Apa Yang Non-Tizen Faham Pasal The Greater Kedah?

Apa Yang Non-Tizen Faham Pasal The Greater Kedah?

Ramai Non-tizen duk pertikai Nusi pergi UK untuk apa sekadar jumpa kawan-kawan dan melawat perpustakaan sahaja.

Apa pelaburan yang Nusi bawa balik untuk Kedah?

Mereka membandingkan lawatan PMX yang hebat ke Qatar, Krygyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan kononnya bawa balik pelaburan bliyun-biliyun.

Sebenarnya ia adalah perbandingan yang noob dan sengal kerana membandingkan PM negara dengan seorang MB sebuah negeri.

Not apple to apple comparison.

Membandingkan PMX dengan MB Kedah, hanya merendahkan kualiti PMX sahaja.

Kualiti PMX kena bandingkan dengan PM negara lain.

Sila compare dengan PM Thailand, Presiden Indonesia dan PM Singapore – ketiga-tiganya boleh dikatakan sama-sama baharu naik.

Kemudian, kena reti – MB Kedah tu pergi ke UK atas misi lain, bukan misi angkut pelaburan.

Dalam misinya mahu membangunkan The Greater Kedah yang turut mengangkat nilai pendidikan dan pemurnian sejarah negeri Kedah – maka antara step permulaan adalah menjalinkan kerjasama yang baik dengan perpustakaan UK yang merupakan antara sumber simpanan manuskrip-manuskrip tamadun dan empayar kita terdahulu.

Sebagaimana diperakui oleh pakar-pakar dan ahli-ahli sejarah kita bahawa masih banyak rahsia dan manuskrip yang belum dibongkar dan ditafsir untuk mengetahui kedudukan sebenar sejarah tamadun dan empayar bangsa kita zaman dahulu – yang tersimpan dalam simpanan negara-negara penjajah seperti Britain, Belanda dan Portugal.

Dengan kerjasama rasmi ini, selepas ini team sejarah dan pihak terbabit akan mudah berurusan dengan pihak perpusatakaan dan sejarah di sana untuk membuat kajian dan menemukan lompong-lompong sejarah yang terputus, disambung dan dipertaut kembali untuk tatapan anak bangsa – bahawa sejarah kita tidak lekeh dan koman.

Apabila sesuatu bangsa kenal dan faham sejarah bangsanya, mereka akan bangkit semula dengan maruah dan kekuatan baharu yang selama ini dipijak-pijak, ditunjal-tunjal oleh para manipulator yang licik mencatur kuasa.

Nampak macam Nusi saja-saja pergi jalan-jalan.

Tapi YAB anak kampung Jeneri itu membawa agenda yang tidak kecil bagi menjayakan The Greater Kedah.

Jika ditanya para Non-tizen, mereka hanya faham The Greater Kedah itu hanyalah Aiport Kulim, litar lumba, stadium Sungai Petani dan Ayaq tadaakk….

Itu saja yang depa tau.

Hidup bermaruah bukan sekadar bertuhankan duit bilyun-biliyun semata-mata.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Kolumnis