Memperjuangkan pembentukan Negara Islam bukan sahaja kekal relevan di era kecerdasan buatan (AI), malah peranannya semakin mencabar, demikian tegas Nushi Mahfodz dalam satu sesi perkongsian bersama alumni sebuah universiti tempatan baru-baru ini.
Dalam majlis yang menghimpunkan tokoh profesional, ahli politik dan aktivis gerakan Islam itu, Nushi memulakan bicara dengan soalan terbuka bagi mencungkil aspirasi dan harapan para peserta.
Beliau menjelaskan, setiap pertemuan hanya akan benar-benar bermakna jika ia menjawab keperluan pendengar.
โMemperjuangkan Negara Islam adalah kesinambungan misi para Rasul dan Nabi, yang wajib diteruskan hingga akhir zaman,โ tegas beliau.
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ ๐ ๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ฎ
Berkongsi pengalamannya ketika bertugas selama 33 bulan di Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebagai Pegawai Tugas Khas Kanan, Nushi mendedahkan bagaimana wacana antarabangsa sering diwarnai naratif yang mempertikai konsep Negara Islam.
Dua kali beliau mengiringi Menteri Agama ke persidangan antarabangsa, di Riyadh dan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kedua-duanya membawa mesej yang sama: menganggap Negara Islam sudah tidak relevan, cukup sekadar negara bangsa.
Lebih membimbangkan, terdapat segelintir individu bergelar โulamaโ yang diundang untuk memomokkan gerakan Islam, melabel mereka sebagai khawarij atau ekstremis.
Sebaliknya, ideologi liberal dan pluralisme agama diangkat serta disanjung, malah segala yang datang dari Barat diberi nilai lebih tinggi berbanding prinsip Islam itu sendiri.
๐๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ป๐ฎ๐ธ ๐ฃ๐ถ๐บ๐ฝ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป
Antara isu yang turut dibangkitkan oleh peserta ialah fenomena anak pimpinan parti Islam yang keliru dalam pegangan fikrah.
Mengulas perkara itu, Nushi menegaskan bahawa iman tidak diwarisi, dan anak-anak pemimpin menghadapi cabaran tersendiri.
โMereka membesar dalam suasana melihat ayah yang diuji dengan tekanan ekonomi, masa berkualiti bersama keluarga yang terhad, cemuhan musuh, dan kadangkala ujian daripada rakan seperjuangan sendiri,โ katanya.
Bagi beliau, kekuatan ikatan usrah, melalui konsep taaruf, tafahum dan takaful, amat penting untuk memelihara generasi muda ini agar terus berpegang pada perjuangan.
๐๐บ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ด๐ฎ๐ฟ ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐๐๐๐ฟ
Mengakhiri ucapannya, Nushi mengingatkan generasi profesional muda yang semakin sibuk dengan kerjaya agar tidak terputus hubungan dengan jamaah walau dalam kapasiti yang kecil.
โYang utama, jangan terperangkap dengan racun propaganda musuh yang mahu memecahbelahkan kita, sama ada antara salaf dan khalaf, ulama dan profesional, atau mana-mana kelompok dalam saff perjuangan,โ tegas beliau.
Beliau turut memuji jiwa besar para tok guru yang berlapang dada memperkenalkan konsep kerajaan teknokrat demi kelangsungan perjuangan Islam.
Bagi Nushi, perjuangan ini bukan tentang siapa yang memimpin, tetapi sejauh mana istiqamahnya seseorang itu dalam mengangkat panji Islam di bumi.
