Sebelum aku ulas berkenaan dua isu hangat hari ini sehingga PMX sendiri turun mencemar diri menjadi cybertrooper PHBN iaitu FELDA dan surat sokongan, aku ada satu soalan berkenaan tangkapan di spa baru-baru ini.
Menurut PDRM, tindakan tidak boleh diambil kerana kesukaran untuk mendakwa atas sebab tiada yang mengaku menjadi mangsa.
Manakala empunya spa, langsung tidak boleh didakwa kerana perbuatan seks songsang itu, mereka tidak tahu dan berada di luar kawalan mereka. .
Ia turut diakui oleh Menteri Agama dalam satu sidang media berkenaan isu terbabit.
Tetapi, tiba-tiba, hari ini dalam masa orang sibuk melihat gelagat PMX yang mahu mengalih isu berkenaan surat sokongan pembantu beliau, ada seorang Timbalan Menteri yang juga pemimpin PKR mendakwa sudah menjalankan siasatan dalaman dan mengambil tindakan terhadap seorang pegawainya yang terlibat dalam isu seks songsang di sauna itu, diarahkan meletakkan jawatan serta merta.
Kita ucapkan syabas dan tahniah, tetapi, soalannya, adakah PDRM tidak cekap kerana gagal mendakwa pesalah itu?
Atau mungkin akan ada orang kata PDRM sengaja mencipta alasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap orang kena tangkap itu?
Ataupun nanti orang fikir, Timbalan Menteri ini lebih cekap dari polis dalam menyiasat skandal seks songsang ini?
Jika betul ada pelaku seks songsang yang telah disiasat, didapati bersalah dan dihukum oleh beliau, kenapa tidak diserahkan kakitangan itu kepada pihak polis, supaya dia dan yang lain juga boleh didakwa?
Dan kita harap supaya Timbalan Menteri ini dihantar juga ke pejabat-pejabat kerajaan yang lain yang ada kakitangan atau pegawainya yang ditangkap tempohari, supaya dijalankan siasatan pula di kementerian itu.
Atau yang kita takut, jika kakitangan yang diarahan berhenti itu disoal siasat, akan ada lagi nama-nama lain yang keluar.
Tetapi harapnya kalau betul, tiada figura yang kita kenal.
Mohd Nasir Abdullah
