Masuk Campur

Masuk Campur

Kerajaan Terengganu sepatutnya menerima bayaran royalti dan menguruskannya sendiri.

Tetapi Kerajaan Madani masuk campur, sekat bayaran.

Entah kenapa, dia beri alasan Akta Laut 750.

Lagi alasannya ialah ketelusan, sedangkan Terengganu paling telus mengemukakan perincian belanjawan.

Akan tetapi Sarawak yang juga negeri dalam Malaysia, tertakluk akta yang sama, malah telah berjaya mengambilalih sebahagian peranan Petronas di sana melalui syarikat Kerajaan Negeri, PETROS.

Tidak pula Madani masuk campur dan gunakan Akat Laut 750 itu.

Lebih besar akibatnya kerana Petronas bakal kehilangan wang yang besar.

Kerajaan Madani ada Menteri Pelajaran sendiri untuk memutuskan dasar dalam perlaksanaan kementeriannya.

Sekonyong-konyongnya, menjelmalah Menteri Pengangkutan dalam kesamaran, entah dari mana dapat kuasa, masuk campur bab dana oleh syarikat arak di sekolah.

Terkedu dan tergagap-gagap Menteri Pelajaran yang suatu ketika sangat garang dalam bab bacaan doa dan takbir.

Jangan ganggu sekolah kami katanya dahulu.

Seseorang yang beragama Islam, walaupun bertaraf Timbalan Menteri haram masuk dalam majlis yang ada dihidangkan arak, apatah lagi meraikannya, namun dia masuk campur juga dalam acara serahan sumbangan tu.

Siap angkat ibu jari lagi, tanda gembira.

Kemudian marahkan orang lain kerana masuk campur, konon dia difitnah, walaupun tersengih macam kerang busuk masa bergambar.

Speaker sepatutnya hanya mempengerusikan persidangan Parlimen dan meluluskan undang-undang.

Sebaliknya tanpa segan-segan Speaker masuk campur dengan menafsirkan undang-undang, sekali dengan undang-undang parti politik yang sepatutnya ROS yang putuskan.

Felda telah menggunakan seluas lebih 13 ribu hektar tanah di Terengganu selama hampir 40 tahun tanpa memberikan ruang yang secukupnya bagi Kerajaan Negeri Terengganu masuk campur dalam urusan mereka, waima ada perjanjiannya.

Bayaran yang sangat sukar diterima dan apabila dibayar, ia tidak mencukupi dengan alasan mereka rugi.

Kenapa dalam hal rugi, mereka mahu menyeret Kerajaan Negeri tetapi dalam hal bayaran sewa, kita tidak boleh campur?

Siti Kassim sangat suka mencampuri urusan yang berkaitan dengan hal ehwal Islam.

Beliau didapati membangkang keputusan Kerajaan Negeri Terengganu untuk memisahkan tempat duduk berlainan jantina dan keluarga sewaktu menonton perlawanan bolasepak.

Padahal jika berlaku isu-isu seperti jenayah yang melibatkan wanita menjadi mangsa, siapa yang perlu disalahkan?

Kelihatannya perangai masuk campur dalam pentadbiran Kerajaan Terengganu dan juga ada isu masuk campur dalam bidang kuasa lain, berleluasa ketika Kerajaan Madani berkuasa ini.

Ia jelas satu kejelekan dalam pentadbiran kerana tidaklah mereka lebih baik daripada pentadbiran kerajaan BN yang mereka gelar Kuku Besi dahulu, malah mereka lebih teruk.

Bak kata Ambiga, bekas Pengerusi Bersih, kerajaan sekarang adalah yang paling ditaktor yang kita ada.

Kalau orang mereka sendiri masuk campur mengutuk rakan yang sudah lama berjuang bersama-sama, apakah kita mahu lagi meletakkan kepercayaan kepada mereka?

Mohd Nasir Abdullah

Uncategorized