Semalam berlaku kekecohan dalam Sidang Dun Selangor.
Puncanya, Adun Taman Medan, YB Afif Bahardin, bangkit membawa usul untuk menghadapkan YB Wong Siew Ki, Adun Seri Kembangan, ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Dah lah usul tu ditolak tanpa sebab yang munasabah oleh Speaker, cubaan YB Afif nak bawa semula usul tu tak dibenarkan oleh Speaker.
Lagi dasyat, akhirnya YB Afif yang cuba mempertahankan titah Sultan Selangor digantung 3 hari daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.
Ceritanya macam ni, pada hari Isnin 20/4/26 DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam titah ucapan Baginda dengan jelas menegur beberapa pihak yang masih mahu penternakan bab! dilaksanakan dalam Negeri Selangor.
Kalau ada pihak masih tak faham, berikut adalah ayat dalam titah Baginda Sultan Selangor;
“Baru-baru ini, Beta telah menitahkan agar ternakan babi tidak diadakan di negeri Selangor. Namun demikian, masih terdengar rungutan dari beberapa pihak yang seolah-olah tidak berpuas hati dan enggan untuk mematuhi titah Beta.” (Rujuk hansard)
Kan jelas tu Sultan Selangor sebut, ada pihak masih tak puas hati dan enggan mematuhi titah Sultan Selangor.
Kemudian pada 23/4/26 hari Rabu, Adun Seri kembangan Wong Siew Ki dalam ucapan membahas titah DYMM Sultan Selangor, dengan jelas mempertikai titah Sultan Selangor;
“Seri Kembangan memohon ampun Tuanku menyembah bahawa isu ini juga menyentuh hak kesamarataan warga negara yang terjamin di bawah perkara 8(2), Perlembagaan Persekutuan”. (Rujuk Hansard)
Jelas maksud dia titah Tuanku itu, menyentuh hak kesamarataan rakyat Malaysia.
Itulah maksudnya kalau aku baca dua tiga kali pun begitulah pemahaman aku.
Atas sebab itu, YB Afif membawa usul tersebut yang ditolak oleh Speaker mentah-mentah.
Kemudian YB Afif bangkit nak jelaskan, tapi disekat oleh Speaker dan akhirnya YB Afif dan YB Kuang dihalau keluar dari dewan selama tiga hari.
Apa salah YB Afif?
Pertahan titah Tuanku Sultan Selangor!
Negeri ini dah terbalik.
Mereka yang cabar titah Tuanku Sultan Selangor elok jer boleh tersenyum sinis dalam dewan.
Yang pertahan titah Tuanku dihambat keluar dewan.
Dalam hal ni satu benda aku perasan, Speaker DAP, Adun Seri Kembangan DAP.
Yang MB, Exco dan Adun Kerajaan yang lain tak terfikir nak pertahan titah DYMM Sultan Selangor ker?
Ke takut kalau usul YB Dr Afif tu dibahas, mereka nak kena pilih antara pertahan Adun DAP yang nak penternakan babi atau pertahan titah DYMM Sultan Selangor yang larang penternakan babi.
Susahkan nak pilih?
Daulat Tuanku!!
Salam Hormat,
Ir. Ts. Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff
