PAN Dan Biawak

PAN Dan Biawak

Kalau dalam bahasa Terengganu, gambar dua ekor biawak berpeluk ini kita boleh juga menyebutnya sebagai Bewok Ggura dimana ia bermaksud kata kerja yang dua ekor biawak dalam gambar ini sedang bergurau.

Ada juga perkataan lain yang hampir sama hanya dengan mengubah kedudukan perkataan sahaja, ia juga merubah makna teks dengan begitu berbeza sekali.

Perkataan itu ialah Ggura Bewok.

Ia memberi erti perbuatan bergurau yang bodoh, mungkin juga bersamaan gurauan yang melampau atau menyusahkan, bergantung kepada keadaan.

Oleh itu, tidaklah salah jika kita mengatakan bahawa PAN atau juga dikenali sebagai khadam DAP terpaling setia, sedang mencuba untuk melakukan Ggura Bewok dengan rakyat Malaysia.

Mereka mungkin fikir tindakan mereka membuat laporan polis atas kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Fadhli Shaari sebagai sesuatu yang serius, tanpa menyedari rakyat sedang ketawa melihat tindakan mereka itu.

Apa tidaknya, mereka cuba menggunakan raja dan sultan Melayu ketika melihat tindakan Ketua Penerangan PAS Pusat menjadi popular dan mencemaskan mereka.

Maka perkataan DERHAKA dipilih bagi menggambarkan naratif kononnya yang dahsyat sedang dilakukan oleh PAS.

Manakala PAN berpewatakan seperti lembu kenyang apabila ada seorang rakan mereka yang menghina YDP Agong suatu waktu dahulu.

Alhamdulillah Ggura Bewok rakan mereka dengan YDP Agong itu akan dijatuhkan hukuman tidak lama lagi.

Mereka juga jadi seperti burung unta, menyorokkan kepala mereka ke dalam pasir, konon-konon tidak nampak atau tidak sedar ada seorang lagi rakan mereka telah membuat perancangan untuk menghapuskan sultan di Malaysia.

Juga telah menjalani hukuman.

PAN juga bertukar seperti sesumpah, menyamar supaya tidak dikenali apabila penyokong PH memaki hamun Sultan Kelantan yang ketika menjadi YDP Agong kerana dituduh lambat mengadakan upacara angkat sumpah PM seusai menang PRU 14 dahulu.

Mereka dari PAN sekarang yang ketika dalam PAS dahulu, pernah menderhakai Sultan Selangor apabila titah baginda untuk mengemukakan lebih dua orang calon MB selepas Langkah Kajang dengan mereka menyokong PKR dan DAP yang hanya ingin menghantar satu nama tunggal sahaja sebagai MB.

Kemudian ketua mereka yang amat mereka kasihi, dilucutkan gelaran Datuk oleh Sutan Selangor dan dua orang lagi pimpinan Pan di Kelantan kerana melakukan onar yang tidak disukai tuanku.

Maka layaklah kalau kita gelarkan PAN ini seperti sedang Ggura Bewok dengan rakyat Malaysia yang sangat cerdik, jauh dari PAN yang bodoh itu.

DAP pasti tersenyum sekarang ini kerana tidak lagi digelar biawak, sebaliknya gelaran itu diperolehi PAN.

Mohd Nasir Abdullah

Isu Semasa