‘Maha Kaya’, ‘Sakau’ Dan Ucapan Bercelaru Anwar

‘Maha Kaya’, ‘Sakau’ Dan Ucapan Bercelaru Anwar

Rakyat marhaen faham atau tidak dengan bahasa Melayu tinggi tetapi tidak sampai apa yang dimesejkan, permainan angka yang memukau serta masih berjanji-janji.

Cerita rasuah tak habis-habis. Beria-ria menceritakan dakwaan kepada pihak tertentu.

Cubaan terus menerus menyalahkan pihak lalu. 

Nampak sangat kerajaan Madani tak “move forward”, asyik gear undur sahaja?

Tidak habis-habis cerita projek tebatan banjir yang kononnya menjimatkan RM2 bilion, musim banjir pun dah “off season”.

Menyentuh soal penyeludupan, perkara ini rakyat sudah tahu semuanya kerana ia memang berterusan, malah PM begitu bangga kononnya kartel minyak masak, telur dan ayam dapat dibanteraskan, tetapi bagaimana pula kartel beras, kartel sayur, kartel peruncitan, kartel bahan pembinaan?

Dalam perutusan itu disebut juga kononnya “Ekonomi Madani” adalah landasan utama perbetulkan sistem struktural ekonomi negara, tetapi hakikatnya tidak begitu.

Rakyat yang menonton siaran langsung perutusan melahirkan kekecewaan kerana kata-katanya umpama ulangan perancangan soal NETR, NIMP, separuh penggal RMK12 dan Belanjawan 2025. 

Apa yang baharu sebenarnya?

Nak tergelak pun ada apabila PM menyebut tentang menggerakkan seluruh jentera. Belum gerak lagi ke?

Diucapkan gaji rakyat yang kononnya pendapatan boleh dicapai RM4,500 dalam sektor pembuatan menjelang 2030 – enam tahun lagi.

Lama sangat, rakyat nak tunggu ke?

Cerita gaji sektor awam pada 1 Disember depan, entah ya atau tidak.

Nampak ketika berucap, PM tersekat-sekat, riak wajah yang terlalu untuk perjelaskan (over-explain), terlalu banyak pergerakan anggota badan.

Senang cerita, macam tidak tenteram di depan lensa kamera secara langsung. Apa ceritanya?

Dalam perutusan itu, PM tidak menafikan malahan mengakui masalah negara yang pelbagai. Kenapa begitu?

Masih diceritakan atau dikekalkan dalam storyboard soal FDI sebanyak RM329.5 juta diluluskan tahun 2023 lalu.

Tetapi rakyat bertanya, adakah direalisasikan?

Disebut juga komitmen pelaburan sebanyak RM76.1 bilion setakat Mac 2024 lalu.

“Komitmen” yang bagaimana pula?

Rakyat bertanya, adakah diluluskan dan direalisasikan?

Masih lagi diceritakan soal bebanan hutang RM1.2 trilion.

Lagi-lagi disasarkan golongan “maha kaya”?

Dah masuk pertengahan tahun kedua pemerintahan, nada masih sama sahaja.

Rakyat faham ke soal sen dan faedah hutang, pelajar jurusan ekomomi mungkin faham, tetapi rakyat biasa tak faham apa yang dituturkan PM dalam perutusan itu.

PM sering sebut “sakau” dan “merompak”.

Siapa yang merompak lagi ni?

Reformasi fiskal? Kenaikan SST, menambah lagi percukaian, tarik subsidi – apa yang dicapai sekarang sebenarnya?

Dalam perutusan itu, diceritakan tentang orang “kaya” dan rakyat asing. Siapa sebenarnya? 

Yang dijangka selama ini, penyasaran subsidi bahan api dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet, maka selamat datang ibu segala kenaikan. Tunggu! 

Disebut juga bantuan tunai pemilik kenderaan individu terpilih.

Siapa yang sebenarnya terpilih?

Rakyat terus merasa pelik apabila sebutan “maha kaya” dan orang asing diulangi lebih 10 kali, siapa mereka sebenarnya? Rakyat ingin tahu!

Dalam perutusan itu, PM sebut duit bantuan yang ditambah-tambah.

Rakyat nak tahu juga, betul ke? 

Soal ini kena teliti dan audit kerana kena pastikan betul ke duit dari yang diselamatkan dari ketirisan? 

Akhir sekali, PM sebut fikiran yang bercelaru?

Siapa sebenarnya bercelaru, Madani atau rakyat?

Razali Idris

Isu Semasa