Kelihatannya, strategi Presiden PAS sekali lagi akan dikenang sebagai menyelamatkan Melayu Islam di Negeri Sembilan.
Ini pandangan aku, melihat kepada perubahan corak politik di Negeri Sembilan ketimbang Johor.
Mudah sahaja, BN ada 14 kerusi dan lapan daripadanya mempunyai majoriti kurang dari 1000.
Pada kebiasaannya, kerusi Dun yang majoritinya kurang daripada 1000, dianggap sebagai kawasan yang lemah.
Bila-bila masa boleh hilang kerusi jika ada isu yang kuat.
PAS diyakini akan berunding dengan Umno dan sebagaimana yang kita maklum, dalam Umno ada dua kem.
Satu kem Zahid iaitu UMDAP dan satu lagi kem yang bencikan DAP.
PAS mungkin mahu menawarkan kerjasama dengan BN bagi menjatuhkan ‘sleeping partner’ BN iaitu PH dalam Kerajaan Negeri.
Dan seperti biasa, PAS tidak mahukan jawatan MB.
Boleh sahaja diberikan kepada Khairy Jamaluddin jika beliau bertanding.
Tetapi aku yakin Zahid berada dalam dilema untuk menerimanya.
Jika PH dijatuhkan selepas ada kerjasama dalam Kerajaan Negeri sebelum ini, maka ia seperti mengisytiharkan perang secara terbuka terhadap Madani.
Tentu sekali 47 kes beliau yang tidak pernah dibebaskan secara jelas itu akan kembali menghantuinya.
Akan tetapi, rakyat Negeri Sembilan yang kita tahu terdiri daripada waris-waris yang berpegang teguh dengan Adat Perpatih, sudah kelihatan mahu menolak DAP, rakan BN itu.
Ada banyak maklumat yang disebarkan bahawa DAP dikatakan cuba mencampuri urusan adat negeri itu.
Maka, mungkin inilah masanya DAP akan dibuang rakyat Negeri Sembilan melalui pilihanraya.
Jika semua anggapan ini tidak tersasar, kelihatannya PAS akan sekali lagi muncul sebagai penyelamat kepada kerajaan Melayu Islam di Negeri Sembilan pula.
PAS akan menyokong Umno sebagai kerajaan.
Matematik mudahnya sekarang PN ada lima kerusi boleh memberikan majoriti mudah bagi BN membentuk kerajaan.
Zahid tidak boleh memandang isu di Negeri Sembilan sama dengan isu di Johor.
Di Johor tiada masalah serius seperti di Negeri Sembilan iaitu krisis perlembagaan dalam perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.
Dan Johor juga tiada kerjasama dengan DAP dalam pentadbiran mereka.
Jadi tiada istilah putus kerjasama.
Sebelum ini, pada 2022, mereka memang sudah berlawan dalam PRN.
Aku percaya rakyat Negeri Sembilan sedang menunggu masa untuk menjatuhkan si kaduk dari atas junjungan.
Mereka menjadi besar kepala kerana ada yang mengaku Melayu Islam sendiri yang menjadi pelindung bagi mereka.
Pastinya Umno yang insaf sudah serik dengan kelakuan DAP ini yang sudah banyak menghina mereka.
Adakah kali ini Umno akan membuat keputusan untuk mengorbankan presiden mereka yang kelihatannya menjadi liabiliti bagi Melayu Islam?
Atau rakyat Negeri Sembilan akan mengajar Umno dengan mengalihkan undi mereka kepada PAS, jika tiada kerjasama Umno-PAS untuk menjatuhkan PH?
Kenapa pilih PAS? Pastinya kerana rekod PAS sangat bersih sebagai sebuah parti Islam.
Tidak lama lagi, kita akan tahu jawapannya.
Yang pasti, dengan PAS, rakyat Negeri Sembilan akan menerima khidmat terbaik seperti di Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis.
Tiada salah guna kuasa, Islam dipelihara dan raja didaulatkan.
Jadi Umno Negeri Sembilan, baiklah fikirkan kerjasama untuk membentuk kerajaan, daripada nanti dihumban rakyat Negeri Sembilan.
PAS tidak rugi kerana PAS sememangnya tidak memegang kuasa di Negeri Sembilan.
Jika PAS kalah, seri; jika menang, bonus.
Mohd Nasir Abdullah
