Dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan, ternyata mereka konon-kononnya bimbang kerana DAP diberikan kuasa mengawal Wilayah Persekutuan dengan lantikan kepada Hannah Yeoh dan timbalannya, Lo Su Fui dari PBS.
Kemudian isu kaum ditimbulkan, juga oleh sesama pakatan mereka.
Melihat kepada gelagat mereka ini, kelihatannya mereka tidak berpuashati terhadap keputusan PMX dalam rombakan ini.
Bagi mereka penting Wilayah Persekutuan mesti dijaga oleh golongan Melayu Islam kerana nanti ada beberapa perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal Islam kerana Wilayah Persekutuan akan berada di bawah YDPA sebagai Ketua Agama.
Konon risau mereka.
Akan tetapi hakikat yang sangat mudah untuk kita hadam ialah, ini adalah lebih kepada rebutan kedudukan, kerana itulah asas perjuangan mereka, mengejar jawatan dan harta.
Ia tidak terkait dengan isu agama mahupun bangsa.
Tidak sedikit bukti bahawa merekalah yang telah menjadikan bangsa sendiri sebagai bangsat kerana kegilaan mereka mengejar jawatan.
Sehingga akhirnya dibuang oleh rakyat.
Isu mahkamah membatalkan rayuan Kerajaan Kedah tidak membenarkan aktiviti perjudian di premis-premis perniagaan di negeri itu, tidak disambut oleh Umno dan PH.
Ini sungguh menghairankan.
Mereka lebih sibuk berkomentar ketidakpuasan hati mereka dalam isu rombakan kabinet baharu beberapa hari lepas.
Akan tetapi isu judi ini, tidak mendapat tempat langsung oleh mereka.
Bagaimana dahulu, merekalah yang gegak gempita melaungkan bahawa PAS disokong tauke judi dalam kempen pilihanraya, menghadapi PH.
Penipuan itu, walaupun hanya dipercayai oleh golongan mereka, namun, mereka berterusan menyatakan hal itu.
Konon dengan membawa bukti gambar tauke judi, Vincent Tan bersama Dr Sam di atas sebuah kapal itulah pakatan antara PAS dan tauke judi.
Sedang dalam masa yang sama, Vincent Tan dan juga Nallakarupan kedua-duanya adalah kawan baik PMX sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu, tidak pernah dinafikan.
Dan juga logik yang sangat mudah ialah, bagaimana tauke judi sanggup memberi dana politik kepada PAS yang mereka tahu akan mengharamkan judi mereka nanti?
Dan benar, PAS secara konsisten mengharamkan judi di negeri-negeri yang mereka kuasai menggunakan kuasa-kuasa terhad dan tertentu yang ada pada mereka diperingkat negeri.
Akan tetapi kemudiannya setelah dibawa ke mahkamah kes penutupan premis judi di Kedah ini, maka mahkamah memutuskan Kedah tidak boleh menghalang aktiviti judi di negeri mereka kerana lesen perjudian, dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan yang dikuasai oleh PMX.
Mandat diberikan oleh rakyat digunakan PAS untuk melakukan amar makruf, nahi mungkar, satu amalan yang dilakukan oleh semua para nabi dan rasul.
PAS hanya menjadi penyambung warisan para anbiya ini dengan menjadikan ia sebagai asas permulaan penubuhan PAS dahulu.
PAS dengan jelas dalam kempen-kempen mereka memberitahu bahawa, undi PAS akan dapat pahala dan ia dijelaskan oleh almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengapa dapat pahala jika mengundi PAS.
Ia kerana PAS akan menghalang maksiat seperti judi dan riba daripada terjadi negeri-negeri yang PAS kuasai.
Apabila maksiat terhalang, maka kita akan mendapat pahala.
Semudah itu matematik pahala dalam mengundi.
Dan sekarang, sepatah haram tiada langsung suara sokongan kepada Kerajaan Kedah dari pihak PH dan Umno, sedangkan mereka mendakwa yang mereka juga pejuang agama Islam, mahu melawan PAS yang mereka fitnah sebagai sesat, tetapi Allah membuktikan sebaliknya.
Pastinya bergembira tahi-tahi judi di Kedah kerana perjuangan mereka mendapat restu PH dan Umno yang sememangnya tiada niat langsung mahu menghapuskan judi.
Tak percaya? Lihat negeri-negeri yang mereka kuasai, sudah puluhan tahun, langsung tiada hasrat menutup premis judi sehingga sekarang.
Itukah tanda kekuatan iman mereka dan hormat kepada suruhan Allah?
Atau mungkin kerana bantahan itu didalangi DAP sebagaimana laporan Harakah, maka mereka terpaksa mendiamkan diri?
Mohd Nasir Abdullah
