MCA hanya akan kekal relevan jika ada Cina Muslim bersama, sebagai jambatan, bagi menasihatinya (moderate), supaya tidak menjadi terlalu rasis.
Jika tidak, parti rasis ini akan mereput bersendirian, jika benarlah keputusannya untuk bergerak solo, meninggalkan Barisan Nasional (BN).
Terbaharu, Ketua Pemuda MCA, Wilayah Persekutuan, masih tidak keluar lagi dari kepompongnya berkata, dia akan pergi mencanangkan kepada orang Cina agar menyertai perkhidmatan awam, supaya badan kerajaan ini nampak seimbang mengikut komposisi kaumnya.
Saranan saya, sebelum melakukan kempen tersebut, buat perkara asas dahulu.
Buat kempen dan usaha untuk memandaikan ahli MCA atau orang Cina untuk menguasai agenda negara, seperti pentingnya, penguasaan bahasa Melayu, sebagai bahasa negara, sehingga ke tahap fasih.
Boleh berbincang dengan saya dan Prof Teo Kok Siong.
Jangan lihat kami sebagai musuh.
Ini tidak, bila sentuh sahaja, SJKC, ibarat cacing kepanasan, terus melompat macam tidak sedar diri.
MCA lebih dengar cakap Dong Zong dan Jiao Zong daripada kerajaan itu sendiri.
Kata Ketua Pemuda itu lagi, MCA akan terus memainkan peranan kami untuk memupuk kesedaran, menyampaikan mesej kerajaan kepada masyarakat Cina, bagi memastikan perkhidmatan awam dapat menyaksikan kemasukan lebih ramai bukan Bumiputera, seterusnya memastikan dasar-dasar kerajaan adalah adil kepada semua masyarakat dan tidak mengabaikan kepentingan mana-mana kaum.
Apakah MCA merasakan selama ini, apabila perkhidmatan awam majoritinya adalah Melayu dan bumiputera, maka orang bukan Melayu, terutama orang Cina, tertindas atau teraniaya?
Tidak, Melayu Islam yang berada dalam perkhidmatan awam tidak begitu sifatnya.
Islam tidak membenarkan sama sekali, kami bersifat sedemikian, rasis dan tidak berlaku adil.
Demi mengatasi masalah ini, MCA katanya, akan sentiasa bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan Cina serta agensi-agensi kerajaan untuk menganjurkan siri jelajah, kempen dan bengkel dengan tujuan mendekati masyarakat Cina dan menjelaskan, serta memupuk minat mereka terhadap perkhidmatan awam. Cina lagi.
Bekerjasamalah dengan Cina Muslim, kalau pun tidak dengan Melayu Muslim.
Selain itu katanya, institusi-institusi pendidikan yang diasas serta ditubuhkan MCA, iaitu TAR UMT dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) masing-masing juga ada menubuhkan Kelab Askar Wataniah untuk menggalakkan minat para pelajar menyertai Angkatan Tentera Malaysia.
Ketua MCA itu juga, turut menyebut beberapa nama seperti Ketua MCA Kelantan, Chua Hock Kuan, Ketua Penerangan Pemuda MCA Sdr. Neow Choo Seong juga pernah berkhidmat sebagai seorang pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) sebelum menceburi bidang politik, dan lain-lain lagi.
Saya kenal nama-nama ini, mereka tidak terlalu kecinaan atau tidak terlalu rasis, terutama Cina Kelantan dan Terengganu.
Ingatan saya kepada MCA, kamu kena lahirkan lebih ramai pemimpin MCA seperti Tan Cheng Lock, agak terbuka, mahu berasimilasi, penguasaan bahasa Melayunya baik, tidak terlalu rasis dan kecinaan.
Kamu sebagai ketua pemuda, bagaimana?
Cuba kamu pergi tanya Chua dan Neow, nama yang kamu sebut itu, keupayaan mereka menguasai bahasa Melayu.
Saya yakin, salah satunya sebab mereka disebut dan boleh kekal relevan adalah, kerana penguasaan bahasa Melayu mereka baik, mereka mahu sedikit berasimilasi, meskipun tidak banyak.
Malangnya, bila sebut sahaja asimilasi, terus melompat kata kami menolak asimilasi, hanya menerima integrasi.
Kamu sedar atau tidak?
Bagi saya, usaha kamu mahu meramaikan Cina dalam perkhidmatan awam ini ada udang sebalik batu.
Usaha ini terlalu kecil kerana hanya membabitkan kepentingan kaum yang bersifat rasis.
MCA perlu berfikirkan lebih daripada itu dan berjiwa besar.
MCA bincang perkara asas iaitu agenda hidup bernegara dan menguasai agenda negara.
MCA perlu kaji terlebih dahulu kenapa dan mengapa orang Cina tidak layak menyertai pekhidmatan awam?
Salah satunya kerana terlalu jahil dalam menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Ketika saya menyertai ahli MCA dahulu, antara tujuan saya inilah, untuk membantu dan memberi kesedaran kepada orang Cina agar dapat membantu menguasai bahasa negara, selain menjadi jambatan untuk memahami agama Islam, agar tidak dibangkitkan perkara sensitif, seperti isu stokin, tercetak kalimah Allah.
Cara kamu, mengendalikan isu ini banyak tersasar.
Kamu lebih mementingkan saudara sebangsa daripada isu sebenar membabitkan sensitiviti orang Islam.
Inilah kejahilan kamu.
Inilah antara niat saya menyertai MCA dahulu.
Akibatnya, saya terpaksa keluar sebagai ahli seumur hidup apabila kamu terlalu lantang menentang Islam, yang tidak ada kena mengena dengan kamu, seperti RUU 355.
Selain itu, penyertaan saya dalam MCA dianggap sebagai ancaman.
Borang keahlian saya sepatutnya didaftarkan di Ampang dicampak ke Rawang, sedangkan saya tinggal di Ampang. Kenapa?
Lu fikirlah sendiri akan jawapannya.
Dalam menyahut seruan murni Ketua Pemuda MCA ini, saya cadangkan, bukan sahaja MCA, tetapi Gerakan dan juga DAP, agar membuat kempen kesedaran besar-besaran untuk memahamkan orang Cina betapa pentingnya mereka fasih, faham dan boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan baik.
Inilah agenda pertama negara yang perlu dikuasai, bukan merebut jawatan atau mengisi kekosongan dalam perkhidmatan awam.
Orang Islam yang majoriti duduk dalam perkhidmatan awam, tidak menjadikan kamu semakin miskin, malah makin ramai yang menjadi kaya raya.
Tidak cukup dengan itu, kamu rasuah mereka, untuk menjadi bertambah kaya.
Akhirnya, penjawat ini masuk penjara, kamu bebas kaya raya.
Satu lagi, beberapa nama yang disebut oleh MCA yang terlibat dalam perkhidmatan awam dan pasukan beruniform sebelum itu, boleh uji kebolehan bahasa Melayu, memang tidak dipertikaikan.
Kesetiaan dan ketaatan mereka kepada negara tidak dipertikaikan.
Masalahnya, dengan majoriti Cina dan ahli MCA, yang masih bercakap lu tatak, lu tatak atau bulung bulung telebang di angkase…..Haiyo.
MCA perlu agresif untuk mengubah wajah sekolah vernakular (SJKC) supaya tidak terlalu kecinaan sehingga mereka gagal menguasai agenda negara.
MCA perlu sensitif, kerana ramai murid Cina gagal dalam subjek bahasa Melayu mudah.
Jika diselaraskan silibus subjek ini seperti di sekolah kebangsaan, apakah terjadi kepada cina-cina ini.
Kamu kena menguasai agenda negara, bukan agenda bangsa.
Agenda bangsa terlalu bahaya.
MCA sepatutnya menyedarkan orang Cina supaya jangan terlalu memakaikan pakaian terlalu seksi, seperti pelacur apabila mendekati premis perkhidmatan awam.
Cubalah pergi ke mana-manapun, lihat cara mereka berpakaian, langsung tidak mencerminkan etika dan cara hidup serta budaya orang Cina.
Mereka sendiri menghina ada budaya mereka.
Malah, mereka sudah menjadi terlebih barat.
Pakaiannya anak muda remaja mereka menjadi terlalu seksi sehingga menampakkan yang tersurat dan tersirat.
Ini menimbulkan ketidakselesaan kepada orang Melayu dan perkhidmatan awam.
Apabila perkhidmatan awam bertindak seperti tidak mahu melayan kemahuan mereka, seperti menbuat repot, baharui lesen, paspot dan sebagainya.
MCA mahu bertindak sebagai jaguh dengan berkata, ini kebebasan, yang perlu dilaksanakan oleh perkhidmatan awam adalah menjalankan tugas bukan melihat kepada pakaian. Ini kenyataan bodoh dan naif.
Satu lagi, laman web kamu masih terlalu kecinaan, mengutamakan bahasa Cina berbanding bahasa kebangsaan, bila kamu nak berubah wahai MCA.
Kamu akan mereput, jika terlalu kecinaan, tanpa Cina Muslim menasihati kamu…percayalah.
Walaupun saya sudah keluar dari MCA, tetapi niat untuk membantu dan menolong tetap ada, dengan syarat, jemputlah dan bersedialah mendengar nasihat saya demi pertiwi tercinta.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah