Ini bukan kali pertama pemimpin atau wakil negara asing mengunjungi Terengganu.
Sebelum ini, negeri ini pernah menerima kunjungan pemimpin dari Timur Tengah, wakil kedutaan asing, pelabur antarabangsa dan juga pemimpin kerajaan luar negara.
Malah, ada antaranya bertaraf Perdana Menteri.
Namun, kunjungan kali ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Bukan seorang duta.
Bukan dua atau tiga buah negara.
Sebaliknya, 15 negara anggota Kesatuan Eropah menghantar wakil diplomatik mereka secara serentak ke Terengganu.
Persoalannya, mengapa?
Mengapa begitu ramai wakil diplomatik memilih untuk datang ke Terengganu?
Mengapa bukan ke negeri-negeri yang mempunyai kawasan perindustrian lebih besar seperti Selangor atau Pulau Pinang?
Mengapa bukan ke Johor yang sedang pesat membangun?
Mengapa sebuah negeri yang diperintah oleh PAS menjadi destinasi mereka?
Sudah tentu, rombongan diplomatik seperti ini tidak datang semata-mata untuk bercuti menikmati pantai, mencari keropok lekor atau merasa durian.
Dalam dunia diplomasi, setiap lawatan rasmi mempunyai objektif tertentu.
Ia dirancang berbulan-bulan lebih awal.
Ia melibatkan pejabat kedutaan, kementerian luar, protokol dan perancangan strategik.
Tiada negara menghantar rombongan diplomat yang begitu besar tanpa sebab yang signifikan.
Apakah yang mereka lihat di Terengganu?
Apakah yang mereka dengar tentang Terengganu sehingga mereka sanggup datang sendiri?
Apakah yang ingin mereka nilai?
Apakah yang ingin mereka fahami?
Apakah yang menyebabkan Terengganu mendapat perhatian mereka?
Adakah mereka sedang melihat potensi ekonomi negeri ini?
Adakah mereka melihat sesuatu yang belum kita sendiri sedari?
Mengapa rombongan sebesar ini tidak memilih negeri lain?
Adakah Terengganu sedang muncul sebagai pemain baharu dalam landskap ekonomi serantau?
Apakah sektor yang menarik perhatian mereka?
Adakah sumber asli Terengganu menjadi pertimbangan?
Adakah ekonomi biru menjadi perhatian?
Adakah tenaga hijau sedang menjadi faktor?
Adakah mineral kritikal seperti REE turut berada dalam radar dunia?
Adakah kedudukan Terengganu di pesisir Laut China Selatan mempunyai nilai strategik yang lebih besar daripada yang kita sangka?
Adakah hubungan perdagangan dunia sedang berubah?
Adakah peta pelaburan global sedang berubah?
Adakah rantau ASEAN kini menjadi semakin penting?
Mengapa mereka mahu melihat Terengganu dengan mata mereka sendiri?
Mengapa mereka tidak sekadar mendapatkan laporan daripada Kuala Lumpur?
Apakah mesej yang ingin dibawa pulang ke negara masing-masing?
Apakah laporan yang akan mereka kemukakan kepada kerajaan mereka selepas lawatan ini?
Apakah peluang baharu yang sedang terbuka?
Apakah cabaran baharu yang sedang muncul?
Adakah ini hanya permulaan kepada hubungan yang lebih besar?
Adakah lebih banyak delegasi antarabangsa akan menyusul selepas ini?
Adakah pelaburan baharu sedang menunggu masa?
Adakah Terengganu sedang memasuki satu fasa baharu dalam hubungan antarabangsa?
Adakah kita benar-benar memahami apa yang sedang berlaku di hadapan mata kita?
Atau kita hanya melihatnya sebagai satu lagi lawatan rasmi yang akan dilupakan selepas beberapa hari?
Kenapa kunjungan mereka selepas Terengganu ditadbir oleh kerajaan PAS dan dipimpin oleh Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar?
Dan persoalan yang paling menarik…
Apakah yang mereka tahu tentang Terengganu yang mungkin masih belum disedari oleh sebahagian daripada kita sendiri?
