Jangan Bermain Api Menuduh UiTM Apartheid

Jangan Bermain Api Menuduh UiTM Apartheid

Jika Malaysia mengamalkan dasar apartheid, sudah tentu hari ini bukan Melayu hidup merempat seperti mana orang kulit hitam suatu masa dahulu, yang dilakukan oleh kulit putih.

Namun, perkara ini tidak pernah berlaku, malah orang bukan Melayu, bukan pribumi, ditatang, sehingga jauh meninggalkan pribumi, Melayu dan bumiputera itu sendiri, terutama dalam bidang ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

Apartheid apakah yang sedang kamu perkatakan wahai Andrew Sia. Bekas wartawan akhbar ultra kiasu.

Dasar tidak sedar diuntung, kamu tidak selayaknya tinggal di bumi bertuah ini.

Kamu selayaknya kembali ke tempat asal-usul kamu.

Tidakkah kamu sedar bahawa dengan adanya perkara 153 ini, negara ini menjadi aman, bangsa kamu dapat membina kekayaan, tanpa diganggu-gugat.

Malah yang mengkayakan kamu itulah Melayu dan bumiputera, kerana rata-ratanya mereka adalah pengguna, bangsa kamu peniaga.

Kamu lihat sahaja di Terengganu, Cina tersangat minoriti, tetapi boleh menjadi kaya raya, kerana pelanggannya keseluruhannya adalah Melayu.

Pengedar kenderaan Honda, adalah Cina Terengganu, Tan Eng An.

Boleh dikatakan semua pelanggannya adalah Melayu. Kamu nak kata apa?

Jika ini dasar apartheid, sudah lama ia diboikot dan dipulaukan.

Hakikatnya, ia tidak berlaku di Malaysia.

Ini bukan apartheid, tetapi ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan.

Sepatutnya kamu kena bercakap apa yang bukan Melayu kena lakukan terhadap Melayu.

Berterima kasih kepada Melayu kerana mengkayakan Cina.

Sudah sampai masanya orang kaya ini melakukan CSR dengan membantu orang Melayu.

Adakah itu yang bangsa kamu lakukan? Kamu jawab sendiri Sia.

Punya baiklah kerajaan yang diperintah Melayu, sukar untuk saya terima, tetapi terpaksa terima, hanya kerana politik.

Contoh, sudahlah institusi Cina bertaraf swasta, tidak sepatutnya langsung dibantu, tetapi kerajaan terus bantu, berbilion.

Cuba tanya institusi pengajian tinggi Cina rasis, seperti Kolej Universiti New Era, KUTAR, UTAR, dan lain-lain institusi pengajian mereka.

Ini tidak termasuk lagi ada lebih Sekolah Persendirian Cina, saban tahun dibantu kerajaan

Institusi ini tidak selayaknya dibantu kerana mereka bertaraf swasta.

Lebih-lebih lagi seperti Sekolah Persendirian Cina dan Kolej New Era.

Mereka yang memilih untuk berpisah dan menggunakan bahasa pengantar bahasa ibunda Cina sendiri, jauh dari agenda negara.

Malangnya, kerajaan terpaksa menanggung biawak hidup ini, tidak kira parti mana yang memerintah, atas dasar untuk mendapatkan undi, walhal, mereka tidak mengundipun, terutama PN (PAS), ketika memerintah.

Ini tidak termasuk lagi SJKC yang mengandungi lebih 1300 buah SJKC yang dibiayai kerajaan sepenuhnya, meskipun menggunakan bahasa mengantar ibunda.

Inikah dasar apartheid yang kamu perkatakan

Hanya kerana sedikit isu kontroversi berkaitan UiTM baru-baru ini, sanggup kamu kata, ini dasar apartheid.

Apartheid kepala bapak kau.

Kamu seperti cacing kepanasan.

Kamu tahu atau tidak kenapa UiTM atau ITM ini wujud, sejarah dan asal usulnya?

Penubuhan apa juga perkara-perkara dengan MARA ini, begitu besar sumbangannya dalam memastikan negara ini aman, dan bangsa kamu dapat hidup senang lenang tanpa diganggu-gugat.

Jika tidak tahu, mari aku ajar, supaya kamu tidak menjadi kurang ajar.

UiTM wujud ternyata sekali berperlembagaan, berbanding institusi rasis Cina yang saban tahun mendesak kerajaan membantu mereka.

Baca sejarah, Dewan Latehan RIDA (1956-1965), Maktab MARA (1965-1967), ITM (1967-1999) dan UiTM (1999 – kini).

RIDA adalah Lembaga Pembangunan Luar Bandar dan Industri.

Institusi MARA ini diilhamkan oleh Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar, iaitu pengasas dan bekas presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Idea ini tercetus semasa hasil lawatan belajar ke Ceylon (kini Sri Lanka) pada tahun 1951 untuk melihat program pembangunan luar bandarnya, rata-rata dihuni oleh Melayu.

Objektifnya tidak lain, untuk membina semula masyarakat luar bandar, serta meningkatkan lagi ekonomi orang Melayu di kawasan luar bandar tahun 1956 kerana Melayu jauh ketinggalan di buminya sendiri, berbanding pendatang ketika itu.

Inlah formula keamanan negara bertuah.

Adil, meletakkan sesuatu pada tempatnya, termaktub dalam perlembagaan.

Institusi MARA ini bermula dengan pengambilan lebih kurang 50 pelajar dengan fokus untuk membantu orang Melayu di luar bandar.

Sejak itu, UiTM sehingga kini telah berkembang menjadi Institusi Pendidikan Tinggi terbesar di Malaysia dengan Infrastruktur fizikal, organisasi kakitangan (akademik dan bukan akademik) serta pelajar.

Universiti ini terdiri daripada satu kampus utama, 13 kampus negeri berautonomi dan 21 kampus satelit yang menjadikannya 35 kampus keseluruhan di Malaysia, hampir 19 ribu staf akademik dan bukan akademik, UiTM menawarkan sebanyak 510 program, dari peringkat asasi sehingga ke peringkat pascasarjana.

Sebelum berundur, saya ingin beritahu kamu, wahai Andrew Sia, dengan dasar apartheid inilah bangsa bukan Melayu (bukan Islam) dapat universiti melebih bangsa Melayu itu sendiri.

Pergi kira berapa banyak institusi Pendidikan swasta Cina.

Begitu juga, NGO berasaskan kaum mereka jauh melebihi Melayu itu sendiri.

Akhbar dan media Cina pun meninggalkan media Melayu.

Saluran TV dan radio berbayar pun begitu.

Jauh meninggalkan Melayu.

Institusi perniagaan seperti Bank, Insurans, dan semua bentuk perniagaan jauh meninggalkan Melayu.

Daripada 40 yang terkaya di negara ini, 30 adalah bukan Melayu.

Melayu hanya ada dalam lingkungan 10 sahaja.

Begitu juga dengan rumah ibadat.

Paling banyak rumah ibadat bukan Islam, lebih 500 ribu berbanding surau masjid hanya ada sekitar di bawah 50 ribu buah.

Ini tidak lagi termasuk kubur-kubur kamu yang terletak di kawasan strategi atas bukit, berhampiran perkampungan Melayu.

Sepatutnya, kamu binalah kubur di kawasan kamu, tetapi kamu pilih kawasan Melayu untuk menempatkan mayat kamu.

Satu kubur kamu boleh menempatkan 10 kubur orang Melayu (Islam).

Orang Melayu tidak pernah bising.

Ini tidak termasuk lagi, ladang dan kandang-kandang babi, tempat kamu menternak makanan kesukaan kamu, termasuk mengeksport ke luar negara.

Orang Melayu tetap bertahan dengan bau busuk dan pencemaran yang berlaku. Ada kamu kisah?

Malangnya, semua ini kamu tidak hargai.

Kamu hanya pentingkan diri.

Itupun kamu kata ia apartheid.

Kamu baliklah ke tempat asal kamu, kamu lihat bangsa kamu sendiri, terutama yang beragama Islam, adakah mereka selamat berada di situ.

Begitu juga umat Islam di India.

Walaupun mereka sebangsa, mereka tetap tidak aman, hanya kerana beragama Islam.

Kamu di sini, tidak sebangsa dengan Melayu, agamapun berbeza, tetapi kamu lihat cara Melayu menjaga kamu.

Semua ini berlaku kerana Melayu beragama Islam.

Islam agama Rahmah, menjaga hak bukan Islam.

Mereka bercekang mata menjaga negara ini, menjadi polis dan tentera, kerja yang kamu takut untuk terlibat kerana kamu takut mati, tetapi Melayu Bumiputera sanggap lakukan, agar negara ini aman dan bebas dari ancaman, agar kamu dapat berniaga dan hidup senang lenang.

Adakah kamu hargai semua itu?

Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Kolumnis