Menteri Yang Terkejut

Menteri Yang Terkejut

Banyak benda yang saya tak setuju dengan TS Muhyiddin.

Tapi benda yang Menteri Ekonomi ‘surprise’ pasal hutang ni nampak macam dia taktau nak taichi ke mana dah.

Kalau nak naikkan RON95 nanti, tak macho lah kalau guna alasan yang sama – penyeludupan.

Alasan penyeludupan diesel di tengah laut pun jadi bahan ketawa nelayan-nelayan saja, punya merepek.

Jadi RON95 kalau nak naik harga nanti, tak boleh guna dah alasan penyeludupan.

Kita kena guna alasan hutang negara yang terlalu banyak.

Hutang negara, siapa punya kerja? Mudah, taichi lah kepada TS Muhyiddin.

Memang zaman TS Muhyiddin lah hutang meningkat mendadak jika diambil kira dengan masa pemerintahan yang singkat.

Mau tak meningkat, macam-macam peruntukan dia bagi kepada rakyat, bakul-bakul makanan, geran-geran perniagaan untuk peniaga IKS, suntikan-suntikan untuk industri, pembelian vaksin, kos-kos perubatan, kempen-kempen penjagaan diri menghadapi pandemik, dan sebagainya.

Habis ratusan juta sekali dia umum, dan banyak kali pula dia umum.

Geran Khas Prihatin (GKP) daripada 1.0 hingga 4.0, para peniaga dapat one off.

Hari ini umum, minggu depan terus dapat sorang RM6000, masuk terus ke dalam akaun untuk GKP1.0.

Berapa ribu peniaga IKS yang dapat?

Berapa juta dia peruntukkan untuk GKP sahaja?

Dia nak cekau mana duit, melainkan duit negara.

Waktu itu logiknya, dengan suasana pandemik, PKP, semua aktiviti ekonomi terbatas.

Rakyat tak mampu bertahan lama jika berterusan dikurung.

Jika tidak gunakan duit negara untuk beri peruntukan besar-besaran kepada rakyat, nak guna duit dari mana?

Jika kerajaan kedekut dan tidak mahu berhutang, rakyat akan teruk menderita – dan penderitaan rakyat tentunya menjadi modal besar untuk pembangkang waktu itu untuk membelasah kerajaan.

Sakau Janawibawa tu biar selesai perbicaraan.

Kita nak tau juga apa benda yang disakau dan ke mana sakauan itu pergi.

Bab hutang negara ni, bukan hanya dicanang hari ini sahaja, bahkan dicanang sejak zaman DS Najib Razak lagi.

Hutang 1 trilion bagai, macam nak runtuh dah negara.

Hakikatnya, hutang terus juga bertambah pada zaman 22 bulan, sebelum masuk zaman pandemik.

Zaman pandemik tentu sekali tak comparable langsung dengan zaman semua sektor ekonomi dibuka dan berjalan lancar seperti hari ini.

Mentaichi kelemahan hari ini kepada zaman Covid19 adalah umpama kamu ditidurkan pada zaman pandemik tersebut, apabila terjaga – maka terkejutlah anda melihat hutang tiba-tiba meningkat.

Bahkan hari ini, taichi sedemikian orang sudah dapat baca bahawa ini adalah projek ‘mengolah persetujuan’ untuk menjustifikasi kenaikan-kenaikan harga apa-apa selepas ini.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Kolumnis