Adakah Formula Hebat Itu Sebenarnya Ditertawakan Secara Halus Oleh Kumpulan Pelaksana Profesional?

Adakah Formula Hebat Itu Sebenarnya Ditertawakan Secara Halus Oleh Kumpulan Pelaksana Profesional?

Sebenarnya, kenaikan harga Diesel RM3.35 ini hanya akan menguntungkan golongan tauke-tauke kaya sahaja.

Tauke-tauke kaya tak heran pun harga diesel naik, malahan mereka lebih seronok kerana dengan harga diesel mahal, depa boleh buat untung lebih.

Tauke-tauke kaya, ada syarikat yang guna banyak kenderaan berat yang guna diesel, depa boleh kenakan caj yang lebih tinggi untuk produk barangan atau kos logistik ke atas pemborong atau pelanggan mereka.

Jadi, tauke-tauke ini tak rugi dan tak terasa beban apa pun.

Pemborong dan pelanggan kepada tauke-tauke besar pun tidak akan banyak cakap.

Depa pun sanggup saja bayar lebih kepada tauke-tauke besar yang menaikkan kos disebabkan alasan harga diesel naik.

Level pemborong begini pun tak heran dengan harga diesel naik.

Sebab kenaikan kos, depa akan absorb daripada pelanggan mereka yang level runcit dan lebih marhaen.

Yang 200 ringgit BUDI bersasar tu apa benda?

Yang itu berapa kerat saja yang dapat.

Bahkan depa yang dapat 200 ringgit itu pun akan kembalikan 200 itu ke dalam aliran wang masuk kembali kepada perniagaan tauke-tauke besar.

Ya, apabila tauke-tauke untung besar, depa akan bayar cukai dengam banyak.

Menguntungkan negara (kalau depa tak lari dari bayar cukai).

Tetapi, rakyat terbanyak akan kena hadap kenaikan harga barang juga disebabkan kenaikan ini.

Jadi, dengan menaikkan harga diesel dan subsidi bersasar, ia hanya menguntungkan tauke-tauke dan kerajaan, tetapi membebankan rakyat.

Method yang lebih baik untuk membolehkan semua pihak menang – tauke menang, kerajaan menang dan rakyat juga menang – adalah dengan cara menyalurkan dana dan peruntukan kepada rakyat dan ekonomi hiliran – yakni rantai terbawah dalam aliran ekonomi.

Peruntukan boleh dibuat dalam bentuk bantuan one off berjadual, geran-geran perniagaan kecil dan sederhana, bonus-bonus untuk kakitangn awam, inisiatif-inisiatif untuk projek hiliran dan sebagainya.

Apabila ekonomi marhaen bergerak, rakyat akan ada kuasa membeli yang lebih kuat untuk gerakkan rantaian ekonomi kepada perniagaan yang lebih besar seterusnya menguntungkan tauke-tauke.

Tauke-tauke yang kaya dan untung besar akan bayar cukai yang banyak (sistem percukaian mesti efektif).

Dengan itu, rakyat tidak terbeban, peniaga gembira, tauke-tauke seronok, kerajaan pun lega – nak pilihanraya pun senang tak payah janji bulan bintang dah.

Rakyat nampak realistik punya cara mentadbir.

Kuncinya adalah, generate kuasa membeli rakyat sebagai penggerak rantaian ekonomi.

Kita ada 30 juta rakyat, jika semua ada kuasa membeli, ekonomi akan lebih rancak berbanding mengkayakan part tauke-tauke secara direct.

Tetapi sayangnya, pakar-pakar formula kerajaan Madani tak ada formula.

Mungkin mereka ketermaluan apabila idea-idea mereka semasa berkempen ditertawakan secara halus ketika mereka bentangkan di hadapan pakar-pakar ekonomi yang sebenar dan profesional.

Akhirnya idea mereka itu terpaksa ‘dibuat sendiri’ tanpa ‘diiktiraf’ oleh pakar dan profesional.

Oleh sebab ego dan tak mahu mengaku cap ayam, mereka berkeras juga dengan idea mereka dengan marketing dan propaganda yang megah-megah supaya depa dilihat pandai dan idea briliant.

Namun result will talk.

Akhirnya, terpaksa laa pikir untuk tarik subsidi sebagai jalan untuk cover balik.

Tara tuuu saja cara depa punya formula.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Kolumnis