-hasutan toksik para pengampu yang hasad, seperti Mamat PH ini.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Kolumnis