Dia janji tak mahu lawan jawatan Timbalan Presiden partinya dahulu, dia tipu, terpelanting orang tua yang dia lawan tu kena tibai, sampai merajuk.
Dia pernah bentang belanjawan di parlimen, kata belanjawan itu konon katanya, ikut kaedah Nabi Yusof. Dia tipu, apabila seorang ulamak bangun dan berkata, Nabi Yusof tidak pernah halalkan judi. Dia diam.
Ada ulamak yang jadi MB di sebuah negeri, meminta pertolongannya semasa dia dalam kerajaan dan menjadi menteri untuk bantu pentadbiran negeri itu. Dia tipu, dia tidak tolong tapi menghina pemimpin negeri itu dengan kata tidak pandai perintah.
Dia kata dia kena racun dengan arsenik, macam nasib Napoleon kena sewaktu di penjara dan orang ramai percaya, padahal dia tipu.
Dia kata dia sakit belakang yang teruk, bekas peguam dia bagitahu, dia penipu, saya tahu dia tipu, dia tak sakit, depan orang naik kerusi roda, pakai penyokong tengkuk. Sampai sekarang dia tidak saman bekas peguam dia.
Dia kata nak turunkan harga minyak, orang percaya, dan undi dia. Dia tipu. Alih-alih dia kata itu kempen dua puluh tahun lepas, padahal ada jer video dia kata minyak tak turun sebab dia bukan PM beberapa tahun lepas.
Dia janji akan bentangkan formula untuk selamatkan negara, akhirnya guna semula apa yang kerajaan lama buat, dia tipu lagi.
Dia tuduh ada bekas pemimpin negara mempunyai harta berbilion. Lalu masa dia berkuasa, pemimpin itu minta dibuktikan di mahkamah, dia senyap sebab dia tipu.
Dia bagitahu rakan politiknya, dia nak buat satu PRK dan paksa YB di situ letak jawatan atas sebab yang kabur. Dia tipu, padahal dia nak jadi MB.
Dia tuduh bekas rakannya berlaku jahat sehingga kawannya itu dipecat dari parti. Dia tipu, akhirnya kawan dia yang baik itu menang kes di mahkamah.
Dia kata nak buat tender terbuka jika jadi pemimpin negara. Dia tipu lagi, ramai rakan dia dapat anugerah tender, termasuk tender kepada suami rakannya seorang menteri yang kristian dan juga anak buahnya yang tiba-tiba mendapat jutaan saham.
Dia berjanji akan menghapuskan rasuah sehingga ke akar umbi, tetapi dia bagi baja kepada perasuah dalam kem dia sendiri. Dia tipu lagi.
Dia tipu lagi apabila menjanjikan bantuan kepada pembangkang yang menyokongnya dan kepada yang menentangnya, tiada peruntukan diberi, padahal dahulu janji mahu berikan keadilan kepada semua wakil rakyat.
Dia berjanji tidak akan bagi muka kepada seorang Menteri kerana selalu ambil keputusan yang menangkan bank berbanding rakyat. Dia tipu, dia ambil pula menteri yang dia kata berpihak kepada bank itu, masuk dalam kabinetnya. Sekarang dah masuk jemaah dia.
Dia janji akan berikan hak royalti sebanyak 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak. Macam biasa, dia tipu lagi. Dia tidak beri kepada kerajaan yang sah dipilih rakyat, tetapi kepada agensi lain yang sehingga sekarang, tidak cukup pun jumlah bayaran itu.
Dia pernah tuduh, lawannya menerima rasuah 90 juta daripada perasuah. Dia kononnya baca bukti atas kertas hitam legam tapi tipu, sampai sekarang tidak pernah dibuktikan.
Dia menipu lagi apabila berjanji tidak akan menambah hutang negara, tetapi menjadi semakin banyak.
Bila RM jatuh dulu masa kerajaan lama, dia kata sebab tak pandai jaga negara, masa dia, RM jatuh, sebab Dollar lah, sebab negara luar lah, sebab itu, sebab ini. Dia menipu lagi.
Dia kata tiada arahan kepada hukuman penjara di rumah, dia menipu sebab mahkamah benarkan keputusan dicabar dan akan diputuskan nanti.
Dia menyalahkan pentadbiran lama kerana kegagalan dia, padahal dia yang berjanji macam-macam, kerjanya nak menipu jer.
Tapi akhirnya, penyokong dia beramai-ramai menggelarkan ulamak lawan ketua dia sebagai al-kazzab atau penipu.
Ketua dia yang menipu tak puas-puas, dia tuduh pula orang lain sebagai penipu. Orang Terengganu kata, “dok dang nok mmikir aku….”
Gambar tu, aku cuma bayangkan jika ditanya kenapa AES tidak dihapuskan seperti janji dulu?
Mungkin dia akan jawab sebab saya bukan Menteri Pengangkutan, saya jual petai jer. Cuba bagi saya jadi Menteri Pengangkutan tengok…. Mungkinlah, aku bayangkan jer.
Mohd Nasir Abdullah