Walanon keluarkan isu baharu, sehari dua ini.
Dakwa mereka Tuanku Sultan Mizan ucap terima kasih kepada Kerajaan Madani atas bantuan yang diberi.
Konon nak main isu Kerajaan Negeri di bawah PAS tidak reti nak berterima kasih, tak sedar diri dibantu Pusat.
Sedangkan Tuanku sendiripun berterima kasih.
OK, gini. Baca baik-baik. Dr Sam juga telah banyak kali berterima kasih dengan segala yang diberikan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini.
Apa sahaja yang wajib Kerajaan Pusat tanggung, dia akan kata terima kasih atas bantuan Pusat.
Dan walaupun duit royalti tidak diberikan secara sah kepada Kerajaan Negeri, serta diserahkan dengan tidak cukup nilai dan juga kepada agensi Kerajaan Pusat, bukan negeri, tetap Dr Sam ucapkan terima kasih. Kerana apa?
Kerana Tuanku Sultan Mizan dan Dr Sam dididik dengan akhlak dan adab yang mulia oleh ibu bapa mereka dan mempunyai guru-guru yang hebat, serta keduanya beramal dengan bersungguh-sungguh dengan apa yang diajarkan.
Mereka ucapkan terima kasih atas pemberian itu sebab semua yang diberikan kerana ia akan pulang kepada rakyat Terengganu juga.
Tiada salah apabila mengucapkan terima kasih, tiada hina dan tiada ruginya.
Pernah dalam satu kisah, Imam Syafie memeluk seorang bukan Islam yang agak selekeh apabila berjumpa dan mengucapkan terima kasih semata-mata beliau pernah diajar berkenaan perbezaan anjing oleh orang itu.
Bayangkan jika ada pemberian yang lebih besar dari itu, bagaimana sepatutnya akhlak seorang muslim.
Manakala tidak pernah kita mendengar sebarang ucapan terima kasih daripada negeri-negeri PH yang nyata mengambil dan merompak hasil masyhul negeri Terengganu Darul Iman pimpinan Dr Sam di bawah naungan Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin. Pernah ke?
Malah walanon-walanon yang mendapat elaun dari parti-parti mereka hasil dari menyedut sumber asli dari negeri Terengganu sebahagiannya melalui JKOM misalnya.
Mereka mungkin tidak diajar oleh kedua ibu bapa mereka serta guru-guru mereka tentang adab berterima kasih, jangan mencuri, jangan menghina orang yang membantu apatah lagi mereka itu golongan yang mempertahankan agama Islam.
Ataupun mungkin juga mereka telah diajar secukupnya oleh ibu bapa mereka serta guru-gurunya tetapi kemudiannya terpengaruh dengan pimpinan politik PH yang jahat, kurang ajar, penipu dan zalim itu setelah mereka berkawan dan menjadi pengikut.
Saling tak tumpah walanon dan pimpinan PH ini dengan kumpulan penceroboh haram tanah wakaf masjid dan tanah hutan simpan di Raub.
Dan aku rasa yang kedua ini lebih sesuai sebagai alasan kekurangan ajar, tidak ada adabnya mereka semua.
Bukan tahu malu, sebaliknya dimarahi dan hina pula kepada empunya tanah wakaf dan tanah kerajaan.
Kemudian mendakwa teraniaya sebelum meminta ganti rugi dengan jumlah yang besar.
Tak ada beza mereka semua ini dengan walanon dan pimpinan PH.
Patutlah tak tahu berterima kasih dan bersyukur. Buruk benar akhlak mereka.
Mohd Nasir Abdullah