Dengar-dengar kata Penerangan Umno Terengganu sudah tak larat nak menyerang Kerajaan PAS di Terengganu.
Umno nak reka isu, rasa malu sebab nampak sangat dia tak cerdik kerana tiada isu.
Lalu dia gunakan pihak ketiga untuk timbulkan isu-isu bodoh.
Jadi kalau ada serangan balas dari rakyat yang benci hal-hal bodoh ni, yang akan kena jadi bahan kutukan, pihak ketiga tu lah. Di sini Umno Terengganu agak cerdik.
Supaya isu sentiasa ada walaupun mengarut, supaya tidak dilihat Kerajaan PAS Terengganu suci bersih, tidak diserang langsung oleh Umno.
Nanti dekat PRU Umno akan keluarkan isu-isu berat yang boleh menjatuhkan PAS Terengganu seperti Presiden PAS mandi bogel dalam kolah Masjid Rusila, isu solat dua imam, isu Amanat Haji Hadi, isu Memali dan isu kafir mengkafir.
Sejarah menunjukkan isu-isu pernah menjatuhkan PAS beberapa kali sekitar tahun 1980 dan 90-an.
Ia masih segar dalam lipatan kenangan Umno Terengganu.
Sementara ini tugasan menggembar gemburkan keharmonian negeri diambil oleh CT-CT Umno yang sangat genius, sampaikan tak tahu mana kuasa Kerajaan Pusat dan mana kuasa Kerajaan Negeri, yang mana bahaya kepada kesihatan, yang mana nak untung cukai, yang mana tanah kerajaan, yang mana tanah orang.
Sumber dalaman Umno juga mendakwa, isu pengakuan oleh DAP berkenaan penggabungan mereka yang dilaungkan oleh Nga Kor Meng ‘UMDAP, UMDAP, UMDAP MANTAP’ itu, telah membuatkan ramai orang Umno berubah berwajah seperti wajah cicak tertelan kapur.
Akan tetapi demi survival Umno, walau menjadi budak kepada DAP, mereka terpaksa akur dengan pilihan orang tua mereka, Zahid Dan Tok Mat yang berkeras mencintai DAP sepenuh jiwa dan raga dan berkahwin, walaupun terpaksa nikah di seberang tanpa sijil sah.
Oleh itu sehingga setakat ini, buat makluman ahli-ahli Umno Terengganu, kamu terpaksa menerima dahulu spesis yang tidak cerdik menjadi pejuang maya Umno.
Nanti dekat PRU, Umno Terengganu akan bangkit semula melawan.
Mohd Nasir Abdullah