Ilmu Yang Terseleweng

Ilmu Yang Terseleweng

Ulamak sudah lama berpesan, ambil ilmu agama dari guru yang mursyid iaitu guru yang beramal dengan amalannya.

Paling baik, kita bertalaqqi dengan mereka, dapat lihat sendiri amalan mereka, tahu siapa guru mereka dan paling penting, kita juga dari semasa ke semasa, kena study, sama atau tidak ilmu yang mereka ajar dengan bawaan ulamak muktabar yang telah diakui dunia.

Sayangnya, kita lebih suka mengambil ilmu agama dari ‘influencer’ lebih lagi jika ada gelaran di depan namanya, pandai ‘speaking’ dan yang penting ialah dia ada ramai followers.

Maka terlahirlah ilmu-ilmu agama yang magik, dikaitkan dengan itu dan ini, tetapi sebenarnya ia adalah satu pluralisma atau liberalisma, menyamakan semua pegangan aqidah.

Ulamak asli yang pakai jubah, kopiah, serban, semua nampak bodoh bila ada influencers yang boleh bercakap sikit pasal agama, doktor, pilot, semua kita segera angkat sebagai ahli agama yang terhormat kerana latar belakangnya.

Hasilnya, kita akan dibawa masuk ke lubang biawak.

Jika influencers itu berkata-kata, maka pengikutnya akan mengiyakan dan akan bersedia pada bila-bila masa menyerang golongan yang berlainan pandangan dengan mereka, termasuklah ulamak, walaupun sudah jelas isu itu melibatkan penyelewengan aqidah.

Semoga Allah lindungi kita semua….

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis