Henti Segera Bantuan Kepada SJKC Kerana Menentang Dan Menolak Arahan Kerajaan Berdaulat

Henti Segera Bantuan Kepada SJKC Kerana Menentang Dan Menolak Arahan Kerajaan Berdaulat

Bagaimana sebuah kerajaan yang berdaulat boleh tunduk kepada kehendak dan tekanan beberapa nyamuk NGO, badan bukan kerajaan, yang langsung tidak berdaulat

Tidakkah kita merasa tercabar dan malu kepada dunia, apabila ada rakyat kita sendiri mempersoalkan agenda pembangunan negara bangsa yang termaktub dalam perlembagaan?

Kalaulah kedudukan perkara yang dipersoalkan itu sudah dihayati dan bukan Melayu (Cina) rata-rata fasih berbahasa Melayu, tidak mengapa juga.

Ini tidak, majoriti tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Mana mungkin NGO perkauman ini tidak tahu kedudukan BM dalam kalangan bangsa mereka sendiri.

Tidak perlu buat kajian, pergilah melawat SJKC dan cuba berkomunikasi dalam BM dengan murid-murid mereka, semuanya akan menggeleng kepala, akan berkata talak tahu.

Inilah jenis ‘mulid-mulid’ Cina yang ada di SJKC.

Jangan pergi jauh suruh, ‘mulid-mulid’‘SJKC ini menyanyi lagu negaraku, percaya atau tidak akan disebut sebagai ‘negalaku’. Negalaku…lanah lumpahnye lalahku, lakyat hilup”…

Tidak Malukan kita membaca artikel yang ditulis oleh orang German ini seperti link di bawah

https://thesun.my/…/german-man-expresses-concern-over…

Sebelum ini saya telah dedahkan luahan hati seorang warga China yang berkahwin dengan rakyat kita, berbangsa Cina juga, akan kebimbangan dia melihat operasi SKJC lebih Cina daripada Cina di China.

Atas kesedaran itu, beliau (warga China) memilih menghantar anaknya ke SK daripada SJKC walaupun dia sendiri berbangsa Cina.

Beliau, walaupun warga China, bimbang anaknya yang tinggal di Malaysia tidak dapat berbahasa Melayu dengan baik.

Beliau malah menambah, adalah tidak wajar sama sekali, orang Cina rakyat Malaysia, tidak dapat menguasai BM dengan baik.

Hairannya, apabila kerajaan cuba untuk menyelaraskan silibus BM di semua sekolah bagi tujuan murni, semua rakyat tidak seharus didiskriminasikan dengan bahasa dan dapat menguasai BM dengan baik, tiba-tiba NGO Pendidikan Cina bangun menentang dan menolak dengan tegasnya.

Malangnya, kita terus berlembut, sedangkan ia adalah agenda nasional, agenda hidup bernegara.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana selama ini, apa jua dasar kerajaan untuk melakukan penambahbaikan berkaitan dengan BM di SJKC, NGO NGO Cina dengan tegas bangun menentang.

Mereka tidak mahu murid Cina disusahkan dengan subjek BM, kerana ia akan menjejaskan pembelajaran bahasa Cina.

Balik, balik, dalam otak mereka jadi Cina…Cina…Cina, secina-cinanya.

Tidak kisah langsung anak-anak mereka tidak boleh berbahasa Melayu, seolah-olah jika pandai pun bahasa Melayu tidak membawa apa-apa erti.

BM dipandang rendah, tidak ada nilai.

Kalaulah aku ada kuasa, sudah lama aku hantar puak-puak ini ke negara yang mahu menerima mereka.

Percayalah, tidak ada satu negara yang akan menerima mereka ini, kerana pemikiran mereka amat chauvinis, perkauman dan mementingkan bangsa sendiri sahaja.

Mereka tidak fikir soal agenda hidup bernegara, mereka tidak fikir soal bangsa lain, terutama sensitiviti majoriti, seperti Melayu dan bumiputera.

Apakah istimewa sangat SJKC sehingga kerajaan berdaulat boleh tunduk kepada desakan mereka, sedangkan segala bantuan diberikan sepenuhnya oleh kerajaan sama seperti sekolah aliran kebangsaan yang lain?

Hatta, bantuan seperti tidak diterima oleh sekolah agama rakyat, yang hidup segan, mati tak mahu.

Sudahlah begitu, selain bantuan kerajaan sepenuhnya, tanah dan bangunan, sekolah ini mendapat bantuan daripada agensi luar, syarikat swasta, individu perseorangan bergelar dermawan dan hartawan Cina.

Ini belum termasuk syarikat judi dan arak yang menaburkan bantuan mereka ke SJKC.

Selama ini silibus subjek BM di SJKC amat rendah berbanding dengan SK (Sekolah Kebangsaan).

Standard BM tahun 6 di SJKC, sama levelnya dengan BM tahun 3 di SK.

Sejak Merdeka, murid d SJKC mudah sangat subjek BMnya.

Berbanding BM di SK yang begitu susah dalam aliran kebangsaan.

Sepatutnya subjek BM di SJKC lebih disusahkan bagi membolehkan mereka dapat menguasai BM dengan baik sebab ini bahasa negara.

Ini tidak, dengan BM yang paling mudahpun, mereka tidak dapat kuasai. Kenapa?

Mereka terlalu perkauman dan kecinaan.

Mereka tidak pernah serius dengan BM, sebab itu apa juga agenda kerajaan memperkasakan BM di SJKC akan ditentang habis-habisan?

Kita sedang membela biawak hidup yang tidak membawa erti dan manfaatkan langsung.

Malangnya, kita tahu masalah ini, masalah kepada negara.

Kita tidak ambil tindakan, kerana politik, kita takut kehilangan undi dan takut kehilangan kuasa. Sampai bila?

Kenapa kita tidak pernah mahu belajar daripada negara jiran kita seperti Thailand, Indonesia dan sebagainya.

Mana ada negara sebebas-bebasnya seperti Malaysia.

Adilkah kita, hidup dalam sebuah negara, mengecapi segala kemudahan dan kenikmatan, tetapi ada warganegara yang diberikan keistimewaan tertentu, sehingga tidak boleh disentuh oleh kerajaan berdaulat?

Inilah sifat keras kepala, tidak mengenang budi dan tidak sedar diuntung oleh ‘pendatang’ yang tidak sedar sendiri, mendatangi alam Melayu sehingga kini.

Sembilan institusi pendidikan Cina di negara ini sebulat suara menolak inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular.

Sekali lagi NGO Cina menunjukkan belang dengan menolak keputusan KPM untuk menyelaraskan kurikulum Bahasa Melayu di sekolah vernakular terutamanya SJKC

Apa ertinya hidup dalam sebuah negara, mengecap segala kemudahan dan kenikmatan, sedangkan ada beberapa bangsa tertentu diberikan keutamaan?

Institusi pendidikan Cina ini yang begitu lantang menentang ini, sepatutnya sudah lama diharamkan, seperti Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Selangor dan Kuala Lumpur, Majlis Bahasa Cina Malaysia, Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia, Institut Pengajian Cina UTAR, Majlis Pengetua Sekolah Menengah Conforming Malaysia, Majlis Guru Besar SJKC Malaysia dan Persatuan Ibubapa Pendidikan Cina Malaysia.

Jika beginilah keadaan ini kerajaan mesti menghentikan semua bantuan dan kemudahan yang diberikan di SJKC, terutama mendirikan SJKC, menambahkan lagi bilangan SJKC, gaji guru-gurunya, dan segala bantuan lain melibatkan billion ringgit

Alasan NGO perkauman ini penolakan arahan KPM ini adalah kerana bahasa ibunda pelajar sekolah Cina bukanlah Bahasa Melayu.

Bayangkan tinggal di bumi Melayu, tetapi menolak kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa negara yang mesti dikuasai oleh semua rakyat Malaysia

Alasan bodoh kedua yang diberikan adalah bahasa Melayu merupakan bahasa kedua pelajar terbabit, maka Bahasa Melayu tidak boleh diajar menggunakan silibus sama seperti pelajar lain di Sekolah Kebangsaan.

Selama ini BM diajar dengan silibus yang amat rendah berbanding dengan BM Sekolah Kebangsaan.

Dalam kata lain, BM tahun 3 di Sekolah Kebangsaan adalah BM tahun 6 di SJKC.

Dalam makna, BM di SJKC teramat mudah berbanding dengan BM di SK.

Perkara ini telah berlangsung sejak Merdeka hingga ke hari ini.

Untuk makluman, isu penyelarasan Bahasa Melayu di sekolah vernakular oleh KPM untuk memperkasakan penguasaan bahasa kebangsaan dan mengukuhkan perpaduan kaum pernah dibangkitkan beberapa kali dengan kali terakhirnya pada 2015.

NGO ultra kiasu Cina tidak pernah menerimanya, walaupun SJKC terus menerima bantuan melimpah ruah daripada kerajaan seperti SK yang lain.

Pemimpin Jiao Zong, berkata penolakan itu adalah kerana bahasa ibunda pelajar sekolah Cina bukanlah Bahasa Melayu.

Kenyataan ini sangat kurang ajar

Katanya, Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua pelajar terbabit, maka Bahasa Melayu tidak boleh diajar menggunakan silibus sama seperti pelajar Melayu lain.

Atas dasar apa kenyataan begitu kurang ajar ini dikeluarkan.

Ini Malaysia, ada bahasa utamanya, ada sejarah asal usulnya.

Jika kamu, tidak mahu ikut, sila keluar dan cari negara lain yang boleh menerima kamu.

Kamu tidak berhak mengecapi segala kemudahan dan kenikmatan yang ada.

Untuk makluman, isu penyelarasan Bahasa Melayu di sekolah vernakular (SJKC) oleh KPM adalah bertujuan untuk memperkasakan penguasaan bahasa kebangsaan dan mengukuhkan perpaduan kaum pernah dibangkitkan beberapa kali dengan kali terakhirnya pada 2015.

Apa jua arahan dan dasar kerajaan wujudkan untuk memperkasakan BM di SJKC, tidak pernah berjaya kerana ditentang secara sebulat suara oleh NGO dan parti politik perkauman Cina ini.

Wajarkah perkara ini berlaku dan terus dibiarkan???

Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Kolumnis