Perkembangan Terkini Konflik Iran Israel

Perkembangan Terkini Konflik Iran Israel

Awal pagi tadi (waktu tempatan), tentera udara Amerika Syarikat telah mengebom fasiliti nuklear Fordow, Natanz dan Isfahan di Iran.

Dilaporkan bahawa pesawat pegebom “stealth” tentera Amerika Syarikat telah mengugurkan 5-6 buah “busker bunker bomb” GBU-57 ke atas fasiliti nuklear Fordow di Qoms manakala kapal selam tentera laut Amerika Syarikat melancarkan 30 peluru berpandu Tomahawk mengebom fasiliti nuklear di Natanz dan Isfahan.

Menurut media utama Iran IRIB, tidak ada kerosakan yang “tidak dapat dipulihkan semula” di fasiliti nuklear Fordow dengan hanya pintu masuk dan keluar fasiliti nuklear tersebut di bom tentera udara Amerika Syarikat.

Dilaporkan bahawa semua bahan berbahaya termasuk uranium yang diperkayakan telah dipindahkan daripada semua fasiliti nuklear di Iran termasuk di fasiliti nuklear Fordow dan tidak ada risiko berlaku kebocoran radiasi berikutan pengeboman tentera udara Amerika Syarikat.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dalam kenyataan terbaharunya selepas pengeboman fasiliti nuklear Iran menyatakan jika perdamaian tidak dilakukan segera, akan ada lagi yang akan disasarkan di Iran.

Beliau turut menyatakan jika Iran bertindakbalas, ia akan menerima akibat yang lebih besar dari apa yang berlaku hari ini.

Perdana Menteri negara haram Israel secara langsung mengucapkan terima kasih kepada Donald Trump dengan menyatakan”power comes first, then comes peace”.

Beliau turut menyatakan bahawa serangan Amerika Syarikat dikoordinasi bersama regim penjajah Zionis Israel.

Bekas Menteri Pertahanan negara haram Israel berkata Donald Trump telah mengambil langkah berani untuk negara haram Israel dan seluruh dunia dengan dunia sekarang adalah lebih selamat.

Ketika ini semua pengkalan tentera Amerika Syarikat yang berada di Timur Tengah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.

Mengikut laporan media Rusia TASS, beberapa buah negara di Timur Tengah amat bimbang akan berlakunya perang berskala besar dan menyatakan kesediaan untuk menyokong Iran.

Ketika ini Donald Trump mula dikecam hebat oleh ahli Kongres Amerika Syarikat kerana mengebom Iran tanpa kelulusan Kongres Amerika Syarikat.

Dijangka Iran dan “Axis of Resistant” akan bertindakbalas terhadap serangan Amerika Syarikat ke atas Iran tidak lama lagi.

“Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin”

YB Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Pengerusi Lujnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat.

Dunia Islam