Kenapa MCA Begitu Bodoh Dalam Menilai Pakaian Kebangsaan?

Kenapa MCA Begitu Bodoh Dalam Menilai Pakaian Kebangsaan?

Apakah MCA mahu atlet kita berpakaian cheong sam baharu berpuas hati dan nampak kepelbagaian?

Baju Melayu bukan pakaian orang Melayu tetapi pakaian kebangsaan.

Perkara ini perlu difahami sebagai rakyat Malaysia yang telah hidup bergenerasi di bumi bertuah ini.

Jika tidak faham, tidak guna menjadi rakyat Malaysia.

Kenapa berblazer dan bertali leher diterima tetapi tidak baju Melayu, selaku pakaian kebangsaan?

Apa kemahuan ultra kiasu ini sebenarnya?

Saya cukup hairan dengan komen pemimpin tertinggi MCA, yang kelihatan amat naif dan boleh dikatakan bodohlah juga.

Katanya, ketika menilai, kecantikannya dipuji, tetapi daripada sudut yang lain rekaan baju atlet Malaysia untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024 di Paris hari ini dipertikai.

Pemimpin ultra kiasu MCA, berpendapat rekaan pereka fesyen Rizman Ruzaini itu tidak melambangkan kepelbagaian rakyat Malaysia.

Kepelbagaian apakah yang dimaksudkan oleh ultra kiasu ini?

Tidakkah pakaian kebangsaan itu melambangkan kepelbagaian dan identiti Malaysia.

Persalinan gaya sopan dan klastik berwarna hijau zaitun keemasan itu dikongsi di media sosial malam tadi.

Ia didedikasi kepada wira kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman, Tok Janggut dan Datuk Bahaman.

Atlet lelaki akan mengenakan baju Teluk Belanga yang berasal dari Johor sebagai menghormati Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Atlet wanita mengenakan baju kurung dan kerubung dengan cetakan songket.

Warna emas pula dipilih sebagai harapan untuk mendapatkan pingat emas.

Tiba-tiba pemimpin MCA itu kepanasan.

Menulis di media sosial, pemimpin ultra kiasu MCA berkata rekaan itu bukan saja tidak mempunyai identiti masyarakat Cina dan India di Malaysia, tetapi juga Sabah dan Sarawak.

Kata ultra kiasu ini lagi, ia sama sekali tidak melambangkan karektor unik Malaysia.

Malah katanya ia juga tiada kena mengena dengan sukan. Gagal. Kepala bapak kau gagal.

Kamu yang gagal memahami aspirasi Malaysia meskipun telah menjadi rakyat negara ini.

Bacalah dasar Kebudayaan Kebangsaan 1970. Baca juga pakaian kebangsaan negara.

Termasuk juga bahasa kebangsaan, lagu kebangsaan dan apa juga yang berkaitan dengan kebangsaan.

Apakah dengan bercheoangsam dan bersari, baharu dikatakan kebangsaan?

Kenapalah ramai sangat pemimpin yang bertaraf bodoh hari ini menjadi pemimpin parti.

Jika masih bodoh, mari aku ajarkan.

Kamu langsung tidak menghormati perlembagaan dan asal-usul sejarah negara ini, yang berpaksikan kepada raja berperlembagaan.

Pada kamu, negara ini sudah asal-usulnya berbilang kaum.

Kamu langsung tidak mahu ambil tahu, bahawa asal-usul semua negara bermula dengan satu bangsa.

Nama bangsa inilah menjadi nama negara ini, dahulunya bernama Tanah Melayu.

Malaysia itu, masih lagi mengekalkan nama “Malay” di situ.

Kenapa kamu masih tidak faham? Kamu ini rakyat Malaysia ke?

Kolumnis