Khutbah Aidil Adha 1445H

Khutbah Aidil Adha 1445H

Khutbah pertama

اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ،
اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ،
اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ

الله أكبر كبيرا، والحمد لله كثيرا، وسبحان الله بكرة وأصيلا

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِي لَمۡ يَتَّخِذۡ وَلَدٗا وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ شَرِيكٞ فِي ٱلۡمُلۡكِ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ وَلِيّٞ مِّنَ ٱلذُّلِّۖ وَكَبِّرۡهُ تَكۡبِيرَۢا

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير. وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، البدر الدجى والسراج المنير

اللهم صل وسلم وبارك على محمد أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين والتابعين بإحسان إلى يوم الدين. أما بعد

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَقُولُوا۟ قَوْلًۭا سَدِيدًۭا ٧٠ يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَـٰلَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا ٧١

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan bercakaplah perkataan yang benar. (70)

Nescaya Allah memperbaik bagi kamu amalan-amalan kamu dan mengampunkan bagi kamu dosa-dosa kamu. Dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya, dia telah mendapat kemenangan yang besar. (71)”

(Surah al-Ahzab: 70-71)

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah!

Hari ini, kita menyambut Hari Raya Aidiladha atau Korban, bersempena dengan ibadah korban dan ibadah haji yang berkait dengan sejarah Nabi Ibrahim AS, Abu al-‘Anbiya (bapa kepada para nabi) yang menjadi kebanggaan penganut semua agama (Islam, Yahudi, Nasrani, dan Musyrikin). Allah SWT menegaskan dengan firmannya:

مَا كَانَ إِبْرَٰهِيمُ يَهُودِيًّۭا وَلَا نَصْرَانِيًّۭا وَلَـٰكِن كَانَ حَنِيفًۭا مُّسْلِمًۭا وَمَا كَانَ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ ٦٧ إِنَّ أَوْلَى ٱلنَّاسِ بِإِبْرَٰهِيمَ لَلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُ وَهَـٰذَا ٱلنَّبِىُّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ۗ وَٱللَّهُ وَلِىُّ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٦٨

“Bukanlah Ibrahim itu Yahudi dan bukan juga Nasrani (Kristian), tetapi dia menganut agama yang benar, iaitu dia seorang Islam dan dia bukannya Musyrikin (beragama syirik). (67)

Sesungguhnya, manusia yang lebih layak bersama Ibrahim ialah pengikutnya (yang setia bersama islam) dan nabi ini (Muhammad SAW) serta orang-orang yang beriman (bersamanya), dan Allah menjadi pelindung dan penolong kepada orang-orang yang beriman. (68)”

(Surah Ali ‘Imran: 67-68)

Ayat ini menunjukkan bahawa Nabi Ibrahim AS mengikuti agama Islam, berdakwah dan berjuang menegakkannya menjadi agama yang mulia dan menolak segala agama yang lain daripada Islam, sama ada agama yang mempunyai kitab (Yahudi dan Kristian) mahupun semua agama Musyrikin.

Firman Allah SWT:

وَمَن يَرْغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبْرَٰهِـۧمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفْسَهُۥ ۚ وَلَقَدِ ٱصْطَفَيْنَـٰهُ فِى ٱلدُّنْيَا ۖ وَإِنَّهُۥ فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ لَمِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ ١٣٠ إِذْ قَالَ لَهُۥ رَبُّهُۥٓ أَسْلِمْ ۖ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ ١٣١ وَوَصَّىٰ بِهَآ إِبْرَٰهِـۧمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَـٰبَنِىَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصْطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ١٣٢

“Dan sesiapa yang benci akan agama Ibrahim (Islam), maka orang itu membodohkan dirinya sendiri. Dan sesungguhnya, kami memilihnya di dunia (menjadi rasul). Dan sesungguhnya, pada Hari Akhirat, dia dimasukkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. (130)

Apabila Tuhan berkata kepadanya, ‘Serahlah diri (menjadi Islam)!’ Ibrahim berkata, ‘Saya menyerah diri (menjadi seorang Islam) dengan ikhlas kerana Allah.’ (131)

Ibrahim juga memberikan wasiat kepada anak-anaknya, begitu juga Nabi Ya‘akub, ‘Wahai anak-anakku, sesungguhnya, Allah memilih kepada kamu satu agam (Islam)! Maka, janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan mengikut Islam.’ (132)”

(Surah al-Baqarah: 130-132)

Islam ialah agama petunjuk Allah Yang Maha Mengetahui berkenaan makhluknya, termasuk manusia yang memiliki akal, jasad, ruh, dan bermasyarakat.

Maka, sesiapa yang menolak Islam akan menjadi sesat dan bodoh kerana tidak mengikuti akal yang betul dengan petunjuk Allah dan tidak menepati kejadian manusia yang berbeza dengan makhluk yang lain.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah!

Allah memilih Nabi Ibrahim AS setelah menganut Islam dengan menguji kesetiaan dan ketaatannya kepada Allah.

Firman Allah SWT:

۞ وَإِذِ ٱبْتَلَىٰٓ إِبْرَٰهِـۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَـٰتٍۢ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًۭا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِى ٱلظَّـٰلِمِينَ ١٢٤

“Dan ingatlah ketika Allah menguji Nabi Ibrahim AS beberapa firman-Nya (dengan perintahnya dan larangan), lalu dia menunaikannya (dengan sempurna dan ikhlas). Allah berkata, ‘Sesungguhnya, Aku jadikanmu sebagai pemimpin manusia.’ Ibrahim menjawab (dengan berdoa), ‘Jadikanlah juga zuriat keturunanku.’ Allah menjawab, ‘Janji-Ku ini tidak dimasukkan orang-orang yang zalim (tidak mengikuti Islam).”

(Surah al-Baqarah: 124)

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah!

Ujian yang paling hebat ialah berpegang dengan keimanan kepada Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa, tiada lagi tuhan lain daripada-Nya.

Nabi Ibrahim AS menghadapi Raja Namrud yang zalim dan mengaku berkuasa seperti Tuhan, malah kerajaannya juga ialah kuasa besar dunia pada zaman itu, sehingga Nabi Ibrahim AS dihukum bakar di dalam api yang besar.

Akan tetapi, Baginda diselamatkan oleh Allah dengan mukjizat tidak hangus dimakan api.

Firman Allah SWT:

قَالُوا۟ حَرِّقُوهُ وَٱنصُرُوٓا۟ ءَالِهَتَكُمْ إِن كُنتُمْ فَـٰعِلِينَ ٦٨ قُلْنَا يَـٰنَارُ كُونِى بَرْدًۭا وَسَلَـٰمًا عَلَىٰٓ إِبْرَٰهِيمَ ٦٩ وَأَرَادُوا۟ بِهِۦ كَيْدًۭا فَجَعَلْنَـٰهُمُ ٱلْأَخْسَرِينَ ٧٠

“Mereka berkata, ‘Bakarlah dia dan tolonglah tuhan-tuhan kamu kalau kamu mahu (jatuhkan hukuman keatasnya)!’ (68)

Kami (Allah) berfirman, ‘Wahai api, jadilah sejuk dan selamat sejahtera kepada Ibrahim!’ (69)

Mereka merancang (membunuh Ibrahim), lalu Allah menjadikan mereka orang-orang yang rugi. (70)”

(Surah al-Anbiya’: 68-70)

Allah memerintahkan Ibrahim AS dengan ujian supaya meletakkan anaknya, Nabi Ismail AS ditemani ibunya, Hajar AS di bumi Makkah yang kering tiada tanaman, air dan makanan.

Tiba-tiba, mereka diberikan berkat kurniaan Allah dengan rezeki yang melimpah.

Kemudian, lahir daripada zuriat mereka nabi akhir zaman, Muhammad SAW membawa agama Islam kepada seluruh manusia, agama tauhid yang mengesakan Allah dan menolak syirik (adanya tuhan-tuhan yang lain daripada Allah).

Ibrahim AS diperintahkan oleh Allah supaya menyeru manusia berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadah haji.

Firman Allah SWT:

وَأَذِّن فِى ٱلنَّاسِ بِٱلْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًۭا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍۢ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍۢ ٢٧

“Dan serulah manusia supaya mereka datang kepadamu dalam keadaan berjalan kaki dan menunggang unta sehingga kurus dari perjalanan yang jauh.”

(Surah al-Hajj: 27)

Pada masa ibadah haji, mereka melaungkan suara tauhid mengesakan Allah:

لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْك لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ اِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَاْلملْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ

“Ya, wahai Tuhanku, ya! Ya, Tiada sekutu bagi-Mu. Sesungguhnya, segala kepujian, ni‘mat, dan kerajaan menjadi milik-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu.”

Hal ini bermakna, kita menolak ibadah kepada selain Allah dan menolak pemerintahan negara dengan undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah.

Syirik bukan sahaja menyembah makhluk dalam perkara ibadah, bahkan termasuk juga dalam perkara hukum syariah dan undang-undang.

Firman Allah SWT:

أَمْ لَهُمْ شُرَكَـٰٓؤُا۟ شَرَعُوا۟ لَهُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنۢ بِهِ ٱللَّهُ ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةُ ٱلْفَصْلِ لَقُضِىَ بَيْنَهُمْ ۗ وَإِنَّ ٱلظَّـٰلِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۭ ٢١

“Adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (lain daripada Allah) yang mengadakan hukum-hukum syariah (undang-undang) dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah? Maka, kalau tidak kerana adanya perintah (perbicaraan pada Hari Kiamat nanti), nescaya mereka dihukum di dunia ini, dan sesungguhnya, bagi orang-orang yang zalim itu azab yang sangat
menyeksakan.”

(Surah al-Syura: 21)

Allah juga memberikan amaran kepada sesiapa yang mencipta undang-undang dan menamakannya dengan syariah.

Firman Allah SWT:

فَوَيْلٌۭ لِّلَّذِينَ يَكْتُبُونَ ٱلْكِتَـٰبَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَـٰذَا مِنْ عِندِ ٱللَّهِ لِيَشْتَرُوا۟ بِهِۦ ثَمَنًۭا قَلِيلًۭا ۖ فَوَيْلٌۭ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌۭ لَّهُم مِّمَّا يَكْسِبُونَ ٧٩

“Maka, celakalah ke dalam gaung neraka mereka yang menulis dengan tangan-tangan mereka, kemudian menamakannya hukum syariah daripada Allah supaya membeli dengan harga yang murah. Maka, celakalah ke dalam gaung neraka dengan sebab apa-apa yang mereka tulis dengan tangantangan mereka dan celakalah ke dalam gaung neraka kepada mereka dengan sebab apa-apa yang mereka usahakan!”

(Surah al-Baqarah: 79)

Allah juga menguji Ibrahim AS supaya menyembelih Ismail AS, anak kesayangannya.

Firman Allah SWT:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡيَ قَالَ يَٰبُنَيَّ إِنِّيٓ أَرَىٰ فِي ٱلۡمَنَامِ أَنِّيٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ يَٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُۖ سَتَجِدُنِيٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّٰبِرِينَ ١٠٢ فَلَمَّآ أَسۡلَمَا وَتَلَّهُۥ لِلۡجَبِينِ ١٠٣ وَنَٰدَيۡنَٰهُ أَن يَٰٓإِبۡرَٰهِيمُ ١٠٤ قَدۡ صَدَّقۡتَ ٱلرُّءۡيَآۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ ١٠٥ إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ ٱلۡبَلَٰٓؤُاْ ٱلۡمُبِينُ ١٠٦ وَفَدَيۡنَٰهُ بِذِبۡحٍ عَظِيمٖ ١٠٧ وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ ١٠٨ سَلَٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِيمَ ١٠٩ كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ ١١٠ إِنَّهُۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١١١

Maka, kedua-duanya menyerah diri kepada Allah (bersedia menunaikan perintahnya), dan Ibrahim merebahkan anaknya berbaring di atas lambungnya. (103)

Kami (Allah) menyeru, ‘Wahai Ibrahim, (104)

engkau percaya kepada wahyu yang dimimpikan itu adalah benar perintah Allah!’ Begitulah kami memberikan ganjaran kepada orang-orang yang melakukan amalan kebaikan (taat kepada Allah). (105)

Sebenarnya, ini ialah ujian daripada Allah (betapa ketaatannya kepada Allah). (106)

Maka, kami gantikan dengan sembelian binatang kibas (biri-biri) yang besar. (107)

Dan kami jadikan peninggalan yang menjadi pengajaran kepada orang-orang lain, (108)

‘Selamat sejahtera kepada Ibrahim!’ (109)

Begitulah kami memberikan ganjaran kepada orang-orang yang melakukan amalan kebaikan. (110)

Sesungguhnya, dia dimasukkan ke dalam kalangan hamba-hamba Kami yang benar-benar beriman. (111)”

(Surah al-Saffat: 102-111)

Maka, Ibrahim AS diberikan kelebihan menjadi teladan dan contoh kepada seluruh manusia dengan melakukan ibadah korban. Baginfa mendapat kelebihan yang dinyatakan oleh sabda Rasulullah SAW:

مَنْ سَنَّ فِي الإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِي الإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ.

“Sesiapa yang menunjukkan ajaran yang baik dalam Islam, maka dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya selepasnya, tanpa dikurangkan pahalanya sedikit pun. Dan sesiapa yang menunjukkan perkara yang buruk dalam Islam, maka dia mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya selepasnya, tanpa dikurangkan dosanya sedikit pun.”

(Riwayat Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Zakah, No. 1017, daripada Jarir bin ‘Abdillah)

Maka, ibadah korban menyembelih binatang ternakan menjadi ibadah kepada umat Muhammad SAW.

Oleh kerana daging korban itu daripada ibadah, maka hendaklah dibahagikan secara percuma.

Jumhur ulama (sebahagian besar para ulama’) mengatakan haram menjadikan upah daripada kulit, daging, dan apa-apa sahaja daripada binatang korban itu.

Firman Allah SWT:

لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ ۗ وَبَشِّرِ ٱلْمُحْسِنِينَ ٣٧

“Daging-daging dan darah-darah binatang korban tidak dapat mencapai keredaan Allah, tetapi ketaqwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkan untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.”

(Surah al-Hajj: 37)

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah!

Marilah kita mengambil teladan daripada keikhlasan Nabi Ibrahim AS kepada Allah dengan mengabdikan diri melalui apa-apa sahaja pengorbanan, menandakan Islam yang ikhlas menyerah diri kepada-Nya.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍۢ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَن يَعْصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَـٰلًۭا مُّبِينًۭا ٣٦

“Dan tidak harus bagi seseorang lelaki dan perempuan yang beriman, apabila Allah dan rasul-Nya menentukan sesuatu perkara, lalu dia membuat pilihan dalam urusan mereka, dan sesiapa yang menderhakai Allah dan rasul-Nya, maka sesungguhnya, dia menjadi sesat yang nyata.”

(Surah al-Ahzab: 36)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأسْتَغْفِرُ اللهَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِجَمِيعَ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

Khutbah Kedua

اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ
اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ
اللّٰهُ أَكۡبَرُ، وَلِلّٰهِ الۡحَمۡدُ

أَشۡهَدُ أَن لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحۡدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ. وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُۥ وَرَسُولُهُ. اللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمۡ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَمَنۡ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُ وَوَالَاهُ. أَمَّا بَعۡدُ

فَيَا عِبَادَ اللّٰهِ، أُوصِيكُمۡ وَإِيَّاىَ بِتَقۡوَىٰ اللّٰهِ فَقَدۡ فَازَ الۡمُتَّقُونَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيۡرَ الزَّادِ التَّقۡوَىٰ

Muslimin dan Muslimat sekalian!

Marilah pada hari raya ini kita merasakan betapa besarnya ni‘mat iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah SWT. Dan hanya kematian dalam iman dan Islam sahaja yang diredai oleh Allah sebagaimana firman-Nya:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ١٠٢

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan beragama Islam. 

(Surah Ali ‘Imran: 102)

Pada hari ini juga hendaklah kita ingat betapa besarnya ni‘mat persaudaraan yang dianjurkan dalam agama. Tanda iman seseorang ialah dia kasih kepada saudara seagama dengannya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri. Sabda Rasulullah SAW:

‌لَا ‌يُؤْمِنُ ‌أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

“Tidak beriman seseorang dalam kalangan kalian sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih akan dirinya sendiri.” 

(Riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, no. 13, daripada Anas bin Malik)

Sehubungan dengan itu, hendaklah lahir di dalam hati setiap orang Islam perasaan sedih terhadap bala bencana dan kesusahan yang menimpa umat Islam di serata dunia, sama ada mereka yang ditimpa gempa bumi, peperangan, kemiskinan, kebuluran mahupun wabak penyakit.

Begitu juga terhadap umat Islam yang sedang dijajah, dizalimi dan dibunuh serta ditindas seperti yang sedang berlaku di Palestin, Iraq, Syria, China, Myanmar dan sebagainya.

Jika tidak mampu membantu mereka dengan wang ringgit dan tenaga, sekurang-kurangnya melalui doa dan munajat kepada Allah supaya Allah memberikan pertolongan kepada mereka dan membebaskan mereka daripada penderitaan dan kezaliman manusia yang dihadapi itu.

Muslimin dan Muslimat sekalian!

Pada hari yang mulia dan penuh berkat ini, marilah kita membanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang telah menyampaikan Islam kepada kita setelah melalui pelbagai bentuk jihad dan pengorbanan.

Tanda kasih kita kepada Baginda dirakamkan melalui ucapan selawat dan salam sebagai mematuhi perintah Allah dalam al-Quran:

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا٥٦

“Sesungguhnya, Allah dan malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi. Maka, wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam ke atasnya dengan sungguh-sungguh. 

(Surah al-Ahzab: 56)

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ. وَبَارِكۡ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكۡتَ عَلَى إِبرَاهيمَ وَعَلَى آلِ إِبرَاهِيمَ فِى الۡعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

اللّٰهُمَّ اغۡفِرۡ لِلۡمُؤۡمِنِينَ وَالۡمُؤۡمِنَاتِ وَالۡمُسۡلِمِينَ وَالۡمُسۡلِمَاتِ الۡأَحۡيَآءِ مِنۡهُمۡ وَالۡأَمۡوَاتِ. رَبَّنَا اغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَذُنُوبَ وَالِدِينَا وَارۡحَمۡهُمۡ كَمَا رَبَّوۡنَا صِغَارًا. رَبَّنَا اغۡفِرۡلَنَا وَلِإِخۡوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالۡإِيمَانِ وَلَا تَجۡعَلۡ فِى قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ ءَامَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

اللّٰهُمَّ أَعِزَّ الۡإِسۡلَامَ وَالۡمُسۡلِمِينَ، وَأَذِلَّ الشِّرۡكَ وَالۡمُشۡرِكِين، وَالنِّفَاقَ وَالۡمُنَافِقِينَ، وَالظُّلۡمَ وَالظَّالِمِينَ. اللّٰهُمَّ إِنَّا نَجۡعَلُكَ فِى نُحُورِ أَعۡدَآئِنَا وَنَعُوذُ بِكَ مِنۡ شُرُورِهِمۡ. اللّٰهُمَّ رُدَّ كَيۡدَهُمۡ عَلَى نُحُورِهِمۡ. اللّٰهُمَّ بَدِّدۡ شَمۡلَهُمۡ وَفَرِّقۡ جَمۡعَهُمۡ وَشَتِّتۡ كَلِمَتَهُمۡ وَزَلۡزِلۡ أَقۡدَامَهُمۡ، وَسَلِّطۡ عَلَيۡهِمۡ كَلۡبًا مِنۡ كِلَابِكَ

اللّٰهُمَّ انۡصُرۡ إِخۡوَانَنَا الۡمُجَاهِدِينَ وَالۡمُسۡتَضۡعَفِينَ فِى فَلَسۡطِينَ، وَفِى غَزَّةِ، وَفِى الۡعِرَاقِ، وَفِى سُورِيَا، وَفِى كَشۡمِير، وَفِى كُلِّ مَكَانٍ. اللّٰهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمۡ، وَاجۡمَعۡ كَلِمَتَهُمۡ، وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَهُمۡ، وَانۡصُرۡهُمۡ عَلَى أَعۡدَآئِهِمۡ

اللّٰهُمَّ آتِ أَنۡفُسَنَا تَقۡوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنۡتَ خَيۡرُ مَنۡ زَكَّاهَا، أَنۡتَ وَلِيُّهَا وَمَوۡلَاهَا. اللّٰهُمَّ أَرِنَا الۡحَقَّ حَقًّا وَارۡزُقۡنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الۡبَاطِلَ بَاطِلًا وَارۡزُقۡنَا اجۡتِنَابَهُ. اللّٰهُمَّ أَصۡلِحۡ سُلۡطَانَنَا، وَأَئِمَّتَنَا وَوُلَاةَ أُمُورِنَا، وَاجۡعَلۡ وِلَايَتَنَا فِى مَنۡ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الۡعَالَمِينَ

رَبَّنَا ظَلَمۡنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ. رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ. رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٰجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٖ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا. رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٗ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ حَسَنَةٗ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

وَصَلَّى اللّٰهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّمۡ. وَالۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ

اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، وَلِلّٰهِ الۡحَمۡدُ

Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

  1. Muatturun Khutbah Rumi di sini
  2. Muatturun Khutbah Jawi di sini
Khutbah