Sidang Dun Terengganu kali ini telah melaporkan bahawa hampir 40,977 lot tanah kediaman dan pertanian telah berjaya diagihkan oleh Kerajaan Terengganu kepada rakyatnya semenjak mengambil alih pentadbiran Mei 2018 sehingga sekarang.
Ia termasuk tujuh ribu lot ‘tanah terkilan’ yang mana tanah ini telah diberikan oleh Kerajaan Negeri di bawah PAS pada tahun 2000 dan ada yang belum dapat ditukar milik, kemudiannya dirampas semula oleh BN setelah menang semula PRU-11 pada tahun 2004.
Bagi PAS ia dikira sebagai kezaliman oleh BN yang merampas hak rakyat dengan berbagai helah.
Begitulah komitmen Kerajaan Terengganu di bawah PAS kerana berjanji untuk mengembalikan tanah-tanah itu kepada yang berhak.
Agak malang, ada juga penama yang telah meninggal dunia sebelum PAS menang semula. Lalu diberikan kepada waris yang berhak.
Paling mengharukan, ada waris yang menolak tawaran itu kerana merasa ada yang lebih memerlukan. Begitulah akhlak mulia.
Ia tidak berlaku pemberian secara pukal di negeri-negeri lain selain dari negeri yang diperintah oleh PAS.
Malah tidak cukup pula tanah mereka teroka secara haram, samada mahu mendirikan sesuatu yang pada pandangan mereka ‘mulia’ ataupun mahu menjarah tanah bagi menyedut sumber tanah itu, samada tanaman mahupun galian.
Lebih ajaib, setelah puluhan tahun, ia seperti tidak disedari oleh pihak berkuasa di situ.
Bagaikan tiada yang memberi amaran. Yang kita takut, jika ada ‘duit kopi’ sebagai ‘yuran’ belakang tabir.
Tidak seperti negeri-negeri PAS sangat bertuah kerana setiap kali walaupun hanya berita palsu berkaitan pencerobohan tanah seperti di Kedah kerana REE, di Kelantan kerana balak, maka hiruk pikuk orang akan bising, marah.
Jadi pihak berkuasa di negeri-negeri tersebut segera sedar, bertindak dan respon walaupun palsu.
Hingar bingar mereka itu, ibarat penggera yang membingitkan telinga ramai apabila berlaku pecah rumah atau kereta, menyedarkan tuannya.
Jadi agak sibuk pegawai Pejabat Hutan serta juga Pejabat Tanah dan Galian. Tetapi pencerobohan berjaya disekat.
Rakyat di negeri-negeri PAS dimuliakan oleh Kerajaan Negeri dengan mengambil tanggungjawab menjaga tanah dari diceroboh.
Rakyat juga diberikan tanah bagi yang layak sebagai harta.
Bekas tentera juga mendapat hak memiliki semula tanah walaupun pernah dinafikan oleh BN di Terengganu pada 2004 seperti yang berlaku di RTB Pengkalan Merbau, Setiu.
Sedangkan tidak kurang manusia yang tidak pandai bercakap bahasa Malaysia telah lama mendapat tanah.
Manakala kebimbangan kita jika anggota tentera yang telah berkhidmat demi negara, masih ada di negeri-negeri lain merintih mengharapkan ihsan tanah untuk keluarga mereka.
Betapa hinanya sesebuah kerajaan dilihat rakyat apabila gagal menjaga tanah milik negeri sehingga dijarah sebegitu rupa oleh penceroboh.
Kemudiannya mereka pula meletakkan bahasa undang-undang itu salah ditafsir, bukannya mereka yang salah menceroboh.
Dalam masa yang sama, mereka sibuk menuding jari kepada negeri-negeri PAS.
Pada setiap kali PRU, menu hidangan bagi memancing rakyat yang digunakan oleh BN dan kini PH, ialah akan memberikan tanah.
Sebaliknya bila menang, ada puak lain yang mendapat tanah, bukan rakyat yang mengundi mereka.
Inilah yang patut diketahui dan dibuat oleh rakyat negeri bukan di bawah PAS bahawa mereka perlu menyatakan pendirian mereka untuk menghentikan penipuan bersiri ini.
Ia benar-benar bagaikan satu penghinaan kepada rakyat.
Lihatlah dengan mata sendiri akan apa yang sedang berlaku di sekeliling berkaitan dengan tanah di negeri-negeri mereka.