Antara Tangan Makan Babi Dengan Tangan Makan Rasuah, Mana Lebih Haram?

Antara Tangan Makan Babi Dengan Tangan Makan Rasuah, Mana Lebih Haram?

Sudah tentu tangan makan babi jauh ‘lebih bersih’ daripada tangan makan rasuah.

Dosa makan rasuah jauh lebih haram daripada dosa makan babi.

Jika tidak ada pilihan, pilih antara dua, makan babi atau makan rasuah, maaf cakaplah, saya lebih rela makan babi dengan daripada makan rasuah.

Kerana dosa rasuah tertali-temali.

Termakan babi, melibatkan seorang individu dengan Allah, mohon taubat, insya Allah, Allah akan ampunkan, kerana termakan babi tidak akan meruntuhkan agama, bangsa dan negara.

Tetapi jika makan rasuah, dia boleh menghancurkan agama, bangsa dan negara.

Rasuah telah terbukti meruntuhkan segala institusi yang ada, sehingga meruntuhkan agama, negara.

Saya belum dengar termakan babi boleh meruntuhkan itu semua, lagi ter…..termakan, bukan sengaja makan bagi orang Islam.

Begitulah besarnya dosa makan rasuah walaupun tidak melibatkan babi.

Teramat bodohlah apabila seorang bertaraf Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa kenapa kita tidak jijik dengan tangan makan babi.

Kasihan, negara mendapat Menteri sebodoh ini.

Dalam kamus perniagaan budaya bukan Islam, tidak ada istilah halal dan haram, sebab itu mereka boleh jadi cepat kaya, kerana terlibat dalam perniagaan haram seperti judi, arak, riba, pelacuran, persundalan dan sebagainya.

Semua ini melibatkan rasuah, yang perlu disumbatkan kepada PBT dan badan penguatkuasa, bagi membolehkah kegiatan haram ini beroperasi secara berleluasa.

Malang sekali, kita yang beragama Islam yang menerima duit haram ini.

Kita merasakan rasuah ini adalah sebagai satu hadiah, tidak ada kaitan dengan halal haram, wal hal haramnya lebih hina dan lebih haram daripada makan babi.

Sebab itu, pemberi dan penerima rasuah, dua-dua masuk neraka.

Saya belum jumpa hujah, memegang atau bersalaman dengan tangan makan babi masuk neraka.

Saya tidak pernah hairan dengan derma syarikat arak dan judi kepada sekolah atau institusi Cina.

Inilah telah berlaku sekian lama. Bukan baharu.

Saya mendengar sendiri daripada mulut bekas perdana Menteri, yang tidak perlu saya sebutkan namanya.

Bantuan kepada sekolah Cina dan institusi Pendidikan Cina, sama ada kepunyaan kerajaan atau swasta, adalah hasil cukai judi, arak dan aktiviti haram yang dijalankan oleh orang bukan Islam.

Secara peribadi, saya memang tidak setuju dengan bantuan demi bantuan diberikan kepada institusi yang dikatakan tidak kenal halal haram ini.

Banyak lagi kemudahan awam seperti pembinaan jalan dan jambatan yang perlu disediakan untuk rakyat bagi membangunkan negara, dengan duit haram ini, yang ‘dibolehkan’ bagi tujuan tersebut.

Untuk institusi pendidikan Cina yang turut menerima bantuan kerajaan secara tahunan dan permintaan, cukuplah dengan bantuan ibu bapa dan Syarikat perniagaan dalam kalangan bangsa mereka.

Institusi ini jika dibuat kajian dan siasatan, memang sudah kelihatan mewah.

Jika tidak percaya, pergilah masuk ke sekolah mereka di kawasan bandar, kita lihat institusi ini begitu megah dan mewah.

Bangunan baharu atau bangunan tambahan ada sahaja yang dinaikkan, kemudahan tip top, mengalah sekolah berasrama penuh.

Kedudukan kewangan PIBG mereka kukuh.

Pergilah buat audit akaun PIBG mereka, akaun tahun berakhir dengan kiraan jutaaan ringgit.

Begitu hebat bagaimana institusi Pendidikan perkauman ini berkembang, hasil sokongan ibu bapa dan Syarikat judi, arak dan Syarikat haram mereka.

Mereka tidak pernah kisah soal menerima duit judi atau duit haram

Persoalannya, kenapa seorang bertaraf Menteri, sanggup hadir ke majlis tersebut dan menunjukkan tanda thumb up apabila menerima duit judi tersebut.

Apabila tular, bukan sahaja dia tidak mahu minta maaf, malah bercakap, membalas dengan hujahan bodoh membuat perbandingan antara makan rasuah dengan salam dengan tangan makan babi.

Saya pun terasalah, sebab saya apabila saya memeluk Islam, saya perkenalkan salam kepada ibu bapa, adik beradik dan saudara tidak Islam, saya sentiasa bersalam dengan mereka bila bertemu, walaupun bersalaman itu bukan budaya mereka.

Jika saya esktrem macam Menteri itu, sudah tentu saya tidak bersalam. Tetapi saya tidak sebodoh itu.

Jika saya mengambil pendekatan Menteri bodoh ini, saya menjadi ekstrem hanya kerana mereka makan babi, apakah selepas itu saya tidak boleh bersalam dengan mereka, hanya kerana mereka makan babi.

Jika begitu keadaannya, bagaimana dakwah nak berkembang?

Nasihat saya kepada pemimpin yang bertaraf Menteri, apabila bercakap, biarlah nampak kecerdikan dan kepandaian, jangan nampak bodoh sangat.

Cukuplah kebodohan yang telah dilakukan sebelum ini, jangan ditambah lagi kebodohan itu.

Dr. Ridhuan Tee Abdullah

Kolumnis