Ada orang kata semalam pembangkang buat silap besar sebab tidak mengundi menentang usul menghadkan tempoh menjawat jawatan PM maksimum selama 10 tahun.
Akibatnya, usul kerajaan itu kalah dengan kurang dua undi dari jumlah dua pertiga kerana AP PH sendiri ramai yang tak hadir.
Ada yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya, ada yang berada di hospital.
Kemudian mereka dilihat sesama mereka kononnya berbalah, salah menyalahkan.
Alah, plot twist yang mudah.
Takkan PH tak keluarkan arahan kepada semua untuk hadir mengundi usul sepenting itu dan mestilah Speaker akan maklumkan bila nak mengundi.
Lepas tu mereka buat-buat bertelagah sesama mereka.
Kemudian, sebahagian daripada mereka berkata kekalahan usul ini sebenarnya akan memberikan PMX masa yang lebih lama menjadi PM.
Itu yang mereka mahukan, dakwa mereka, yang tidak hadir mengundi dari kalangan AP yang menyokong PH.
PMX dikatakan menang strategi ini, dengan pembangkang telah melakukan kesilapan kerana sebenarnya PH memang mahu kekalkan DS Anwar sebagai PM.
Eh, silap tu bang. Pembangkang tak sokong sebab penggal depan ni Dr. Sam yang akan naik jadi PM insya-Allah.
Jadi kita memang nak kekal lama Dr. Sam untuk jadi PM, sebab masih muda, berakhlak baik, tidak dendam, tidak menipu manifesto.
Maka pembangkang tak undi menolak atau menyokong usul had menjadi PM hanya 10 tahun, kerana rakyat Malaysia nak pakai lama Dr. Sam tu.
Apa yang membuatkan mereka sangat yakin bahawa PMX akan kekal pada penggal depan sebagai PM yang mereka kata begitu?
Untuk DS Anwar, rakyat mahu dia jadi PM sepenggal sahaja, tak sampai 10 tahun.
Tak tengok ke sambutan terhadap Dr. Sam bila dilantik menjadi Pengerusi PN?
Rakyat Malaysia sekarang sedang bersiap-siap nak angkat PM baru dari PAS.
Mohd Nasir Abdullah
