Jawapan mudah, salah Melayu
Heboh dan tular dalam alam maya hari apabila ramai membincangkan bagaimana nama-nama Melayu di Tanah Melayu, juga di Singapura, sedikit demi sedikit hilang, akhirnya terus hilang.
Pulau Singapura, dahulu, semua nama tempat di sana, asal usul namanya adalah dengan nama-nama kampung-kampung Melayu, hari ini, boleh dikatakan tidak ada lagi nama Melayu.
Kesemua sudah ditukar kepada nama bukan Melayu.
Sebelum ini pun, kita memperkatakan dengan hebatnya kepada nama Tanjung Penaga yang bertukar menjadi Georgetown, tidak dikembalikan nama asalnya.
Ini tidak termasuk lagi, nama-nama penjajah yang terlalu sukar untuk dikembali kepada nama asalnya, kerana ditentang ultra kiasu.
Contoh, Bukit Melaka – Bukit St Paul. Begitu juga dengan nama Port Dickson. Terbaharu, Forest City dan banyak lagi.
Siapakah yang memberikan dan meluluskan nama ini semua yang tidak ada langsung identiti?
Pendek kata, begitu banyak nama-nama asal bertukar kepada nama asing.
Ini tidak termasuklah nama-nama bangunan, nama taman, nama jalan dan sebagainya.
Ringkasnya, Malaysia hari ini tidak lagi mencerminkan jati diri Melayu, meskipun asal usulnya adalah Melayu.
Ya, tidak dinafikan kita berbilang kaum atau bersifat diversiti.
Tetapi, ingat asal usul dan ingat sejarah, tetap bermula dengan satu bangsa.
Bangsa Melayu membentuk negara Melayu.
Bangsa Cina membentuk negara China, semua identiti Cina didaulatkan, memang wajar.
Bangsa India membentuk negara India, semua identiti India didaulatkan, ya memang wajar.
Bangsa Siam membentuk negara Siam Thailand, semua identiti Siam didaulatkan, ya memang wajar.
Begitu juga dengan negara bangsa di dunia.
Persoalannya, bangsa Melayu yang sebahagiannya telah membentuk kepulauan Melayu, kemudian menjadi Tanah Melayu, kemudian Malaysia, hilang identiti Melayu?
Tidak disangka semua ini berlaku bukan? Sukar diterima logik akal.
Mana tidaknya, pemimpin tertinggi hingga ke bawah yang membuat polisi, semua Melayu….
1. Rajanya adalah Melayu
2. Perdana Menteri dan timbalan, majoriti dalam cabinet adalah Melayu
3. Ketua setiap Kementerian boleh dikatakan semua Melayu
4. Ketua Perhidmatan Awam, KSN dan KSU boleh dikatakan semua Melayu
5. Ketua Pesuruhjaya Pendidikan, SPRM, Kehakiman dll majoriti boleh dikatakan semua Melayu
6. Ketua PBT, semua Melayu majoritinya
7. Ketua DBP semua Melayu
8. Ketua JAKIM semua Melayu
9. Ketua Polis, dan Ketua Polis Negeri majoriti semua Melayu
10. Ketua semua agensi berkaitan kerajaan seperti GLC, boleh dikatakan semua Melayu
Namakan semua agensi di bawah kerajaan dan separa kerajaan, semua Melayu ketuanya, kalau ada pun bukan Melayu tidaklah seramai Melayu.
Begitu jugalah dengan badan-badan lain yang tidak sempat disebutkan di sini, termasuk Universiti Awam.
SALAH SIAPA??? Betulah apa yang Cicero kata, ikan busuk dari kepala.
Selagi kepala tidak diperbetulkan, tidak berjiwa Melayu, jangan harap Melayu akan berdaulat di negeri Melayu.
Tunggu masanya Tanah Melayu akan bertukar menjadi Singapore, yang dahulu asal usulnya Temasik kemudian bernama Singapura.
Pulau Pinang sudah sebati menjadi Penang.
Hari ini heboh diperkatakan Festival Goergetown yang akan berlangsung tidak lama lagi, langsung iklannya tidak mencerminkan identiti dan asal usul Melayu.
Begitu juga aktiviti yang bakal berlangsung. Itupun setelah ditegur baru kelam kabut sikit.
Seolah-olah pulau tersebut, bukan asal-usul pulau Melayu. Salah siapa?
Jawapannya, ikan busuk dari kepala bukan ekor
Dr. Ridhuan Tee Abdullah