Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh mencadangkan 3 Ogos ini diisytiharkan sebagai hari solidariti terhadap penduduk Gaza dan tahanan Palestin di penjara Israel.
Justeru itu, saya dengan ini mengarahkan seluruh ahli PAS, dan mencadangkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mengadakan solat hajat dan qunut nazilah di seluruh negara pada hari Sabtu, 3 Ogos 2024.
Semoga Allah memberi pertolongan dan kemenangan kepada rakyat Palestin serta menghancurkan bala tentera Israel dan sekutunya yang bertindak zalim tanpa perikemanusiaan.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS