Politik Yahudi Zionis, Peluang Mendapatkan Kuasa Dan Harta

Politik Yahudi Zionis, Peluang Mendapatkan Kuasa Dan Harta

Firman Allah SWT:

وَقَالَ لَهُمۡ نَبِيُّهُمۡ إِنَّ ٱللَّهَ قَدۡ بَعَثَ لَكُمۡ طَالُوتَ مَلِكٗاۚ قَالُوٓاْ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ عَلَيۡنَا وَنَحۡنُ أَحَقُّ بِٱلۡمُلۡكِ مِنۡهُ وَلَمۡ يُؤۡتَ سَعَةٗ مِّنَ ٱلۡمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰهُ عَلَيۡكُمۡ وَزَادَهُۥ بَسۡطَةٗ فِي ٱلۡعِلۡمِ وَٱلۡجِسۡمِۖ وَٱللَّهُ يُؤۡتِي مُلۡكَهُۥ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ ٢٤٧

“Nabi mereka mengatakan kepada mereka, ‘Sesungguhnya, Allah telah mengangkat Talut menjadi rajamu.’ Mereka menjawab, ‘Bagaimana Talut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang dia pun tidak diberikan kekayaan yang cukup banyak?’ Nabi (mereka) berkata, ‘Sesungguhnya, Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.’ Allah memberikan pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” [Surah al-Baqarah: 247]

Selepas beberapa abad, bangsa Yahudi bernegara dengan petunjuk Allah daripada kitab Taurat.

Mereka dipimpin oleh para anbiya’ dan ulama’ berpandukan agama Allah bersama kitab yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:

وَجَعَلۡنَا مِنۡهُمۡ أَئِمَّةٗ يَهۡدُونَ بِأَمۡرِنَا لَمَّا صَبَرُواْۖ وَكَانُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَا يُوقِنُونَ ٢٤

“Dan Kami jadikan dalam kalangan mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami.” [Surah al-Sajdah: 24]

Namun begitu, mereka bersikap khianat dengan meninggalkan hidayah Allah sehingga bertindak membunuh para anbiya’, pemimpin dan raja-raja yang adil. Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ بِغَيۡرِ حَقّٖ وَيَقۡتُلُونَ ٱلَّذِينَ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡقِسۡطِ مِنَ ٱلنَّاسِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ٢١ أُوْلَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ حَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِ وَمَا لَهُم مِّن نَّـٰصِرِينَ ٢٢

“Sesungguhnya, orang-orang yang kufur kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka bahawa mereka akan menerima seksa yang pedih. (21)

Mereka itu ialah orang-orang yang lenyap (pahala) amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh penolong. (22)” [Surah Ali ‘Imran: 21-22]

Malah, mereka turut menjadikan takhta untuk berkuasa mengumpulkan harta sehingga merosakkan negara dan rakyat.

Hal ini berlaku apabila agama Allah dipinggirkan dan ditinggalkan.

Akibat perbuatan tersebut, mereka ditimpakan pelbagai bencana di dunia dan akhirat.

Di dunia, mereka kehilangan kuasa politik dan dijajah oleh kaum yang ganas.

Sehingga akhirnya mereka menjadi hamba atau hidup merempat dalam keadaan yang hina sebagai golongan yang paling dimurkai Allah.

Setelah beberapa abad, mereka berkumpul semula dan menyedari keperluan untuk kembali ke pangkal jalan yang benar sebagaimana yang masih tercatat dalam kitab Taurat yang disambung oleh nabi yang telah diutus untuk memimpin mereka.

Hal ini sekali gus menunjukkan bahawa politik merupakan sebahagian daripada agama Allah yang tidak boleh dipisahkan.

Namun demikian, mereka tetap juga mempertuhankan selain Allah dalam cara hidup mereka, khususnya dengan mengejar harta secara melampau serta mengikuti hawa nafsu yang mengatasi akal.

Islam turut menetapkan keperluan harta sebagai sebahagian daripada Maqasid al-Syariah namun harta berada pada kedudukan terakhir mengikut susunan keutamaan.

Mengikut Maqasid al-Syariah, agama berada di tempat pertama, diikuti nyawa, akal, keturunan, maruah dan diakhiri dengan harta.

Disebabkan harta mempunyai kaitan yang rapat dengan hawa nafsu, manusia cenderung untuk menyalahgunakan harta tanpa berpandukan petunjuk agama Allah (Islam).

Malah, harta juga boleh merosakkan apabila manusia melanggar sempadan halal dan haram.

Maka, di sinilah letaknya kemuliaan manusia yang ditugaskan beribadat dan mentadbir urusan dunia. Firman Allah SWT:

۞وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَٰهُمۡ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلۡنَٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِيرٖ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِيلٗا ٧٠

“Dan sesungguhnya, Kami telah memuliakan anak-anak Adam (manusia), Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami berikan kepada mereka rezeki daripada yang baik-baik, dan Kami melebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” [Surah al-Isra’: 70]

Iman, ilmu dan peribadi yang mulia akan menghasilkan harta yang berkat berpunca daripada keadilan politiknya yang berasaskan taqwa kepada Allah. Firman Allah SWT:

وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ٩٦

“Sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahi mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu. Maka, Kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.” [Surah al-A‘raf: 96]

Namun begitu, apabila amanah politik untuk mentadbir digunakan bagi mendapatkan harta, maka perbuatan itu sudah melampaui atau mencerobohi sempadan yang telah ditetapkan oleh Allah dalam kehidupan manusia.

Inilah sifat yang menyebabkan bangsa Yahudi menjadi bangsa yang paling dimurkai oleh Allah.

Hal ini demikian kerana, banyaknya maksiat dan salah laku yang merosakkan kehidupan manusia berlaku dalam kalangan mereka. Firman Allah SWT:

۞ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلرَّسُولُ لَا يَحۡزُنكَ ٱلَّذِينَ يُسَٰرِعُونَ فِي ٱلۡكُفۡرِ مِنَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَلَمۡ تُؤۡمِن قُلُوبُهُمۡۛ وَمِنَ ٱلَّذِينَ هَادُواْۛ سَمَّٰعُونَ لِلۡكَذِبِ سَمَّـٰعُونَ لِقَوۡمٍ ءَاخَرِينَ لَمۡ يَأۡتُوكَۖ يُحَرِّفُونَ ٱلۡكَلِمَ مِنۢ بَعۡدِ مَوَاضِعِهِۦۖ يَقُولُونَ إِنۡ أُوتِيتُمۡ هَٰذَا فَخُذُوهُ وَإِن لَّمۡ تُؤۡتَوۡهُ فَٱحۡذَرُواْۚ وَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ فِتۡنَتَهُۥ فَلَن تَمۡلِكَ لَهُۥ مِنَ ٱللَّهِ شَيۡ‍ًٔاۚ أُوْلَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يُطَهِّرَ قُلُوبَهُمۡۚ لَهُمۡ فِي ٱلدُّنۡيَا خِزۡيٞۖ وَلَهُمۡ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٞ ٤١ سَمَّـٰعُونَ لِلۡكَذِبِ أَكَّـٰلُونَ لِلسُّحۡتِۚ فَإِن جَآءُوكَ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُمۡ أَوۡ أَعۡرِضۡ عَنۡهُمۡۖ وَإِن تُعۡرِضۡ عَنۡهُمۡ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيۡ‍ٔٗاۖ وَإِنۡ حَكَمۡتَ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِٱلۡقِسۡطِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٤٢ وَكَيۡفَ يُحَكِّمُونَكَ وَعِندَهُمُ ٱلتَّوۡرَىٰةُ فِيهَا حُكۡمُ ٱللَّهِ ثُمَّ يَتَوَلَّوۡنَ مِنۢ بَعۡدِ ذَٰلِكَۚ وَمَآ أُوْلَـٰٓئِكَ بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٤٣

“Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang bersegera (memperlihat) kekufurannya, iaitu antara orang-orang yang berkata dengan mulutnya, ‘Kami telah beriman’, padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dalam kalangan orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita bohong; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendeta-pendeta Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata, ‘Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini, maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikan ini (yang telah diubah oleh mereka) kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik.’ Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apa pun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar. (41)

“Mereka itu sangat suka mendengar berita-berita bohong, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu, jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah daripada mereka; dan kalau engkau berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan dapat memudaratkanmu sedikit pun; dan jika engkau menghukum, maka hukumlah antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (42)

Dan (sungguh menghairankan), bagaimana mereka meminta keputusan hukum kepadamu, padahal di sisi mereka ada kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah, kemudian mereka berpaling pula sesudah itu (daripada hukumanmu)? Dan (sebenarnya) mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman. (43)” [Surah al-Ma’idah: 41-43]

Maka, Allah melantik nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW dari bumi Makkah, di tengah padang pasir yang tandus dan tidak mempunyai hasil bumi.

Baginda diutus untuk membangunkan insan (manusia) berpandukan petunjuk Allah, yang memandu akal dengan ilmu dan kebijaksanaan.

Akhirnya, Baginda berjaya menegakkan negara hidayah, yang seterusnya memajukan dunia melalui kuasa politik dan ekonomi yang adil, serta istiqamah memimpin tamadun manusia selama beberapa abad.

Adapun kefahaman yang menjadikan takhta dan harta sebagai matlamat kejadian manusia dibawa oleh semua ideologi yang dicipta oleh golongan Zionis, seperti Adam Smith, Karl Marx, dan lain-lain.

Ideologi-ideologi ini terus menjadi pegangan yang merosakkan dunia sehingga kini.

Firman Allah SWT kepada umat Islam:

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menunaikan segala jenis amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu supaya menghukum dengan adil. Sesungguhnya, Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya, Allah itu Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (58)

Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah kamu kepada Allah, taatilah Rasul-Nya dan kepada ulu al-amr (ulama’ dan umara’) antara kamu. Kemudian, jika kamu saling berbantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Oleh yang demikian, perkara itu adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (59)” [Surah al-Nisa’: 58-59]

Allah telah meletakkan urusan politik memerintah negara sebagai amanah yang paling besar kepada makhluk manusia, sebagaimana yang dinyatakan oleh firman Allah:

إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَهَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡهَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَٰنُۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومٗا جَهُولٗا ٧٢ لِّيُعَذِّبَ ٱللَّهُ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ وَٱلۡمُنَٰفِقَٰتِ وَٱلۡمُشۡرِكِينَ وَٱلۡمُشۡرِكَٰتِ وَيَتُوبَ ٱللَّهُ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورٗا رَّحِيمَۢا ٧٣

“Sesungguhnya, Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-ganang. Maka, semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan amanah itu dipikul oleh manusia. Sesungguhnya, manusia itu amat zalim dan amat bodoh. (72)

(Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafiq serta orang-orang perempuan yang munafiq, dan orang-orang lelaki yang Musyrik serta orang-orang perempuan yang Musyrik; dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (73)” [Surah al-Ahzab: 72-73]

Allah memerintahkan bapa para anbiya’, Nabi Ibrahim AS meletakkan puteranya Nabi Isma‘il AS di bumi Makkah yang tiada manusia dan sumber hasil bumi, serta mendirikan kiblat umat Islam.

Maka, di sinilah lahirnya nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW kepada seluruh manusia. Allah SWT berfirman:

۞وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِ‍ۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَٰتٖ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِيۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهۡدِي ٱلظَّـٰلِمِينَ ١٢٤

“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia.’ Ibrahim berkata, ‘(Dan aku mohon juga) daripada keturunanku.’ Allah berfirman, ‘Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim.’” [Surah al-Baqarah: 124]

Rasulullah SAW bersabda memberi peringatan kepada umatnya mengenai bahaya apabila amanah dijadikan peluang untuk mengaut harta:

إِذَا كَانَ ‌المَغْنَمُ ‌دُوَلًا، وَالأَمَانَةُ مَغْنَمًا، وَالزَّكَاةُ مَغْرَمًا…

“Apabila harta kekayaan berpusing dalam kalangan tertentu, amanah (memerintah negara) dijadikan peluang mendapat harta, dan zakat dianggap sebagai cukai (bukan lagi ibadat)…” [Riwayat al-Tirmizi, Sunan al-Tirmizi, Abwab al-Fitan, No. 2210, daripada ‘Ali bin Abi Talib]

Sabda Rasulullah SAW:

لَتُنْقَضَنَّ ‌عُرَى ‌الْإِسْلَامِ ‌عُرْوَةً ‌عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ.

“Demi sesungguhnya akan berlaku nanti, ikatan bagi memelihara ajaran Islam (yang teguh) akan dirungkai (dirombak) satu demi satu. Maka, apabila satu demi satu dirungkai menjadikan para penganut Islam berselerak dan berpaut dengan simpulan berikutnya (yang masih ada). Maka, simpulan pertama yang dirombak ialah (pelaksanaan) hukum Islam dan simpulan terakhir yang dirombak ialah (pelaksanaan) solat.” [Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, Tatimmah Musnad al-Ansar, No. 22160, daripada Abi Umamah al-Bahili]

Imam al-Ghazali RH juga menegaskan dalam kitabnya:

الدِّينُ أُسٌّ، والسُّلْطَانُ حَارِسٌ، وَمَا أُسَّ لَهُ فَمَهْدُومٌ، وَمَا لَا حَارِسَ لَهُ فَضَائِعٌ.

“Agama (Islam) itu menjadi asas yang kukuh, adapun pihak yang berkuasa itu pula menjadi pengawasnya. Suatu perkara yang tiada asasnya, pasti akan runtuh (binasa); manakala suatu perkara yang tiada pengawasnya akan hilang.” [Al-Ghazali, al-Iqtisad fi al-I‘tiqad, Hlm. 128]

Ibn Khaldun RH pula menegaskan:

إن التجارة من السلطان مضرة بالرعايا، ومفسدة للجباية.

“Sesungguhnya, kegiatan perniagaan daripada pihak yang memerintah negara itu membawa keburukan kepada rakyat jelata dan merosakkan percukaian.” [Ibn Khaldun, Tarikh Ibn Khaldun, Jilid 1, Halaman 346]

Al-Quran menyebut dua sistem politik memerintah negara iaitu Khilafah (pemimpin yang dipilih) dan al-Mulk (sistem keturunan).

Nabi Dawud AS ialah seorang Khalifah. Adapun Nabi Sulaiman AS dan Zulqarnain ialah raja.

Rasulullah SAW mengekalkan raja-raja yang memeluk Islam di bawah sistem berperlembagaan yang meninggikan syariat.

Malah, Baginda SAW sendiri mengadakan Sahifah Madinah, diikuti oleh para Khulafa’ al-Rasyidin dan raja-raja Islam selepasnya sehingga zaman yang terakhir iaitu zaman sultan-sultan ‘Uthmaniyyah.

Malangnya, umat Islam dan negaranya dijajah apabila berlakunya kelemahan yang diulangi oleh amaran Rasulullah SAW melalui sabdanya:

يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا.

“Hampirlah berlakunya beberapa umat yang lain (bukan Islam) berkumpul mengepung kamu, laksana kumpulan yang mengelilingi hidangan yang lazat dengan bernafsu rakus meratah hidangan yang menyelerakan.”

فَقَالَ قَائِلٌ: وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟

Maka, seseorang dalam kalangan sahabat bertanya, “Adakah jumlah kita (umat Islam) pada masa itu sedikit?”

قَالَ: بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ، وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمُ الْوَهْنَ.

Baginda bersabda, “Bahkan, ketika itu kamu sangat ramai, tetapi kamu laksana sampah sarap yang dihanyutkan oleh air banjir. Allah menghilangkan rasa hebat terhadap kamu daripada perasaan dalam hati musuh kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu perasaan al-wahn (hina dan lemah).”

فَقَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَا الْوَهْنُ؟ قَالَ: ‌حُبُّ ‌الدُّنْيَا، ‌وَكَرَاهِيَةُ ‌الْمَوْتِ.

Lalu seseorang dalam kalangan sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah maksud al-wahn (hina) itu?” Baginda menjawab, “Terlalu cinta akan dunia (kasih akan harta secara melampau dan bernafsu tanpa sempadan) dan takut akan mati.” [Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Malahim, No. 4297, daripada Thawban bin Bujdud]

Allah menciptakan manusia dengan sifat memerlukan harta bagi keperluan hidup mereka bertujuan bagi menunaikan kewajipan beribadat dan mentadbir urusan dunia dengan adil kepada semua.

Akan tetapi, apabila melampaui batas, maka akan merosakkan hidup kerana nafsu tanpa akal seperti binatang yang tujuannya sekadar mencari makan dan memuaskan nafsu tanpa panduan akal.

Sehingga berlakunya perangai yang diberi amaran oleh Allah sebagaimana firman-Nya:

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَـٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ ١٧٩

“Dan sesungguhnya, Kami jadikan untuk (isi Neraka Jahanam) kebanyakan daripada kalangan jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, (tetapi) mereka tidak mempergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah). Mereka mempunyai mata, (tetapi) mereka tidak mempergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah). Dan mereka mempunyai telinga, (tetapi) mereka tidak mempergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” [Surah al-A‘raf: 179]

Firman Allah SWT lagi:

قُلۡ هَلۡ أُنَبِّئُكُم بِشَرّٖ مِّن ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ ٱللَّهِۚ مَن لَّعَنَهُ ٱللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيۡهِ وَجَعَلَ مِنۡهُمُ ٱلۡقِرَدَةَ وَٱلۡخَنَازِيرَ وَعَبَدَ ٱلطَّٰغُوتَۚ أُوْلَـٰٓئِكَ شَرّٞ مَّكَانٗا وَأَضَلُّ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ ٦٠

“Katakanlah, ‘Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Iaitu orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkai-Nya, dan orang-orang yang dijadikan antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul.’” [Surah al-Ma’idah: 60]

Inilah penyakit yang menimpa kaum Yahudi yang menjadikan mereka mahu menakluki dunia dengan nafsu kebinatangan.

Sehinggakan, merompak kuasa dan harta dengan melampau serta membunuh sesama manusia.

Bahkan, mereka berbangga dengan sejarah silam mereka yang meninggalkan petunjuk Allah.

Akibatnya, dunia berubah kepada zaman penjajahan yang mengganas.

Fahaman ajaran salah yang dianutnya dibawa ke dalam umat Islam yang pernah dijajah.

Walaupun penjajah itu sudah keluar, tetapi fikiran dan kefahaman kita masih dijajah.

Maka, perjuangan kita belum selesai selagi tidak kembali kepada Islam.

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS

Minda Tok Guru