Islamlah Yang Menyelamatkan Bukan Melayu Di Negara Ini Setelah Islamnya Melayu

Islamlah Yang Menyelamatkan Bukan Melayu Di Negara Ini Setelah Islamnya Melayu

Formula perpaduan adalah asimilasi, bukan yang lain, termasuk integrasi

Bekas peguam negara Tommy Thomas berkata semalam, obsesi Malaysia terhadap kaum dan agama menjadi halangan dalam usaha menyatukan rakyat sebagai satu bangsa.

Sudah tentu perkara ini dirujukkan kepada orang Melayu Islam, meskipun tidak disebut secara khusus.

Beliau mengambil contoh, selepas berlaku tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969, beberapa program berkaitan Islam dilaksanakan seperti, penerapan nilai-nilai Islam oleh Umno pada tahun 1980-an untuk menyaingi PAS dalam meraih sokongan masyarakat, penyertaan Anwar Ibrahim dalam Umno dan dorongan untuk Islamisasi pada 1982, retorik “ketuanan Melayu” oleh Abdullah Ahmad Badawi pada 1986 serta Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan “Malaysia negara Islam” pada 2001.

Saya ingin ingatkan Thomas, kerana obsesi terhadap agamalah bukan Melayu diterima dan dilayan dengan baik oleh orang Melayu sehingga menjadi kaya raya, yang tidak mungkin dikecapi jika mereka tidak berhijrah (mendatangi) Alam Melayu ini

Dengan Islamnya Melayu lebih 600 tahun dahulu, Melayu belajar memahami Islam dan bertambah baik, meraikan dan melayan tetamu (pendatang) dengan baik ketika mereka berinteraksi dengan orang bukan Melayu, kerana inilah sumber asas daripada ajaran Islam

Pendek kata, agama Islam mengajarkan orang Melayu, yang dahulunya beragama Hindu-Buddha dan anamisme, memahami dan mendalami Islam, kerana dengan mendalami dan memahami Islam, Melayu menjadi lebih baik dalam muamalahnya sesama manusia seperti meraikan tetamu dan pendatang, meraikan kepelbagaian, meraikan perbezaan, meraikan hak bukan Islam dll, atas nama dakwah.

Jika orang Melayu tidak faham Islam, setelah memeluk Islam, sudah lama rumah-rumah ibadat bukan Islam, hak-hak bukan Islam, dan berbagai lagi kemudahan bukan Islam dalam negara Islam, dihapuskan atau dimusnahkan.

Namun, dengan kefahaman Melayu terhadap Islamlah, kita lihat bagaimana bukan Islam dijaga dengan baik, hak beribadat dan rumah ibadat dikekalkan, dijaga dan ditambah, malah diberikan bilangan hari ini sehingga melebihi masjid dan surau, rumah ibadat orang Islam sendiri.

Kerana terlalu meraikan hak orang bukan Islamlah, mereka diberikan kebebasan mengaut kekayaan negara ini, dengan sokongan kerajaan dan orang Melayu itu sendiri.

Kerana meraikan perbezaan dan haklah, orang Melayu atau bukan Islam, mendapat tempat dalam kerajaan, sehingga dapat menjawat jawatan tinggi, termasuk dalam perkhidmatan kritikal bersifat rahsia, seperti kastam, pasukan keselamatan dan sebagainya.

Bukan Islam diberikan kepercayaan untuk akses kepada perkhidmatan yang menjadi rahsia kepada kerajaan.

Bandingkan dengan negara Singapura, apabila berpisah daripada Malaysia, adakah orang Melayu Islam mendapat tempat yang Istimewa dalam perkhidmatan awam di Singapura, terutama perkhidmatan kritikal yang menjadi kerahsiaan.

Walaupun Singapura itu sendiri adalah asal usulnya negara kepunyaan Melayu.

Sehingga kini, keadaan masih sama.

Orang Melayu tidak mendapat tempat yang tinggi dalam perkhidmatan kerajaan, kecuali perkhidmatan tanpa kuasa, seperti presiden.

Persoalannya, dalam keadaan yang begitu mewah, kenapa semua ini tidak disyukuri oleh orang bukan Melayu?

Malah, sanggup mengeluarkan kenyataan yang sensitif dan campurtangan dalam agama Islam?

Semalam, terbaca berita dalam media sosial mstar, bagaimana seorang influencer Cina memuji orang Melayu Malaysia kerana ada orang Melayu boleh berbahasa mandarin, maka itu dikatakan sebagai hebatnya perpaduan di negara ini.

Malangnya, dia tidak pula dibahaskan sebaliknya, bagaimana dan betapa ramainya, orang bukan melayu (Cina) tidak boleh berbahasa Melayu, tidak pula dikatakan penting untuk perpaduan, sedangkan bahasa Melayu itu adalah bahasa kebangsaan atau bahasa negara.

Bahasa kebangsaan itu adalah alat perpaduan.

Bahawa kebangsaan itu bahasa jiwa bangsa.

Pentingnya, semua rakyat berbilang kaum fasih berbahasa kebangsaan. Langsung tidak disentuh.

Dalam kata lain, jika boleh berbahasa selain daripada bahasa Melayu, itu perpaduan.

Jika bukan Melayu tidak boleh langsung berbahasa Melayu selaku bahasa negara, tidak pula dikaitkan pentingnya untuk mencapai perpaduan.

Inilah rata-rata pemikiran orang Cina Malaysia, meskipun tidak semua. Apa semua ini?

Bila orang Melayu bertambah ramai bersekolah Cina, maka itu dikatakan perpaduan.

Bagusnya sistem Pendidikan Cina.

Malangnya, bila kita minta pentingnya orang bukan Melayu (Cina) memasuki sekolah kebangsaan, macam-macam alasan akan diberikan.

Mereka kutuk sekolah kebangsaan, kerana terlalu bersifat kemelayuan dan keislaman.

Sedangkan kita semua tahu, jika ada sedikit unsur-unsur Melayu dan Islam, ia bertepatan dengan kehendak perlembagaan, yang telah dipersetujui oleh datuk nenek moyang mereka, ketika meminta Melayu memberikan status kewarganegaran terhadap mereka.

Jika ada polisi kerajaan mahu menambahbaik sekolah vernakular, seperti menyeragamkan subjek bahasa Melayu, maka itu dikatakan menghalang perpaduan, menghalang hak mereka mendapatkan Pendidikan ibunda sepenuhnya.

Ia dikatakan menafikan hak bukan Melayu untuk mendapatkan hak Pendidikan bahasa ibunda, dan macam-macam lagi kecaman akan dikenakan, jika diusik sahaja sekolah vernakurlar (SJKC).

Maka, masalah terus berlarutan, orang Cina kekal dengan Pendidikan Cina, yang tidak boleh disentuh, mereka terus kekal tidak dapat berbahasa Melayu dengan baik.

Tidak bercampur dan ini tidak pula dikatakan penghalang perpaduan.

Malah, dituduhkannya, penghalang perpaduan bukan sekolah venakular, tetapi disebabkan oleh pemimpin Melayu yang memainkan sentimen perkauman.

Mereka akan menyalahkan polisi-polisi kerajaan yang menghalang perpaduan, bukannya sikap mereka dan sistem Pendidikan yang mereka tentukan.

Dalam kata lain, dalam usaha mencapai perpaduan, yang salah adalah pemimpin Melayu dan dasar kerajaan, bukan mereka.

Mereka sahaja betul, yang salah adalah pemimpin Melayu.

Bila Melayu bercakap pasal haknya itu rasis, tetapi bila orang bukan Melayu bercakap pasal hak mereka, itu maknanya unity in diversity.

Setelah lebih 65 tahun Merdeka, ternyata, unity in diversiti yang diperjuangkan langsung tidak membuahkan hasil dalam usaha mencapai perpaduan.

Natijahnya, setiap kaum semakin kuat mempertahankan semangat perkaumannya, terutama pemimpin parti politik dan NGO Cina yang memimpin pengikut-pengikutnya atau bangsanya.

Mereka meletakkan bahasa dan sekolah mereka lebih tinggi daripada bahasa kebangsaan dan sekolah kebangsaan.

Malah sampai ke peringkat menolak negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu.

Mereka lebih obsess kepada orang Cina, Pendidikan Cina dan negara China.

Justeru, sudah sampainya, unity in diversity, yang kita bangga dikaji semula, termasuk konsep integrasi yang kononnya diamalkan.

Kembalilah kepada resepi perpaduan di semua negara di dunia, tidak lain daripada asimilasi, kerana asimilasi adalah formula terbaik untuk perpaduan.

Jangan pergi jauh, bukti jelas dan ada, lihatlah Cina-cina atau minorii Cina di Kelantan dan Terengganu.

Kehidupan berbilang bangsa di sana seperti adik beradik.

Perpaduannya amat mantap.

Hak-hak mereka begitu dijaga.

Tidak perlu lagilah saya membandingkan dengan negara jiran seperti Cina di Thailand dan Indonesia.

Dr. Ridhuan Tee Abdullah

Kolumnis