Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru

Ambil satu hari kehidupan beliau. Dimulakan dengan bangun malam.

Berqiyamullail, solat-solat sunat, baca al-Quran, Berzikir, Solat Subuh berjemaah di Masjid.

Berzikir, Baca Quran, Aktiviti awal pagi yang ini pun kita dah jauh terkebelakang berbanding beliau.

Dalam satu hari, berapa banyak solat sunat yang beliau lakukan, berapa banyak ayat al-quran dibaca, berapa banyak kitab beliau tela’ah, berapa puluh muka surat beliau menulis mengenai agama, masyarakat, politik dan sebagainya.

Yang ini pun kita terkebelakang.

Belum dikira hari beliau mengajar.

Berapa banyak perkataan nasihat, ayat-ayat Quran, hadis nabi, huraian kitab ulamak – berapa banyak ilmu disampaikan kepada ummah – yang menjadi pedoman hari ini dan masa depan – yang kelak menjadi amal jariyah kepadanya.

Yang ini pun kita kalah.

Itu amal kebaikan yang beliau buat.

Sehari yang beliau lalui, kalau nak compare dengan kita – jauh beza banyak.

Inikan pula beliau istiqamah buat hari-hari.

Umurnya dari muda sampai tua begitulah basic kehidupannya samada menang atau kalah dalam pilihanraya, jadi menteri atau tidak.

Kita pulak umur belum tentu boleh hidup sepanjang umur beliau, tapi amal baik entah setakat mana saja.

Tapi, para haters sibuk mencari kesalahan beliau dan memperopagandakannya sebagai orang jahat, ulamak jahat, musuh yang wajib dilawan, dicaci fizikalnya, dihamun lontaran ideanya – seolah-olah tak ada kebaikan yang beliau buat.

Cuba ambil sehari dalam kehidupannya, berapa patah perkataan caci maki dan menghamun orang yang beliau ucapkan? Tak ada.

Dalam seminggu pun tak ada.

Cuma sekali sekala ada wartawan tanya, dia jawab dalam bentuk perumpamaan – tetapi ditwist oleh haters sebagai suka menggelar orang sebagai haiwan.

Kalau itu pun dianggap kesalahan, hanyalah dalam beberapa minit dan beberapa patah perkataan sahaja.

Sedangkan para haters beliau setiap hari mencaci, mencerca beliau dalam ruang-ruang komen di media sosial.

Bandingkan kejahatan dan dosa kita dalam sehari dengan amal baik kita.

Bandingkan pula dengan nisbah kebaikan beliau dengan kesalahan beliau. Dalam masa sehari. Dalam masa seminggu. Sebulan. Setahun.

Nyata kita jauh hanyut.

Umur belum tentu panjang untuk kita banyakkan ibadat dan amalan baik, tetapi duk pulun maki hamun sosok yang kita sendiri yang buat kesimpulan buruk.

Kalau kita nampak seseorang penjahat pun kita tak boleh maki hamun dia kerana kita tak tahu pengakhirannya, inikan pula orang yang selalu buat baik dan selalu mendekatkan diri kepada Tuhannya.

Apakah kita perasan Tuhan menyokong caci maki kita terhadapnya, sampai selamba dan bangga mencari orang?

Hatta sosok PMX pun kita tak boleh caci maki sampai tak ada sempadan.

Kita tak tahu bagaimana rapat atau tidak hubungannya dengan Tuhan.

Itu rahsia Tuhan yang kita tak tahu.

Andaikata di sisi Tuhan dia sangat dikasihi kerana beberapa amalan dan hatinya, kita pula duk pi maki dia – apakah kita boleh rasa kita selamat dan mulia?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Motivasi