Nasihat Kepada Ustaz/Zah Celebriti

Nasihat Kepada Ustaz/Zah Celebriti

Sudah…sudahlah ustaz celebriti, TV itu bukan kamu punya.

Jika mereka sudah tidak berkehendak, duduk rumah sahaja, buat kerja yang mana patut atau buat channel sendiri, tidak perlu cetus kontroversi demi kontroversi, memalukan Islam sahaja.

Kadang-kadang betul juga orang luar cakap, yang merosakkan Islam ini sebenarnya adalah segelintir agamawan itu sendiri.

Jangan salahkan orang lain, Tidak pakar dalam bidang, mahu bercakap juga. Semua benda dia nak cakap, akhirnya jadi apa?

Apa nak jadi dengan asatizah yang giler publisiti ini.

Paling menyedihkan sanggup membawa hadis palsu (lemah) sehingga sanggup merendahkan martabat para Rasul.

Kontroversi yang dicetuskan oleh celebriti agama ini bukan baharu tetapi sudah lama.

Sejak berkecimpung dalam dunia dakwah lagi, termasuk mengajar tajwid, pun ramai agamawan yang sudah tegur.

Tapi dia buat tak tahu sahaja, dia ingat dia pandai semua perkara.

Cuma, kita tidak mahu ambil kisah sangat, atas nama dakwah, tetapi kalau sudah over, inilah yang sedang berlaku.

Agamawan terpaksa campur tangan untuk membetulkan ustaz giler publisiti ini.

Sebelum ini orang sama yang mencetuskan kontroversi dengan mengatakan Melayu ini adalah dari bani Tamim (imam Mahdi), mengambil kira huruf ta dan mim iaitu Tanah Melayu.

Kesesatan apakah yang sedang berlaku?

Banyak lagi perkara pelik yang dibawa entah sumber dari mana.

Boleh analisis dalam media sosial ustaz celebrity ini satu per satu.

Boleh dikatakan sumbernya amat lemah,

Sebenarnya, saya tidak mahu mengulas mengenai kontroversi asatizah yang menjaja hadis palsu bagi mencari populariti.

Lebih-lebih apabila mereka berhujah, mereka sudah lama, berbelas tahun keluar masuk TV.

Saya ni generasi yang lahir apabila bermula program realiti TV sekitar awal tahun 1990, bersama tuan guru seperti Almarhum Haron Din, Almarhum Ismail Kamus, Sheikh Husein Yee, Hasan Ali dan lain-lain yang masih hidup sehingga ke hari ini, lebih kurang 40 tahun dalam media massa dan elekronik serta media sosial.

Saya ok jer, orang nak gam ke tak gam ke.

Saya mengambil prinsip TV itu bukan bapak kita yang punya. TV panggil kita pergi. Tak panggil, tak perlu meminta-minta, salah ini dan itu.

Kita ini siapa? Besar sangatkah kita? Tanpa kita, program TV terus berjalan.

Orang seperti kita termasuk ustaz kontroversi ini melambak di pasaran.

Jadi, apa yang nak dihairankan.

Nasihat saya, perg mengaji, menuntut ilmu.

Bila tak dapat mematah juga, kita salah orang lain pulak, merujuk kepada kononnya ‘kitab’ yang dipelik.

Bukan semua agamawan yang dirujuk sebagai ‘ulamak Nusantara’ dahulu itu betul.

Ada ulamak ada juga yang ular mak.

Sekarang ini juga ulamak, ada juga yang ular mak, terutama agamawan yang cari makan.

Mereka ibarat sesumpah, bertukar kulit, siang dan malam.

Bila bertukar teraju pemerintah, mereka akan menukar salam.

Salam 1Malaysia, Salam Keluarga Malaysia, Salam Malaysia Madani.

Kita nak jawab apa dengan jenis salam sebegini.

Saya ni bukan orang agama sangat, tetapi sekurang-kurang gunakan otak sikit bila bercakap.

Contoh, bila memetik sesuatu cerita atau kononnya hadis yang fadilatnya, buat sedikit sangat, dapat terlalu banyak, itupun sudah boleh difikirkan secara logik, wajar atau tidak dikongsi.

Contoh, memandang wajah ulamak seperti sedekah 1000 ekor kuda.

Fikir cara orang tak mengajipun, boleh faham. Buat sikit, dapat terlalu banyak.

Umum telah mengetahui terdapat puluhan hadis palsu berlegar dalam kalangan masyarakat dalam bentuk mesej berantai serta disebarkan secara meluas menerusi platform mesej digital pada ketika ini.

Penyebaran berkenaan dilakukan secara meluas melalui platform digital seperti aplikasi WhatsApp, Facebook (FB) serta laman sosial lain.

Antara hadis palsu yang popular dalam kalangan masyarakat serta masih disebarkan antaranya adalah ucapan akhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat seperti ‘Ummati, Ummati’ atau ‘umatku, umatku’ dan hadis berkenaan tidak mempunyai sumber yang muktabar.

Menurut pakar hadis, hadis berkaitan ucapan akhir sebelum kewafatan baginda SAW itu sangat popular.

Isu penyebaran hadis palsu ini adalah serius kerana ia membabitkan penisbahan kepada Nabi Muhammad SAW namun realitinya baginda tidak pernah mengeluarkan ucapan berkenaan.

Selain itu, antara hadis palsu lain yang popular dalam kalangan masyarakat adalah hadis berkaitan manfaat melaksanakan solat Tarawih.

Contoh, jika bersolat Tarawih pada malam pertama akan mendapat ganjaran begitu begini.

Buat terlalu sikit, sunat pulak tu, ganjaran terlalu besar. Budak-budak pun boleh fikir, sama ada boleh diterima atau tidak. Tetapi benda-benda macam ini terus dijaja.

Sebab itulah para asatizah ini perlu tahu serta peka tentang hadis mana yang akan digunakan dan diambil daripada kitab mana.

Bila tidak dapat dibuktikan, bukannya dia nak minta maaf, tetapi semakin mengarut. Nak jadi apa ni?

Janganlah memalukan Islam, cukup, cukuplah dengan kontroversi selama ini. Duduklah rumah dahulu, buat muhasabah diri.

Dalam Islam kita mempunyai aturan rujukan yang sistematik, kalau tak tahu kita rujuk kepada orang yang lebih tahu atau para ulamak.

Ulamak pula akan merujuk kepada kitab-kitab muktabar dan in demi menjaga kesucian Islam secara menyeluruh.

Justeru, kita yang masih belajar perlu membiasakan diri dengan fakta supaya apa yang disampaikan adalah tepat tanpa sebarang pertikaian.

Kita perlu membezakan antara petua atau pendapat orang dahulu kala dengan hadis berikutan ia dua perkara yang membawa maksud berlainan.

Kita perlu hati-hati kerana jika apa yang dicakapkan itu bukan datangnya sahih daripada sabda Rasulullah SAW, ia boleh menyebabkan seseorang itu berdosa besar dan hukumnya berat.

Sebagai orang yang sudah otai dalam bidang penyiaran, saya menasihatkan ustaz giler celebriti ini supaya melakukan muhasabah diri.

Berehatlah seketika, tak usahlah keruhkan keadaan macam kita ini bagus sangat.

Satu lagi kamu perlu ingat, TV itu, bukan bapak kita punya. Siaran TV itupun bukan kita punya.

Jadi, bila orang dah tak mahu, diam sahaja, tak payah bising-bising nak berhujah sana sini.

Percayalah, intan ini letak di mana pun dia tetap akan bercahaya meskipun tak masuk TV.

Saya hanya mualaf sahaja yang masih belajar. Maaf jika ada salah silap.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Kolumnis