Al-Quran Kitab Allah telah menetapkan petunjuk yang diterima oleh umat Islam daripada kalangan semua mazhab yang menghadap satu kiblat yang sama. Firman Allah SWT:
وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ ١٩٠
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 190]
Rasulullah SAW telah mentafsirkannya dalam hadis-hadis yang banyak, bahkan secara sepakat ia diriwayatkan oleh para ulama’ Sunni, Syiah dan mazhab-mazhab yang lain daripada kalangan Ahli Kiblat yang bersolat ke arah satu kiblat dalam perkara yang dinaskan, walaupun mereka berkhilaf dalam masalah furuk yang banyak.
Antara perkara yang disepakati itu ialah hukum peperangan jihad menentang musuh yang melampau dan diharamkan membalas serangan dengan tindakan yang melampau juga.
Maka, diharamkan membunuh kanak-kanak, warga tua, kaum wanita dan orang awam yang tidak terlibat dengan peperangan, sehingga ditegaskan larangan tidak boleh mencincang mayat musuh yang telah dibunuh. Hadis Rasulullah SAW:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا بَعَثَ أَمِيرًا عَلَى جَيْشٍ أَوْصَاهُ فِي خَاصَّةِ نَفْسِهِ بِتَقْوَى اللَّهِ وَمَنْ مَعَهُ مِنَ المُسْلِمِينَ خَيْرًا، فَقَالَ: “اغْزُوا بِسْمِ اللَّهِ، وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ، قَاتِلُوا مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ، اغْزُوا وَلَا تَغُلُّوا، وَلَا تَغْدِرُوا، وَلَا تُمَثِّلُوا، وَلَا تَقْتُلُوا وَلِيدًا
“(Berlaku arahan) apabila Rasulullah SAW melepaskan ketua tentera untuk suatu pasukan pergi berperang Baginda sentiasa berpesan supaya bertaqwa kepada Allah dan bala tentera bersamanya, hendaklah berlaku baik kepada semua Muslim. Seraya bersabda, ‘Berperanglah dengan nama Allah, mengikuti jalan Allah, dan memerangi mereka yang melawan Allah. Berperanglah! Janganlah sekali-kali melampau, jangan melakukan pengkhianatan (menyeleweng), jangan mencincang musuh yang telah dibunuh, jangan membunuh kanak-kanak (dan lain-lain yang tidak terlibat dengan peperangan sehingga akhir hadis yang panjang huraiannya).” [Hadis riwayat al-Tirmizi, Sunan al-Tirmizi, Abwab al-Siyar, no. 1617, daripada Buraidah bin Hasib al-Aslamiy. Hadis ini juga diriwayatkan dengan lafaz berbeza dalam riwayat yang lain.]
Termasuklah perintah agar melayan tawanan bukan Islam dengan baik, sehingga ia disenaraikan bersama anak yatim dan orang-orang miskin. Firman Allah SWT:
وَيُطۡعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسۡكِينٗا وَيَتِيمٗا وَأَسِيرًا ٨
“Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.” [Surah al-Insan: 8]
Selain itu, ada perintah agar melindungi orang bukan Islam yang meminta perlindungan daripada kezaliman pemerintahnya yang bukan Islam. Firman Allah SWT:
وَإِنۡ أَحَدٞ مِّنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٱسۡتَجَارَكَ فَأَجِرۡهُ حَتَّىٰ يَسۡمَعَ كَلَٰمَ ٱللَّهِ ثُمَّ أَبۡلِغۡهُ مَأۡمَنَهُۥۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡلَمُونَ ٦
“Dan jika ada seorang antara orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah supaya dia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah dia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu, disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.” [Surah al-Tawbah: 6]
Diberikan perlindungan kepada orang bukan Islam dan jangan dikembalikan mereka ke negaranya yang zalim.
Sebaliknya mereka diletakkan di tempat yang selamat, sama ada dalam sebuah negara Islam atau negara bukan Islam yang dipilihnya.
Hal ini menunjukkan bahawa Islam telah mendahului undang-undang antarabangsa dan Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UDHR) dalam menetapkan sempadan perikemanusiaan.
Adapun negara haram Israel dan sekutu Zionisnya daripada kalangan kuasa besar dan kecil yang bersamanya melakukan serangan paling ganas tanpa sempadan kemanusiaan dan alam sekitar.
Di samping menyediakan senjata pemusnah dan membekalkannya kepada Israel secara bertali arus melalui laut dan udara.
Negara haram itu telah membina sistem jana kuasa nuklear di Beersheba sejak tahun 60-an dengan bantuan Amerika Syarikat dan sekutunya Eropah.
Malah, diberikan kebebasan untuk bertindak oleh kuasa besar Amerika Syarikat dan Eropah yang memberi perlindungan melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa veto yang diberikan hak kepada mereka.
Iran mempunyai kekuatan teknologi yang mampu meletupkan nuklear Israel, namun tetap mempunyai perkiraan yang waras kerana luas lapangan mangsanya terhadap rakyat awam Israel sendiri dengan negara jirannya.
Namun, tindakan melampau Zionis Amerika Syarikat dan Israel terhadap penduduk awam, sehingga kanak-kanak di sekolah dan hospital, serta layanan terhadap tawanan perang Palestin yang berbeza dengan Iran dan semua kumpulan Islam, Hamas, Tanzim Jihad, Hizbullah, Ansarullah dan lain-lain telah melahirkan simpati masyarakat antarabangsa yang lebih berkesan daripada senjata nuklear dan senjata pemusnah.
Kini, berlaku gelombang protes secara besar-besaran terhadap kerajaan pelbagai negara yang menjadi tekanan kepada Zionis Amerika Syarikat dan Israel.
Berlaku reaksi balas apabila Amerika Syarikat tidak mendapat sokongan yang kuat daripada negara-negara Eropah yang menjadi sekutunya dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengenai tindakan mereka yang mengenakan sekatan terhadap Iran di Selat Hormuz.
Begitu juga, tindakan Amerika Syarikat yang menggunakan pangkalannya di negara Arab bagi menyerang Iran menyebabkan kemarahan rakyat, khususnya negara-negara yang mengadakan normalisasi dengan Israel.
Langkah agresif pelampau Yahudi menceroboh Masjid al-Aqsa juga menggerakkan umat Islam kepada perpaduan umat bagi menentang Israel dan juga menggagalkan taktik adu domba yang pernah dilakukan dahulu bagi menjatuhkan kuasa besar Islam.
Perpaduan umat Islam di seluruh dunia dan simpati kemanusiaan masyarakat seluruh pelosok dunia mencetuskan gelombang anti-Zionis, sehingga menjadi senjata yang akan menyegerakan kejatuhan Yahudi dan kehilangan negaranya yang telah dinyatakan oleh Allah dan Rasul-Nya SAW. Firman Allah SWT:
إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَاۚ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ ٱلۡأٓخِرَةِ لِيَسُـوْءُاْ وُجُوهَكُمۡ وَلِيَدۡخُلُواْ ٱلۡمَسۡجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٖ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوۡاْ تَتۡبِيرًا ٧
“Jika kamu berbuat baik, (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.” [Surah al-Isra’: 7]
Sabda Rasulullah SAW:
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ، فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ، حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ، فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ: يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي، فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ، إِلَّا الْغَرْقَدَ، فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ
“Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehingga kaum Muslimin memerangi orang-orang Yahudi. Maka, kaum Muslimin membunuh mereka sehingga seorang Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pohon, lalu berkata batu atau pohon itu, ‘Wahai umat Islam, wahai hamba Allah, Yahudi ada di belakangku. Datanglah dan bunuhlah dia.’ Kecuali pohon Gharqad, kerana ia daripada pohon orang Yahudi.” [Hadis riwayat Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Fitan wa Asyrath al-Sa‘ah, no. 2922, daripada Abu Hurairah]
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
