Kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah sebuah kerajaan yang berfikiran jauh dan mendahului kepentingan rakyat dalam membuat sesuatu keputusan.
Perkara sebeginilah antara perbezaan ketara yang rakyat dapat menilai dan membezakan dengan kerajaan MADANI.
Kerajaan PN pada ketika itu telah merancang dan melaksanakan beberapa projek utama.
Antara projek yang dilaksanakan termasuk 40 projek tebatan banjir seluruh negara yang menggunakan peruntukan off-budget RM15 bilion seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri yang ke Sembilan (PM9), Datuk Seri Ismail Sabri.
Peliknya PMX, apabila hari ini mengarahkan Perbendaharaan dan Kementerian Ekonomi supaya memberi kelonggaran bagi mempercepatkan peruntukan yang diperlukan, selepas beliau pada 6 Disember 2022 mengarahkan beberapa kelulusan terakhir termasuk projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion dibatal dan dihentikan serta-merta.
Adalah suatu yang menghairankan atas alasan apakah justifikasi beliau bahawa akan berlaku penjimatan RM2 bilion selepas enam projek tebatan banjir ditamatkan.
Saya tertanya-tanya bagaimanakah PMX boleh membuat kesimpulan yang kurang matang berkenaan penjimatan sedangkan projek-projek ini belum lagi bermula ketika itu.
Malahan, saya juga meingatkan kerajaan bahawa negara akan mengalami kerugian yang lebih besar jika projek tebatan banjir yang diluluskan ketika saya menjadi Menteri KASA ditunda.
Hari ini terbukti telahan saya benar apabila kita dilaporkan, negara mengalami Nilai kerugian akibat banjir pada tahun 2023 berjumlah RM755.4 juta atau 0.04 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal, termasuklah kerugian industri pertanian sebanyak RM120.6 juta.
Sudahlah beras tempatan pun susah untuk didapati dipasaran, pengeluaran hasil padi pula terjejas dengan bencana banjir.
Malahan, yang terbaru, banjir di Sabah dan Sarawak menambahkan lagi penderitaan rakyat selepas Kedah, Kelantan dan Terengganu alami banjir yang buruk pada akhir tahun 2024.
Peliknya cara berfikir PMX, selepas terlewat 3 tahun, kini baru tersedar betapa pentingnya projek tebatan banjir yang beliau batalkan dahulu.
Jika beliau tersedar dari awal, tak perlulah beliau menelefon Ketua Pengarah ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) sampai ke tengah malam seperti yang dilaporkan akhbar hari ini.
Tuan Ibrahim Tuan Man