Kejahatan Ultra Kiasu Yang Tidak Boleh Dimaafkan….

Kejahatan Ultra Kiasu Yang Tidak Boleh Dimaafkan….

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mesti meminta maaf kepada orang Melayu.

Sudah sampai masanya nama Georgetown ditukar kepada nama asal Tanjung Penaga.

Asal usul Pulau Pinang, termasuk Tanjung Penaga sudah dihuni oleh orang Melayu sebelum pendatang, penjajah British datang, kononnya mahu menerokai.

Ternyata, sedutan video mempromosi sambutan acara tahunan George Town Festival 2024 (GTF 2024) sama sekali menafikan sejarah Pulau Pinang, bertentangan dengan perlembagaan dan Rukun Negara.

Promosi tersebut langsung tidak mencerminkan hakikat sebenarnya negara ini.

Langsung tidak menjaga sensitiviti orang Melayu di Pulau Pinang, apatah lagi Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) 1970.

Dalam DKK, semua perkara berkaitan dengan promosi kebudayaan negara perlu meletakkan Melayu dan Islam sebagai asas, langsung tidak dipedulikan oleh ultra kiasu ini.

Kalau tengok video itu, tiada satu pun (unsur) yang berkait dengan Melayu, seolah-olah orang Melayu tiada di Pulau Pinang ini, sedangkan sejarah membuktikan bahawa Pulau Pinang adalah milik Melayu, milik kerajaan negeri Kedah, suatu ketika dahulu.

Apakah perkara ini sengaja dilakukan oleh ultra kiasu ini?

Apabila kritikan mula dibuat, mulalah mereka menggelabah mencari jawapan.

Antara alasannya, niat kami sentiasa untuk meraikan kepelbagaian budaya yang mendefinisikan Pulau Pinang dan untuk memperlihatkan bakat luar biasa para seniman kita.

Saya nak jawab dengan satu ayat sahaja, bakat luar biasa kepala bapak kau?

Kamu ingat Pulau Pinang ini kepunyaan bangsa kamu?

Apakah kamu lupa bahawa asal usul negara ini bernama Tanah Melayu.

Sebelum bangsa lain datang, orang Melayu dan penduduk asal sudah ada di negara ini.

Persoalannya, kenapa kamu buat iklan langsung mengenepikan bangsa asal ini?

Apakah tujuan kamu sebenarnya?

Bangunlah wahai bangsa Malaysia!

Jangan sampai negara ini rosak binasa oleh tangan-tangan jahat ini.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Kolumnis