Minggu lepas, Exco Negeri Terengganu membuat beberapa kenyataan berkenaan dengan isu Pengangguran dan Pekerjaan di Terengganu.
Agak menarik untuk kita perhatikan.
Pertama, berdasarkan statistik, sejak tahun 2012 hingga 2018 peratus pengangguran di Terengganu meningkat dari 2.9%, 3.4%, 4.1%, 4.0%, 4.2%, 4.5% dan sehingga 4.8%.
Berbanding kadar pengangguran negara antara 2.9% sehingga 3.4%.
Bahasa mudahnya, dalam tempoh 2012-2018 itu penggangguran di Terengganu terus meningkat dan jauh lebih besar dari kadar kebangsaan.
Bila PAS menang, pada tahun 2019 kadar pengangguran dapat diturunkan sehingga 3.5%.
Berbeza 1.3% berbanding tahun 2018.
Ketara juga, dan hampir dengan kadar kebangsaan pada 3.3% pada 2019.
Malangnya 2020, COVID 19 menyerang dunia.
Kadar penggangguran kebangsaan naik mendadak kepada 4.6%.
Kadar pengangguran Terengganu juga meningkat, namun syukurnya, peningkatan pengangguran di Terengganu berada dibawah kebangsaan iaitu 4.1%.
Kadar penggangguran dapat diturunkan, dan ianya dapat dikawal tatkala pandemik COVID 19 melanda. Menarik.
Malah, Exco berkenaan sumber manusia Terengganu juga berkongsi tentang peluang pekerjaan di Terengganu.
PRU14 yang lepas, PAS berjanji untuk adakan 20,000 peluang pekerjaan di Terengganu.
Alhamdulillah, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh THRDC yang dikongsi dari Jabatan Tenaga Kerja dan PERKESO, bagi tempoh 2019-2021 sebanyak 21, 977 peluang pekerjaan telah diadakan, melepasi target sebenar manifesto.
Kalau ikutkan, ianya cukup dah, kerajaan negeri tak perlu buat apa-apa dah.
Tapi tidak, dalam era pandemik COVID 19 ini, rakyat baru nak bangkit, selain dibuat pekerjaan dalam negeri, kerajaan Terengganu juga, menjadi pemudahcara untuk rakyat yang berminat cari kerja di luar negeri.
Yang penting adalah, fasa kebangkitan ini, rakyat ada pekerjaan dahulu.
Dalam negeri kita usaha banyakkan peluang pekerjaan, diluar negeri pun kita bantu carikan peluang pekerjaan.
Begitulah
Ahmad Fahmi Mokhtar