Kenapa JAKIM Perlu Jumpa NGO Seperti MCCBCHST?

Kenapa JAKIM Perlu Jumpa NGO Seperti MCCBCHST?

Atas dasar apa JAKIM diarahkan untuk jelaskan penempatan pegawai di setiap agensi Kerajaan kepada MCCBCHST?

NGO ini yang jahil, bukan JAKIM. Inilah akibat kafir zimmi tidak sedar diri, sengaja mahu cari pasal dilabel harbi.

Siapa di belakang NGO kalau bukan parti politik ultra kiasu dalam Kerajaan hari ini?

Parti politik ultra kiasu takut dilabel harbi, jadi dia minta NGO dia bersuara…

Apabila ada yang melabelkan wujudnya kafir harbi dalam negara ini, ada segelintir daripada kita begitu terasa, termasuk orang Islam sendiri, mengatakan tidak ada kafir harbi di negara ini, hakikat sebenarnya apa?

Paling pelik, apabila ada jurucakap Kerajaan kata tiada lagi penempatan JAKIM buat setakat ini, takut sangat pasal apa dengan MCCBCHST.

Isu penempatan pegawai JAKIM di setiap Kementerian bukan perkara baharu, malah sudah berlaku sejak JAKIM mula wujud.

Semenjak dua menjak ini sahaja, isu ini dibangkitkan.

Siapakah yang tahu semua ini, kalau bukan ultra kiasu yang berada dalam kerajaan hari ini.

Mereka buat-buat tidak tahu, mereka hantar wakil NGO mereka untuk mensensasikan isu ini, terutama persatuan agama-agama bukan Islam, yang sejak dahulu memang kurang ajar, sebab mereka tidak tahu erti adab.

Smart kan cara ultra kiasu ini bekerja?

Kita sahaja yang bodoh, tidak mahu sedar, buat-buat tidak sedar, kerana mabukkan kuasa.

Sedarlah kamu wahai saudaraku.

Apabila kamu berada di tampuk pemerintahan, tugas kamu menjaga agama, bangsa dan negara ini mengikut acuan perlembagaan, bukan asyik berpolitik, tidak berkesudahan.

Kuasa ini hanya sementara, hakikatnya agama, bangsa dan negara kekal selama.

Jangan sampai tindakan kamu akan menghancurkan semua itu gara-gara menyimpan ultra kiasu.

Kepada NGO bukan Islam yang membangkitkan isu ini, nasihat saya, buatlah kursus adab dan etika, supaya saya boleh ajar kamu, mudah-mudahan kamu menjadi manusia lebih beradab, tinggal dalam negara yang kaumnya penuh beradab.

Sedar dirilah, siapakah diri kamu sebenarnya.

Sejarah membuktikan, kamu adalah orang bukan Melayu (bukan Islam) yang mendatangi alam Melayu, jangan jadi kaduk naik junjung.

Nasib baiklah aku tidak ada kuasa, jika ada, sudah lama aku ajar kamu, supaya kamu sedar diri, kalau pun tidak dihantar balik ke tempat asal-usul kamu.

Kepada orang Melayu, kenapa kamu menyimpan biawak hidup ini lagi? Hanya kerana perlukan sokongan mereka, kamu sanggup menyimpan biawak ini.

Kuasa di tangan hanya sementara, akhirat kekal abadi.

Tidak takutkah kamu kepada azab Allah.

Percayalah, semakin kamu simpan biawak hidup ini, semakin banyak ‘rahsia-rahsia’ Kementerian yang tidak sepatutnya dibangkitkan, akan terus dibangkitakan, akan terus disensasikan.

Negara kita tidak akan aman, meskipun kamu mahu mewujudkan akta demi akta bagi mengawal tindak tanduk mereka yang membangkitkan isu ini.

Perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan, tidak sepatutnya dipertikaikan, kerana itulah yang menjadi ‘kontrak sosial’, penerimaan orang Melayu/bumiputera terhadap bukan Melayu (bukan Islam).

Jika tidak sudah lama kamu ditendang keluar.

Tidak mustahil kamu merempat di tempat asal usul kamu. Nampaknya kamu masih belum sedar.

Baguslah, sekurang-kurangnya kita tahu siapa ‘kafir harbi’ yang sebenar.

Bila label ‘kafir harbi’ dibangkitkan, ultra kiasu marah, tetapi sebenarnya mereka ada ciri itu kafir harbi, sebagaimana kata bekas mufti Pahang suatu ketika dahulu.

Perkara yang tidak ada kaitan langsung dengan mereka, selari pula dengan perlembagaan, mereka mahu campurtangan.

Kita, sebagai umat Islam, kekal dengan prinsip, kita tidak pernah campurtangan dalam hal ehwal agama mereka, meskipun kadangkala tindakan mereka bertentangan dengan perlembagaan, secara terang-terang.

Apa masalah dengan penempatan pegawai JAKIM di setiap tempat dan Kementerian?

JAKIM tidak pernah kamu atau ketuk telur kamu pun. Apatah lagi untuk campurtangan. JAKIM bertindak mengikut ruang yang dibenarkan oleh perlembagaan.

Pertama, perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Ini ditambah lagi dengan beberapa perkara lain, seperti orang Islam, berhak menggunakan wang kerajaan untuk mendirikan institusi Islam bagi mengembangkan syiar Islam.

Rujuk perkara 3 sampai perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.

Sebab itulah kamu langsung tidak boleh mempertikaikannya.

Lagipun kewujudan JAKIM tidak pernah menghalang untuk kamu beribadah.

Ini tidak termasuk lagi butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan antara dua perkara utama yang digariskan adalah seperti kuasa Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang bagi mewujudkan kesalahan dan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang yang beragama Islam terhadap perintah agama Islam, kecuali berkenaan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan.

Ini bermakna, Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang di negeri-negeri bagi mewujudkan kesalahan dan hukuman bagi kesalahan oleh orang yang beragama Islam terhadap perintah agama Islam, kecuali berkenaan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan.

Walaupun kesalahan jenayah syariah dibuat oleh Badan Perundangan Negeri, perlu difahami bahawa hukuman bagi kesalahan yang diperuntukkan dalam undang-undang negeri hendaklah dalam had yang diberikan oleh undang-undang Persekutuan iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Nampaknya kamu sengaja tidak mahu faham tentang kedudukan Islam dalam perlembagaan, kamu sengaja mencari pasal saban hari.

Kamu sengaja mencabar pribumi Melayu, tanpa memikirkan baik buruknya.

Kedua, kamu tinggal dalam negara Islam Malaysia ini, cukup beruntung menjadikan kamu tidak sedar dek untung.

Perlembagaan tidak ada menyebut langsung, bantuan ke atas institusi agama kamu, begitu juga dengan sekolah-sekolah vernakular.

Jika kerajaan tidak bantu sedikitpun, seperti mana yang berlaku di India misalnya, itu adalah adil, kerana adil bukan bermakna seorang sebiji, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Mengikut perlembagaan, kamu tidak layak sedikit pun untuk kerajaan bantu.

Tetapi kamu lihatlah kemurahan hati Melayu (orang Islam), berapa banyak rumah ibadat dan NGO kamu dibantu kerajaan atas nama unity in diversity, malangnya kamu tidak pernah bersyukur dan merasa diri kamu beruntung.

Saban hari kerja kamu menyakiti orang Islam (orang Melayu).

Kamu tidak mahu membangkitkan langsung, berapa banyak masjid yang dirobohkan oleh komunis China di negara China.

Begitu juga di India, rumah ibadat perlu dibina sendiri, kerajaan tidak bantu pembinaan rumah ibadat.

Tetapi di Malaysia, bukan sahaja kamu dapat peruntukan istimewa daripada kerajaan, kamu juga dirikan rumah ibadat di tanah haram, tanah kerajaan, dan kamu minta kerajaan untuk sahkan keharaman.

Berapa banyak rumah ibadat kamu dibina di atas tanah kerajaan.

Tanah dapat, bantuan kewangan dapat.

Hatta, sampai ke peringkat, berlaku rusuhan, kamu hidup, orang Islam menjadi mangsa.

Kes Adib saya tidak dapat lupakan langsung hingga ke hari ini.

Ketiga, tindakan hendaklah diambil terhadap NGO MCCBCHST kerana sentiasa mengeluarkan kenyataan yang sensitif menyentuh 3R, terutama agama Islam, sedangkan umat Islam tidak pernah campurtangan dalam agama mereka.

Penempatan pegawai JAKIM, tidak langsung menganggu gugat agama lain.

Lagipun, apa yang dibangkitkan itu sudah termaktub dalam perlembagaan.

Ini bukan isu baharu, tetapi sudah lama sejak JAKIM ditubuhkan.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Kolumnis