Bila Kalah Fakta, Peribadi Diserang

Bila Kalah Fakta, Peribadi Diserang

Adinda saya Sabri Mamat ada menulis secara ringkas sahaja berkenaan rancangan MB Terengganu untuk menubuhkan Petroleum Terengganu dalam sesi penggulungan Sidang Dun pada Khamis.

Ia sekadar makluman strategi Kerajaan Terengganu oleh MB, Dr. Sam.

Kebetulannya kami sedang berehat di luar dewan sambil minum air dan menonton sesi penggulungan itu semalam.

Sabri sibuk mencatat isi-isi penting ucapan MB yang kemudiannya diproses dalam bentuk tulisan dan menjadi begitu viral dengan ribuan tanda suka dan ratusan perkongsian oleh pembaca.

Lalu ia segera mendapat respon dari orang kuat PH di Kuala Lumpur yang kita maklum, tidak akan senang melihat apa-apa hal positif yang dirancang dan berlaku di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.

Kedah dan Terengganu yang kaya itu adalah sasaran utama mereka setelah Kelantan semenjak 35 tahun dahulu gagal dijatuhkan.

Perlis tiada apa-apa bagi mereka.

Apa yang melucukan dari komen mereka terhadap tulisan Sabri ialah dakwa mereka Sabri ‘bukan pakar ekonomi atau O&G’ tetapi hanya seorang penjual air Kagen dan lantikan politik sahaja.

Jelas dan nyata kebodohan mereka berada ditahap terendah berbanding semua manusia yang bodoh.

Sabri memang bukan pakar O&G, tidak ada sepatah perkataanpun dia mendakwa begitu.

Beliau hanya mengulangi apa yang diucapkan oleh MB dalam sesi penggulungan.

Dia bukan mengulas secara teknikal berkenaan bagaimana perancangan itu mahu dijalankan.

Baca semula apa yang Sabri tulis, sangat jelas, pendek dan padat, ulangan berkenaan isi ucapan MB.

Tidak perlu kepada pakar untuk menulis sebegitu semua orang boleh ulang semula isi ucapan MB.

Sama seperti wartawan, mereka menulis apa yang diucapkan oleh tokoh untuk mereka membuat berita atau ulasan berkenaan isu minyak dan gas misalnya.

Mereka tidak akan menulis berkenaan teknikal sebab semua orang tahu wartawan bukan pakar O&G.

Dan jika mereka mahu mengatakan Sabri lantikan politik sebagai menunjukkan pandai kerana menulis tentang hal ini yang diambil terus dari MB semalam, jadi siapakah mereka?

Mereka juga menulis dan mengulas berkenaan rancangan kerajaan PH.

Adakah mereka juga pakar?

Atau sekadar walanon yang dibayar untuk memperbodohkan rakyat?

Atau lebih malang lagi, jika tidak berbayar, apa pun tidak dapat.

Malah dapat dosa atas fitnah itu.

Jadi benarlah sebagaimana maklumat yang kami perolehi, ‘cybertroopers’ PH sekarang tidak akan membiarkan sahaja fakta-fakta berguna dari PN untuk dihadam oleh rakyat.

Mereka ditugaskan menghalangnya.

Dan strategi mereka sekarang ialah menyerang peribadi ataupun keluarga.

Dan apabila sudah masuk fasa menyerang peribadi, maka kita faham yang mereka sudah tidak ada fakta untuk menyanggah.

Hanya menghina, mengejek, memperlekeh.

Jelas dan terang ia bukan dari Islam. Mungkin idea dari si kafir.

Sejak bila Rasulullah menyerang peribadi lawan?

Pesan Dr. Sam, jangan dilayan apa yang akan mengembangkan perkara negatif.

Kita jalan terus maju ke depan dengan keyakinan yang positif.

PETROLEUM TERENGGANU telah menyebabkan menggelupur walanon di sana sini.

Tanah di Raub diteroka secara haram, mereka tak kisah, tetapi mahu terokai sumber negeri secara sah di negeri dan kerajaan sendiri, tiba-tiba mereka menjadi sawan gila babi.

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis