Isu Kedah nak tuntut Pulau Pinang bukanlah agenda saja-saja Sanusi sebagai MB Kedah.
Sebenarnya, usaha untuk mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah, terutama Seberang Perai adalah usaha berterusan kerabat diraja Kedah sejak zaman Sultan Muhammad Jiwa lagi.
Kehendak ini sering disebut oleh sultan-sultan Kedah terdahulu, kerana Pulau Pinang diambil secara keji dan melanggar perjanjian.
Perjanjian-perjanjian antara Sultan Kedah dengan British sebenarnya telah lama terbatal dan tidak valid, bahkan ada juga perjanjian yang sebenarnya tidak pernah wujud langsung tetapi digunapakai sebagai ‘perjanjian’.
Inilah sejarah dan dokumen sejarah yang sedang dicari gali oleh ahli sejarah terutama dari Kedah, yang telah berjaya mengumpul 20,000 dokumen sejarah berkaitan Kedah dari negara Barat – yang hasil dapatannya akan dibentang oleh MB Kedah pada bulan hadapan.
Kos untuk mengumpul dokumen dan menjalankan kajian ini dibiayai oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran MB Sanusi.
Usaha persatuan sejarah cawangan Kedah telah lama menjalankan usaha kajian ini sejak belasan tahun lalu, namun usaha mereka terhad kerana mereka tidak ada akses dan kewangan untuk mendapatkan dokumen-dokumen sejarah dari negara luar.
MB Kedah sendiri membuat lawatan ke negara-negara berkaitan untuk tujuan kerjasama bagi membolehkan pengkaji sejarah dari Kedah mengkases maklumat sejarah dengan lebih baik.
Untuk melihat apa hasil dapatan kajian, kita tunggu sahaja pembentangan daripada MB Kedah nanti.
Dari pembentangan hasil kajian itulah baru kita boleh nampak valid atau tidak tuntutan untuk Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah.
Ketua Menteri Pulau Pinang menyuruh Kedah membawa isu tuntutan ini ke mahkamah dan tidak usah ‘menghasut’ di dalam dewan.
Jika MB Kedah terus membawa isu ini ke mahkamah, sudah pasti kalah on the spot – kerana sejarah yang ditulis hari ini adalah sejarah yang telah dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan.
Maka, MB Sanusi memulakan langkah untuk mencari dan menggali sejarah yang sebenar, dibentangkan secara rasmi dalam dewan, diulas dan dibahas oleh sejarawan, dan menjadi sejarah yang authentic – maka ketika itu baharulah tindakan membawa tuntutan ke mahkamah boleh dimulakan.
Sebagaimana yang disebut di atas, sultan-sultan Kedah sememangnya mahu mengambil kembali Pulau Pinang.
Akibat lemahnya Kedah waktu itu akibat perang 20 tahun melawan penjarahan Siam serta pengkhianatan British, Kedah tidak sempat fokus untuk mengambil kembali Pulau Pinang, malah British ‘merampas’ Seberang Perai sebagai kawasan pertahanan untuk melindungai Pulau Pinang daripada serangan Kedah.
Zaman berlalu, sultan silih berganti – namun hasrat untuk mengambil kembali Pulau Pinang disambung oleh sultan-sultan berikutnya.
Sehinggalah pada zaman Sultan Badlishah, usaha untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang semakin hampir apabila cengkaman British mulai kendur akibat tuntutan kemerdekaan daripada rakyat Tanah Melayu.
Tetapi usaha untuk mendapatkan Pulau Pinang terpaksa di-KIV terlebih dahulu untuk memberi laluan kepada menentang Malayan Union dan proses mencapai kemerdekaan.
Namun tidak lama selepas pengisytiharan kemerdekaan, Sultan Badlishah mangkat. Anaknda baginda – Sultan Abdul Halim menaiki takhta Sultan Kedah pada usia yang sangat muda.
Namun hasrat ayahanda dan datuk nenek moyangnya tetap disuarakan.
Namun apakan daya, kemelut yang lebih besar melanda seperti ancaman Komunis, pembentukan Malaysia, konfrontasi Indonesia dan sebagainya menyebabkan suara tuntutan itu menjadi sepi.
Kali pertama tuntutan ini disebut semula adalah ketika pentadbiran UMNO/BN oleh MB Mukhriz (jika tak salah). Ia bermula dengan isu air Sungai Muda juga.
Zaman MB Ustaz Azizan juga berkumandang suara tuntutan ini.
Ketika ini semakin banyak pengkaji sejarah Kedah mengeluarkan dapatan kajian hasil daripada penemuan artifak, catatan sejarah dari kerabat diraja dan cerita orang tua-tua – menimbulkan banyak persoalan besar yang tidak dapat dipastikan oleh penulisan sejarah sedia ada. Tidak match dan ada yang menyeleweng.
Namun dapatan-dapatan sejarah ini hanya berkeliaran dalam blog-blog yang dianggap picisan kerana ‘tidak selari’ dengan sejarah arus perdana.
Sultan Abdul Halim pernah menyuarakan hasrat ini sekali lagi ketika hayatnya.
Hari ini, adinda Sultan Halim yang juga anaknda Sultan Badlishah – yakni Sultan Salahuddin sekali lagi menyuarakan hasrat kekanda, ayahanda dan nenek moyangnya untuk mengambil kembali Pulau Pinang.
Berkebetulan hari ini Sultan Salahuddin mempunyai seorang Menteri Besar yang boleh lantang menyuarakan hasrat tersebut, maka tentulah baginda sangat berbesar hati mempunyai memanda Menteri Besar seperti itu.
Bagi orang lain yang tidak ada kaitan dengan sejarah Kedah, yang tidak tahu menahu sejarah panjang tersebut, yang memandang sinis perihal sejarah, yang enggan melihat sejarah sebagai titik tolak kepada kemajuan ummah di masa hadapan – sudah tentu mereka ini akan merasakan tuntutan dan hasrat Sultan Kedah itu sebagai tuntutan remeh, tuntutan yang tidak perlu, tuntutan yang telah luput dalam dunia modern dan sebagainya.
Mereka tidak berani ‘menyerang’ sultan, maka mereka menghalakan serangan mereka kepada MB Sanusi.
Jika dipandang pada sudut mata kepala mereka, tiada gunanya menuntut Pulau Pinang lagi kerana semuanya telah berlalu.
Tetapi bagi Sultan-sultan Kedah, anak cucu para pejuang Kedah yang mati terbunuh dalam perang Musuh Bisik, perang melawan Siam dan British 200 tahu lalu – mengembalikan Pulau Pinang adalah simbolik kepada mengembalikan semula maruah nenek moyang mereka, memberi keadilan kepada nenek moyang mereka yang telah syahid mempertahankan negeri – kerana mereka mati dilabel sebagai pemberontak, lanun dan penyangak oleh British dan Siam ketika itu.
Dari sudut dunia moden hari ini, andaikata Pulau Pinang tidak boleh dibubarkan sebagai negeri untuk kembali kepada Kedah, tetapi hak-hak Kedah ke atas Pulau Pinang mesti diberikan seperti tuntutan bayaran air Sungai Muda, bayaran pajakan tahunan dan sebagainya – sebagai ganti kepada tuntutan.
Apapun, kita tunggu pembentangan MB Sanusi terlebih dahulu.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa